Oh Peperiksaan! Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM

ketika tahun mula mengeyit mata untuk berkata hai-hai kepada 2013 dan bye-bye kepada 2012 baru gua mula faham apa sebenarnya erti peperiksaan.

"peperiksaan tu lesen besar adik oi..lesen untuk kita melangkah dari satu tapak ke tapak yang baru..untuk kita terus mengorak langkah..menapak setapak-setapak..sebelum kita diajar berlari..sebelum kita memasuki perlumbaan sebenar kehidupan. sebaiknya terus berusaha untuk dapatkan lesen dengan gred cemerlang..untuk memudahkan kita melangkah dengan lebih tersusun dan bergaya".

lulus UPSR lesen untuk kita melangkah ke PMR..
lulus PMR lesen untuk kita melangkah ke SPM..
lulus SPM..STAM..lesen untuk kita melangkah ke Universiti Awam dan Swasta..Dalam dan Luar Negara..
lulus DIPLOMA..IJAZAH..MASTER..PhD lesen untuk kita terus melangkah..dan mula berlari..dan mula berlumba..

peperiksaan dah tak lama dah. tak percaya? ha..usya jadual Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM tahun 2013 yang gua culik khas untuk lu orang ni. pejam celik pejam celik je dik oi. tau-tau dah tiba tarikh peperiksaan tahun 2013.

Tarikh Peperiksaan Tahun 2013

Jenis Peperiksaan Tarikh Peperiksaan Tarikh Pengumuman
SPM (Ulangan) 11-12 Jun 2013
UPSR 10-12 Sep 2013 14 Nov 2013
PMR 02-09 Okt 2013 23 Dis 2013
STAM 21-29 Okt 2013
SPM 06 Nov-05 Dis 2013

Sorry The Page You're Looking For Has Been Moved Or Deleted

kadang-kadang kita terdelete. kadang-kadang kita saja delete. dan kadang-kadang kita tersyiok nak mendelete. dan kadang-kadang bila jiwa kacau mulalah nak mendelete kenangan-kenangan silam bersama si dia. kan kan?*cepat mengaku! dan bila dah delete entry maka secara tak langsungnya wujudlah broken link. dan bila ada si penggoogle yang terjumpa broken link tadi..bila dia klik url link tu..apa yang dia dapat adalah page default blogger - page not found.

The 404 Error Message -- Sorry The Page You're Looking For Has Been Moved Or Deleted.

Bagaimana untuk menggantikan ayat skema tersebut dengan sesuatu yang lebih kreatif?
ok. meh gua kongsi ilmu. tak susah pun. step mudah.
1) pergi ke setting > search preferences > klik edit di bahagian custom page not found.
2) masukkan text ayat-ayat manis dari drama bersiri Adam Dan Hawa Episod Terkini dalam ruangan yang disediakan dan simpan.

boleh juga kalau text tu lu orang nak gantikan dengan image. selamba badak je.
1) design lah apa patut. nak letak gambar comel korang tengah gosok gigi ke berkemban ke tengah siram pokok bunga ke..pun boleh.
2) upload atau insert sebagai new post. tak perlu save. sekadar untuk mendapatkan script@coding blogger je.
3) copy dan paste script@coding tadi ke dalam kotak di setting > search preferences klik edit di bahagian custom page not found.

maka dapatlah hasil yang macam gua buat ni. hahaha. ke mengkome dah tahu pun caranya? cis cis. ketinggalan teknologi lagi gua.

Streamyx Versus Unifi Telekom

gua kadang-kadang pelik dengan diri sendiri. apsal kalau hari cuti cepat je tersedar kalau ada call yang masuk. kalau hari kerja tu jarang-jarang sangat gua sedarnya. macam bunyi tu laju je diserap oleh telinga gua lantas menukarkannya kepada dodoian manja untuk melengkapkan lagi tidur gua. pelik bin ajaib betul kan. ke lu orang pun sama je?

ok.itu bukan apa yang gua nak cerita. gua nak cerita pagi-pagi sedang gua membuta..gua di sedarkan oleh satu panggilan telefon pelanggan Streamyx gua dulu bertanyakan pasal Unifi Telekom. mamat ni student Universiti Teknologi Petronas (UTP)..berasal dari negara Ethiopia. tak pandai berbahasa Melayu. fuh..dengan dia..dengan gua..sama-sama berbelit lidah nak berborak menggunakan bahasa perantara. dan yang buatkan dia beriya call gua sah-sah lah bukan sebab nak berdiskusi pasal matapelajaran Electrikal & Electronic Engineering..tapi pastilah ada kena mengena dengan produk Telekom yang lain. pasal produk Unifi TM. ya..dan rajin untuk gua berkongsi pasal produk Unifi TM dengan dia dan lu orang sekali. walaupun area Perak tak cukup meluas lagi.

Apa itu Unifi..apa bezanya dengan Streamyx?
secara teknikalnya yang membezakan kedua-duanya adalah medium pengantara data yang di hantar dan diterima (send and receive). Unifi menggunakan fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan cooper (tembaga) sebagai medium perantaranya. ini gua maksudkan medium perantara antara premis pelanggan dan last point yang disediakan oleh pihak Telekom lah.

antara sebab kenapa fiber optik dijadikan medium perantara adalah disebabkan penghantaran dan penerimaan data dapat disalurkan dengan pantas. Fiber optik yang bersifat gentian kaca mengurangkan keciciran semasa proses response antara browser dan Server Telekom. Contoh simple je..lu orang ambik touchlight..dan lu orang suluh cermin dan kalau ada periuk nasik tembaga..lu orang suluh sekali. mana satu yang memantulkan cahaya lebih terang. ha..itulah contoh mudahnya. Lagi terang cahaya yang dipantulkan maksudnya lagi kurang lah tahap keciciran data. Cicir di sini bermaksud kelemahan dari segi response antara browser dan Server Telekom. faham?

dan sebab itu pakej Streamyx hanya setakat 4Mbs je. itu pun dah banyak tercicir. kena ambik kira Signal-to-noise ration (SNR)..ok ke tak kadar signalnya..dari premis ke Server Telekom..kena ambik kira Attenuation..kalau test speedtest pun dapatlah 3Mbs plus plus je. kalau dapat lebih dari 70% speed tu kira dah beruntung lah tu..kalau ikutkan pengalaman gua..70% tu dah kira lulus dah..tak sampai 4Mbs pun. dan dari pengalaman gua juga..pernah gua menggunakan pakej Streamyx D.I.Y (sebab port di area rumah gua pihak Telekom tak configure/limitkan kepada had 4Mbs) dan kelajuannya tak jauh beza dengan speed 4Mbs..dapat dalam area 3.8Mbs plus plus je. dan untuk menampung speed yang lebih besar maka Unifi diwujudkan. dari 5Mbs membawa kepada pakej berkelajuan 20Mbs. cicir tetap cicir. tapi skala kecicirannya semakin mengecil comel.

itulah serba sedikit apa yang gua ceritakan pada mamat yang berasal dari negara Ethiopia yang mengejutkan gua dari nyenyak tidur. entahlah..gua syak penerangan gua menggunakan medium bahasa pengantara agak keciciran juga. ah..pedulikan..kalau dia dapat faham 70% dari cerita gua pun dah kira ok kan? /wahaha

Cara Memasak Bubur Nasi Tanpa Perlu Nak Naked Sangat

hujan dan lapar sangat kamceng dalam hidup gua. dan bila lapar mulalah terbayangkan nak makan sedap sesaja. dan hari ini gua terbayangkan nak makan bubur nasi dan hasil google menggoogle tadi..gua ditemukan dengan bubur nasi knorr ekspress ini.

harini gua rajin nak ajar korang masak bubur nasi knorr ekspress ini.
ok ye. fokus na..fokus..ambik buku dan pen..salin na :

1st) tuang air panas ke dalam cup ini (rujuk gambar di atas). gua tak pasti cup ni cup size berapa. so abaikan bab size cup ni ye.
2nd) kacau perlahan-lahan selama 2 minit sampai bubur nasi knorr mengembang dan nampak lazat untuk di makan.

nampak.semudah itu je kan.tanpa perlu mengetahui size cup pun masih mampu menjamu selera kan. selamat menjamu tekak ya! sehingga berjumpa lagi di lain edisi.

- Chef Zil Zonzales Znorr.

Gimme A Light For My Cigarette

"susah rupanya nak berenti dari tabiat merokok ni. kalau gua tahu dulu sumpah gua tak cuba-cuba merokok.hais"..sambil gua menyalakan sebatang rokok jenama Dunhill.

Aku Mahukan Otak Husin..Ate Ngapey..Ambik Le Seniri

jarang-jarang gua menggunakan otak..tapi hari ini gua menggunakan otak yang banyak.

Pengalaman Sebagai Installer Streamyx #1

matahari dah lama membenamkan diri.gua masih terkebil-kebil mencari rumah pelanggan yang patut gua pasangkan Streamyx.jam menunjukkan pukul 7.00 petang.kalau ikutkan gua..nak je gua pasangkan esok.apa kes maghrib gi rumah orang.segan gua.tapi pakcik tu beriya nak suruh gua datang hari itu gak.dah la musim hujan.dan gua terus memandu perlahan memerhati barisan rumah seperti yang diberitahu pemiliknya semasa gua call bertanyakan lokasi tadi.kalau nak berpandukan alamat tertera atas kertas order pemasangan Streamyx yang dibekalkan oleh pihak Telekom memang lebamlah nak mencarinya.kawasan kampunglah katakan.tak tersusun corak pemetaannya.

"Assalamualaikum pakcik..yang mana satu ye rumahnya..dah 2 kali saya pusing area pakcik cakapkan tadi..tak jumpa pun"..gua call pakcik tu semula..
"Sekarang ni dekat mana..dah jumpa ke hospital Hutan Melintang tu?"..
"Dah pakcik..saya berenti betul-betul depan hospital ni..rumah pakcik yang mana satu?"..
"La..dekat dah tu..anak ke depan je sikit lagi..nanti tengok rumah yang ada pasang lampu..itu rumah pakcik le tu.."

dan gua bergerak seperti yang disarankan.perlahan-lahan.gua perati setiap rumah.cis..rumah kat area tu semuanya berlampu.hais.tak agak-agak pakcik ni kasi hint kat gua.kan ke dah gelap..kompem la semua pasang lampu.pandai mainkan perasaan gua betullah pakcik ni.

Betul Ke Bohong Edisi Aerial Tv

"abang dah call belum nombor makwe yang Kak Cah nak kenen-kenenkan haritu?"soal mak gua dari dapur.
"sudah..tapi dia tak angkat.."balas gua mentipu sunat..sambil memetik kotak suis di dinding rumah tanpa berbaju.

"ho po cottt"..terkanjat gua dan secara automatiknya teranjak beberapa langkah ke belakang.hais.macam mana gua boleh tak terperasan 'kesejukan' nipple gua menyentuhi aerial tv yang terletak di atas kotak tv tadi.kan tak pasal-pasal dah kena karen.kebasss.

sambil gua menonton tv sambil gua tuam nipple kanan gua yang kebas dengan kesejukkan buntut ais pop.

moral of the story huru-hara ini : jangan mentipu mak korang kalau taknak kena karen nipple.gua serius.mana ada gua HAHA.

And When People Step Out This Red Line

♫ ♬ it was you call me and told me..miaw miaw and shine up my life ~♫ ♬ -Shizuka Redline
gua masih dalam mood 'rare' kepala kain *miaw miaw and shine up my life. 。◕‿‿◕。v

Rare Kepala Kain

bagi kaki bundle..istilah 'rare' dan kepala kain adalah cukup sinonim dan bermain manja dibibir.sukar untuk dipisahkan.bagaikan aur dengan tebing.bagaikan irama dan lagu. 'rare' adalah perkataan inggeris yang membawa maksud jarang.bukan jarang-jarang.tetapi jarang.kalau jarang-jarang itu 'rare-rare'.ha.nampak.sejak adanya google translate bahasa inggeris gua semakin cemerkap.nampak?ok.kembali ke topik.

'rare' boleh juga di istilahkan sebagai sesuatu yang unik.sesuatu yang terhad.sukar untuk didapati.manakala 'kepala kain' pula merujuk kepada hujung kain sebelah dalam dan sinonim kepada jenis fabrik jeans (denim).juga disebut sebagai red line..selvedge..akaimimis.macam-macam istilah. dari mana wujudnya kepala kain ni?ok.kepala kain ni sebenarnya adalah kepala kepada segulung kain.awal kain tu digunakan benang berwarna tertentu.biru.warna-warni.pelangi.pelbagai.gua syak jelah awal kain kan.kalau akhir kain dah jadi 'kaki kain' pulak.dah tak sedap nak sebut.so kepada peminat-peminatnya memang berbaloilah kalau dapat 'tangkap' denim berkepala kain ni.walaupun harganya tak agak-agak punya mahal.maklumlah dalam segulung kain hanya ada satu kepala kain je.kiranya sapa yang pakai tu boleh dianggap spesis 'rare' lah.lagi rare dari member gua yang hari-hari nak ajak gua pekena nasik ganja (vanggey) ipoh sesaja.dah wajiblah pemakainya akan melipatkan sedikit seluar di bahagian kaki.kasi nampak kepala kainnya/kasi panas mata-mata yang tahu menilai tahap 'rare' nya.

gua rasa harini gua agak 'rare' kepala kain.apakes gua gi pakai template dynamic blogger.dah la tak backup template lama.tup tup bila gua dah habis edit dan nak kasi 'up' Makwe Cantik dan Pakwe Hensem..senarai tak keluar-keluar.gua google punya google rupanya Dynamic View blogger ni tak support HTML/Javascript.dan tak berapa nak stabil mana.manja.tak boleh berdikari.cis.sekerap betullah. pasrah gua.hais.nak rare sangat.

ada sesiapa disini yang pakai spenda kepala kain? yezzaaaaaaa..itu yang gua maksudkan dengan  'rare'.

Pelekatku Di Kain Pelikatmu

TQ Usop belanja gua untuk hasil kerja secomel ini.boleh lekat-lekat dekat peti ais.mug.buku nota.belakang plat bas sekolah.belakang smartphone Samsung.Iphone.Nokia.sebagai penanda buku.juga cun dijadikan pelekat untuk hadiah perkahwinan.hadiah harijadi.hadiah Gate Away Contest Blogger.cukup pelbagai.
awak juga mahu? boleh terjah bila-bila masa.tanpa mengira faktor cuaca. disini tempatnya untuk membuat tempahan.brader ni pandai membuat pelekat.serius..dijamin harga sedap dan material halal..jangan sampai terlekat dekat dahi..susah nak tanggal."oh kuatkan radio..kuatkan radio" (Sleeq..Najwa).

From Singapore With Love

"wah pokok kacang peas"..kata satu suara sambil memetik makan secara beramai-ramai.dan tak sampai seminit kemudian disusuli dengan acara uwek-uwek hak hak..tui tui!.. juga secara beramai-ramai.cukup harmoni.

boleh tahan peghak gak geng singapore (saudara belah maklong gua) ni ye..ngalahkan rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel..sound gua di dalam hati sambil menumbuk rusuk pokok getah bertalu-talu.hais.buat pandai.itu terung pipit lah.

Jam 3.30 Pagi Ipoh Perak - Pulapol Anak Bukit Alor Setar Kedah

pon pon..pon pon...

gua intai cermin pandang belakang.
"apa jadah atas highway nak main hon hon.kasi lampu tinggi (high beam) sudah"..

gua masuk kiri.gua kasi potong.gua masuk kanan kembali.

pon pon..pon pon...
sedap juga rupanya main hon hon atas highway.

Your Dream Will Always Defeat Reality If You Give It A Chance

tanpa usaha cita-cita tidak kemana. cita-cita diiringi  usaha dan doa barulah ngam. at the end kena redha lah pada ketentuan-Nya walaupun adakalanya tersasar dari apa yang di impikan..asal jadi orang yang berguna pada agama keluarga nusa dan bangsa itu dah kira champion kan?

Permata Yang Hilang Mukasurat 28 Bab 8

lu orang pernah baca buku permata yang hilang.pernah?
ok.tak perlu jawab kalau tak selesa.

kata member gua yang berusia lewat 40-an yang profesion zaman bujang remajanya berstatus 'budak lelaki main' dan perasan diri tuanya kembar Clark Kent Smallville episod 1 hingga 11..80% isi kandungan buku permata yang hilang itu adalah benar.ini adalah hasil dari ujikaji secara suka sama suka yang dijalankan ke atas gadis-gadis yang pernah didampinginya.

katanya dalam naskah buku permata yang hilang pada mukasurat 28 bab 8 ada diterangkan bagaimana untuk mengetahui rahsia seseorang perempuan (bentuk fizikal serta spesifikasi disebalik tubuh yang ditutupi helaian kain~permata perempuan) hanya dengan melihat anggota dibahagian luarannya sahaja.hebat tak hebat tak?erk.takut tak takut tak?dan beliau perincikan lagi dekat gua setiap satunya.part ini apa maksudnya.part itu apa maksudnya.laju-laju.risau gua salin nota lah tu.sempat jugaklah gua save 50% ilmu yang diceritakannya dalam partition ingatan gua.

kenapa gua tulis entry pasal buku permata yang hilang?ok.gua kasi flashback dialog kedai kopi yang masih teriyang-iyang di medula oblagata gua petang tadi.
"Dan..usya pukul 10:30 hang Dan..siku tajam terjungkit tu..perghhh..barang baik tunjuk langit ni baq ang..KAHKAHKAH.." bisik seorang pakcik dalam usia 50-an gaya seorang pekerja swasta.di iringi gelak berdekah-dekah.sambil matanya santai memerhatikan seorang gadis yang sedang minum petang ditemani rakan lelakinya.
"dah la usya sikit-sikit Dan..hang minum lekaih..sat lagi hang yang pulak terjungkit..aku nak kena masuk opis balik ni.HAHAHA".sambung suara otai tadi masih diiringi gelak macam celaka.
ok.part mukasurat 28 bab 8 tu suka-suka je gua main petik.AHAKS-AHAKS. gua gelak berkahak.
hebat tak hebat tak? erk.takut tak takut tak? ok.tak perlu jawab kalau tak selesa.tutup je aurat. melainkan lu orang tak kisah nak belanja mata gua melihat sesuatu yang indah. HAHA.

Senarai Cawangan Kedai Buku Di Seluruh Malaysia

"Nyi..Zack Kedai Buku call".jerit gua kepada member yang sedang mandi.
masuk ni entah kali ke berapa gua dilayankan dengan lagu 'bola-bola api' ringtone handphone milik member gua.mengganggu konsentrasi gua nak main game Guitar Hero betullah.

"angkat la.."pekik member gua dari bilik mandi yang terletak di hujung dapur.
gua capai handphone.gua touch butang hijau.

"Hello..Assalamualaikum Zack.." gua memulakan bicara.
"nama i Zettylah..blabla..ihik-ihik..blabla.." balas satu suara berintonasi manja.

nah aih.melangit skill member gua set nama skandal kat handphone.kalah kerajaan langit Ayah Pin.takut kantoi dengan bini lah tu.
dan gua terus bersemangat untuk mengexplore menggunakan keyword 'Kedai Buku' di handphone Samsung Note second hand milik beliau.

hamboi..sangat ulat buku rupanya member gua seorang ini.bersepah cawangan kedai bukunya.

Khalilah MNor Kata Gangster Itu Cat Poop

"parut kat tangan tu apa kes bro.lu pukul orang eh?".soal member Sabak Bernam gua.

gua senyum tanpa berkata apa-apa.

"parut kat pipi dengan dahi tu kesan gaduh gak ke bro?".soal member Sabak Bernam gua lagi gaya bersungguh.
"dasat lu kan?".gua tak pasti ini ayat gerunkan tahap gangster gua atau lebih kepada menganjing sebenarnya.

taik kucing lu.dahi tu parut terjun ikut tingkap rumah kampung gaya bebas.kat pipi tu parut kenakalan gua sebagai ninja dulu kala.blablabla.lastik sarang tebuan.jatuh panjat pokok jambu.blablabla lagi.sound gua dalam hati sambil krup krap krup krap kunyah pelam apple yang rangup cicah kuah rojak.

Ralat Itu Normal

Tet tett..

Aziz menekan butang alarm keretanya sambil berlari-lari ninja menuju ke rumah.hari ini keretanya di letakkan agak jauh dari kebiasaan.beginilah yang selalunya berlaku apabila tibanya hari jumaat.pengunjung pasar malam di area kejiranannya tanpa segan silu bebas meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.tak ada kesedaran sivik dan modal insan cemerlang langsung.hanya itu yang mampu di sungutkannya.rintik hujan semakin rancak menerjah kulit kepalanya.

sekali lagi Aziz menekan butang alarmnya.dan sekali lagi.dan sekali lagi.dan..

"hais.tengkorak betul la.apakes gua nak bukak pintu rumah gi tekan butang alarm kereta".bebelnya antara dengar tak dengar sambil menyeluk kocek seluar Tarik Jeans nya gaya malu-malu.anak matanya liar menjeling mencari bucu-bucu yang sedap untuk di karate.

Pemotong Telur Alaf Baru

sedang Aziz fokus menyuap nasik lemak tiba-tiba suapannya terhenti.dibeleknya lama nasik lemak dihadapannya.lama.

"makcik..dalam nasik lemak ni ada rambut la makcik .sound Aziz perlahan-lahan penuh sopan santun lelaki melayu.sebolehnya biar orang lain tidak mendengar apa yang diperkatakan.dia taknak 'komplen nya' menjatuhkan reputasi kedai nasik lemak makcik yang disinggahnya itu.

"oh.tertinggal lah tu.tadi makcik guna rambut tu buat belah telur".jawab makcik nasik lemak tanpa sebarang reaksi muka bersalah sambil mengirai-ngiraikan rambut ikal mayangnya.disedekahkannya senyuman kepada Aziz.

"tak tengok tv iklan syampu Dove le tu"..sound pemilik gerai nasik lemak itu apabila dilihatnya wajah Aziz berubah biru dalam mode terkial-kial tak keruan penuh gelabah diselang-seli geli tekak.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

gua tercari-cari baju t semalam.baju t putih robot gundam.kompem masih wangi.gua pakai kejap je pun semalam.sound hati gua.

sudah jumpa.tersidai di penyangkut baju.dan macam kebiasaan lah.gua hidu di bahagian ketiak.untuk pastikan lulus atau tidak untuk gua pakai kali ke 2.dan gua terdiam lama.apa ke hal nya pelik sangat ni.rungut hidung gua.

dan mata gua terpandang lagi selai baju yang seakan-akan baju gua.warna yang sama.robot gundam juga.cara beraksinya berbeza.dan size nya juga.yang ini 's'.yang gua hidu tadi 'm'.dem dem dem.gua dah tak sedap hati.

gua kurang mesra borak malam ini.ketika ini.walaupun rakan-rakan huha huha bergelak ketawa tak ingat dunia.gua masih dalam mood stone.bintang-bintang masih berlegar di atas kepala.nak aram.yang gua pi 'smell' baju adik gua kenapa?

Kadang-Kadang Kegembiraan Dan Kadang-Kadang Kesedihan

kabhi khushi kabhie gham.

lu tahu maksudnya.tahu?

gua karate bucu tv.cuba-cubalah bawak tayang cerita ninja ke airwolf ke mcgyver ke baywatch ke.barulah terangsang sikit tahap kreativiti dan inovasi dan geli-geli minda gua.

gua capai handphone.gua sidai baju dekat bahu.gua start enjin kereta.gua hello member gua suami isteri ajak pekena sate area BSN depan Bank Islam.nampak..gua ada usaha cari kegembiraan.

Pinjamkan Ku Cermin Untuk Ku Melihat Serimu

"untuk kita tahu apa yang ada di bontot kiri dan kanan..kita perlukan cermin.tak nampak hanya sekadar menoleh.tengok cermin baru kita nampak ada parut tinggalan chicken pox atau tidak.kesan calar kuku menggaru atau tidak.bila dah nampak semua tu baru boleh kita rawat.sapu ubat ke.kikis dengan kertas pasir dan kasi simen balik ke.sembur cat layang ke.macam mana ke.kan kan?

"macam itu jugalah dengan teguran.itu cermin kehidupan.untunglah kalau ada yang sudi menegur.kurang-kurang itulah cermin yang kita ada.untuk kita 'rawat' kekurangan dan kelemahan yang diri sendiri tidak nampak.atau terlepas pandang mungkin".

Ezza yang tadinya teresak-esak mula menguntumkan senyuman.tidak disangka Aziz yang selama ini dipandang rendah tahap pengetahuan amnya boleh memujuknya pantas.dengan bait-bait ayat huru-hara sematang itu.

"ha..lain kali jangan nak malas-malas pakai deodoran.bukan susah pun.gelek-gelek je".sambung Aziz tenang. dihulurkan sapu tangan yang terselit di poket hadapan seluar Tarik Jeans nya kepada makwe pengawas pusat sumber yang sering dijelingnya di atas bas itu.tanpa ada sekelumit niat pun ingin mengorat.

"yang Raqin ni pun satu hal.jujur sangat tegur ketiak bau kuah laksa basi apakes".sound Aziz dalam hati.

Tips Memiliki Bentuk Badan Lelaki Maskulin

'push up sepuluh kali.pull up sepuluh kali'.gua angguk-angguk faham.'selesai satu set (push up-pull up) rehat untuk 5 minit'.gua angguk lagi.tanda gua betul-betul faham.'dan perlu dilakukan sehingga 3 set kesemuanya'.itu apa yang gua baca dekat google.tips-tips mendapatkan bentuk badan gagah perkasa lelaki maskulin.

gua tutup browser firefox.gua mulakan dengan regangan badan.biar otot-otot badan gua tidak tercedera.

gua push up 10 kali.gua pull up 10 kali.cukup 1 set.gua baring atas kerusi panjang berkusyen mengadap tv.

"biasalah..Bruce Lee dulu-dulu pun macam ni juga".sambil gua menyedut nafas laju."esok lah pulak gua sambung set seterusnya".pujuk diri gua.tercungap macam nak mati.

Apa Punya Bahalol Dia

"kau tahu apa maksud dunhill Qin?". soal Aziz sambil matanya menjeling ke arah dua makwe pengawas pusat sumber yang duduk bersebelahan kerusi mereka.Raqin hanya menggelengkan kepalanya.soalan yang dia pasti tidak akan sesekali di selitkan dalam kertas peperiksaan oleh cikgu kelas 2 Anggeriknya.

"dunia umpama neraka.hidup ini layang-layang".sambung Aziz sambil jari anaknya rancak menunjuk satu per satu perkataan di atas kotak rokok yang dipegangnya.sesekali disedut rokok itu dalam-dalam.dilepaskan asapnya laju.berkepul-kepul.dia tersengeh bangga.bangga dapat menunjukkan kepintarannya kepada budak darjah dua itu.dan secara tidak langsung kepada makwe yang bersebelahan mereka.biar jirannya itu tahu..bukan calang-calang tahap pengetahuan amnya.

"Abang Long la neraka tu kan?isap rokok pung pang pung pang macam naga dalam bas.tak peduli ada ibu mengandung ke..anak kecik ke..orang sakit asma ke.kan Abang Long kan?". "kalau taknak jadi neraka isaplah kat tempat terbuka yang tak melibatkan orang awam.dalam kebun getah ke.boleh jugak halau nyamuk".sambung Raqin.

Aziz memandang di luar tingkap bas.jauh pandangannya.sebolehnya biar pendengarannya juga jauh.jauh dari gelak tawa makwe pengawas pusat sumber yang mempersendakan tahap pengetahuan amnya.

Kita Juga Pelakon

Tut tutt..tut tuttt...

Aziz mencapai telefon bimbit disisinya. di angkatnya tinggi-tinggi. biar orang sekelilingnya nampak telefon bimbit baru iPhone 5 nya.

"Assalamualaikum..".cukup lantang lontaran suaranya.kalau boleh dia nak orang sekeliling radiusnya dapat mendengar apa yang diperbualkan.

"Ha..ya..ok..ok..ya ya ya.." sambungnya sambil sebelah tangannya mencuit-cuit hidung mancungnya penuh bergaya.
"Baik Datuk..nanti saya minta setiausaha saya hantarkan cek dekat Datuk..berapa tadi Datuk..200k?..ok..ok..tak ada masalah.akan saya uruskan..ya ya..Waalaikumsalam".

Perbualan tamat. dihirupnya tenang balance minuman di dalam cawan putih milik kedai mahal itu.

"Hais. nasiblah tak buat loud speaker tadi..nak aram..setakat nak bagitahu penggunaan line telefon Celcom dah sampai kredit limit tak payah lah susah-susah hantar robot call."

Aroma Aircond Punca Resdung

minggu lepas aircond kereta ferari silver gua buat hal.dia punya bau aircond lain macam menyengatnya.boleh naik bulu roma jadinya kalau memandu di lorong sunyi waktu malam.bila gua berhadapan dengan hujan nak tak nak terpaksa juga gua 'on'.aroma dia sikit lagi nak cecah level bangkai cicak dia punya 'kick'.

"lu ok ka macha?"
"lu tarak sihat kasi ambik m.c la.kasi rehat".sound gua tanda prihatin.
"ok bang.sikit saja lagi bang" jawab budak india pencuci kereta dengan suara serak.banyak kali gua tengok dari jauh dia bersin tak henti.gaya bersungguh.kejap-kejap tenyeh mata.merah-merah jadinya.biasalah.musim hujan dan panas.faktor cuacalah tu.sound gua dalam hati.

yang magiknya lepas kejadian gua jumpa budak india tu bauan mistik yang membelenggu aircond kereta ferari silver gua hilang sepenuhnya.bukan calang-calang ini macha.ada 'ilmu' ni.detik hati gua sambil gua memandu pulang.

Gelora Remaja

terbaca di muka surat depan satu akhbar bertarikh hari ini.besar fontnya.
pelajar ketagih cerpen lucah di telefon bimbit.
gelora lama.cuma dimusim hujan macam sekarang ni geloranya lebih sikit kot.sejak gua kenal internet dulu dah ada benda alah macam ni.dari zaman browser netscape dan internet explorer lagi.cuma sekarang lebih maju.boleh dicapai di mobile.cukup dengan gambar bewarna apa bagai.akan datang gua syak mesti akan diselitkan sekali gambar bergerak.homaigod.horny-horny.

tak cukup sebenarnya dengan usaha kerajaan sekadar filter di domain name system (DNS) Telekom.ataupun filter di DNS telco-telco Malaysia.perlu lebih usaha lagi.dan gua rasa filter IMAN itu yang terbaik.

bila sembang bab iman.gua tetiba jadi malu.asyik subuh badak je gua.

subuh badak tu apa?
entah.tapi sedap la pulak idram ma'al qhunnah nya.boleh tanya dekat Cikgu Aaja. kalau malu nak tanya kuat lu bisik-bisik kat lubang telinga dia.tapi jangan tiup na.hiks.

Tanya Sama Mentadak

mentadak mentadak.macam mana Madi Robot Comel tidur?
mentadak yang asalnya diam dan pemalu mula nenunjukkan reaksinya.ditundukkan badannya rapat ke lantai beserta mukanya sekali.tangannya di naikkan atas kepala seolah menutupi kepalanya dengan bantal.dinaikkan sedikit bahagian buntutnya.tonggekkan cukup sifat.zi zi zi bunyi dengkurnya.

gua pang sedas mentadak.tak padan dengan kecik.pandai skodeng orang tido.hais.ok.gua mahu sambung kerja.

bye cantik dan hensem.

Hello.How Are You?

dalam tahun ni gua congak-congak apa je aktiviti sihatkan badan yang gua buat.jenuh pikior.aram tak nampak bayangnya. isap rokok pung pang pung pang.kerja duduk tenung laptop sesaja.hais.sihatkah gua?
at least untuk sihat kita perlu berjalan 10 ribu langkah sehari kan?
ha.baru gua perasan apa pasal staff gomen sini selalu hilang masa waktu opis.gua ulang.staff gomen sini ye.tiada kena mengena dengan staff gomen sana.hiks.diaorang nak sihat badanlah tu.jalan ke sana ke mari.kan kan.akhirnya mampu juga gua berfikir secara positif.

Diari Berus Gigi Cap Colgate

gua melangkah perlahan ke bilik mandi.gaya majai.hujan pagi tadi masih terasa nyamannya.kalau bukan sebab ada ujian memang gua kong kelas harini.almaklumlah ujian itu penjana kepada carrymark.carrymark sikit kang mulalah semangat nak drop paper menebal.mentaliti yang diserapkan oleh senior kepada gua.

"fak betul.berus gigi colgate siapa la pulak ni sebijik macam berus gigi gua".bebel gua di pagi hari sambil menjeling dua berus gigi 'kembar' yang saling bersebelahan.tak ada beza.jenama.bentuk.kaler.tahap kembang berusnya.

pagi itu ujian yang gua ambik tak berapa nak 'aummm'' tahap menggorengnya."tak gosok gigi punya pasal lah ni".sungut gua.

Meter Air Lembaga Air Perak

baru tadi je gua turun.benda alah tu ada lagi.dan baru kejap je gua naik atas (opis) dan gua turun kembali.udah lebuh.kanan dan kiri.memancut-mancut airnya.

fuh.nasiblah meter air opis gua tak kena rembat sekali.dah lah gua baru selesai buang air besar je tadi.kalau tidak kertas a4 lah jawabnya.calar buntut gua.

kalau lu orang jumpa kes air memancut meter air hilang cenggini tolong-tolonglah lapurkan ye.sayang air terawat tu disalurkan sia-sia.untuk talian lembaga air perak (LAP) ini nombor talian hotlinenya 1-800-88-77-88.tapi kalau lu orang skodeng orang buat projek air memancut-mancut..nombor telefon di atas tidak releven untuk dihubungi.

kerja kat pasaraya mydin ada gak menyumbang pada ekonomi negaranya.ada gak unsur-unsur rezeki halalnya.


Lesbian Pandan Perdana

sekitar pukul 2 pagi.lepak gua di 7e ditemani dua pasangan makwe-pakwe lesbi dan seorang solo.pelanggan tetap 7e tempat gua cari rezeki.

"apa yang buat awak suka couple sejenis eh?soal gua.terjujur.
"kepuasan".jawab dia.
"kepuasan macam mana?".soal gua harapkan jawapan yang diterima biar sedikit lucah.biar mata gua sedikit cerah.
"dalam semua-semua hal.girl know what girl wants".balasnya speaking london.
"hanya girl tahu macam mana nak jaga hati girl.hanya girl tahu sentuhan macam mana yang seorang girl mahu".sambungnya.
"awak nak cuba?".soalnya dan mata gua bersinar cahaya.lebih dari yang gua harapkan.
"air ni?..".sambungnya sambil menghulurkan botol arak.
"gua tak minum".jawab gua sambil tunduk menyedut vitagen tenang-tenang.tak nak diaorang perasan perubahan sinar mata gua yang kembali malap.gua harap diaorang tak perasan lah.

tq 7eleven pandan perdana.lu buat gua kenal pelbagai gelagat manusia.
harapnya diaorang dah kembali ke jalan yang benarlah.

Entah.Aah Itulah

sampai bila nak layan bundle ni awak?
entah.
makwe sekarang tak pandang orang pakai bundle-bundle ni.
aah.itulah.
ke awak memang tak kisah?
entah.
ke sampai bila-bila pun awak nak kekalkan identiti 'jadi diri sendiri' awak tu?
aah.itulah.
bila awak nak berhenti 'entah' dan 'aah.itulah' ni awak?
entah.
ke awak dah malas nak borak dengan kita?
aah.itulah.

makin mesra pulak gua dengan 'entah' dan 'aah.itulah'. tak semua soalan perlu di jawab dengan panjang lebarkan? kalau rajin cubalah cipta dialog 'entah'..'aah.itulah' kat peti besi komen gua.kalau rajinlah.

Bengkak Mata Berdenyut Kepala

lu teruskan lah begenang air mata.tumpahkan pun takpe.berakar merah sekeliling retina pun orait juga.gigit-gigitlah bucu meja.kalau lu rasa itu buat lu orait seketika.tapi untuk lu tumbuk pokok pisang gua rasa mustahil.sebab lu berada di rimbunan hutan konkrit.kan?

apa nak dimalukan.rilek ah.lelaki menangis sebab chenta sangat swit kot dimata makwe.so suwet.kata mereka.so wet kata gua.sangat basah kalau gua terjemahkannya.

walaupun kita masing-masing tahu..setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.tapi kita masih pilih untuk berdukalara bengkak mata berdenyut kepala meraikannya.kan kan?

rilek ah.lu dan gua kan manusia biasa.teruskanlah bengkak mata berdenyut kepala.untuk satu aktiviti hati yang bernama chenta.

dan entry ini khas untuk lu yang bernama 'rakan chat gua'.dan untuk rujukan gua juga.jika saat berdukalara bengkak mata berdenyut kepala mengintai gua dari tirai kamarnya.

Who Am I?

setiap kali mahu tutup browser gua akan clear history.
setiap kali mahu tutup komputer riba gua akan run Ccleaner.
setiap kali selesai membuat dan menerima call gua akan clear segala bagai recents nya.
setiap kali habes berbalas bersms gua akan clear semua mesej history.
setiap kali beryahoo messengger.begitu jugalah jadinya.

tak kisah lah komputer siapa.henpon siapa.lokasi dimana.gua akan hilangkan jejak.

gua syak gua pernah hilang ingatan kot suatu masa dulu. gua syak dolu-dolu gua ni perisik.

ke macam mana?
hais.curiga gua.

gua belek-belek muka gua depan cermin.kesan parut kat dahi gua ni kesan peluru kot.tapi mak gua cakap parut tu 'hadiah' sebab gua terjun ikot tingkap.sebab gua nakal sangat.

herm.kata ibu dengar sahaja.

Semarak Impian

lu ada 'semangat'.semangat yang membuatkan lu mahu bangun tido dengan cepat dan terus tersenyum.semangat yang buatkan masa 24/7 lu terisi kemas tanpa sebarang rongga-rongga.semangat yang buatkan orang sekeliling lu terasa bahang auranya.semangat yang buatkan pipi lu boleh jadi bentuk 8 tak sampai sebulan.semangat yang buatkan setiap sedutan dan hembusan nafas lu cukup molekul oksigen dan karbon dioksida.semangat yang buatkan lu sentiasa mahu dan terus mahu bernafas gagah.semangat yang datang tanpa perlu lu paksa.semangat ikhlas yang talak juai punya. 

sekali lagi gua tanya.lu ada?

kalau ada sila jaga 'semangat' lu elok-elok.sebab bila dia sudah tiada.susah mau cakap.entah bila lu akan dapat kembali semangat yang sesemangat itu.

sekian.salam perantauan dari taman air manis sabak bernam.

gua baru ada semangat nak mandi.

Kerna Sifat Kasih

"kerna sifat kasih.pada sesama insan.dan menyatakan kasih sayangmu - ramli sarip"

tak semestinya bila ada perkataan kasih perkataan sayang kita perlu layan jiwang kan.kadang-kadang ada yang perlu kita jiwakan.tak semuanya tersurat.kadang-kadang perlu menyelam untuk merungkai konklusi disebalik tersirat.

jiwang dan jiwa kosa nya berbeza.

"zil.lapar.poket lu ada isi tak?" text dari member gua.

tersirat.

nak suruh gua payung lah tu.

tersurat.

Kita Dengan Teknologi Perlu Seiring

dah lama dah Amad perati.sorang pun takde lagi yang melintasi pintu masuk.dan Amad terus menunggu dengan tenang.

"adik balik mana?" seorang makcik menyapa amad.
"ipoh"
"ipoh dekat mana?"
"jelapang" jawab amad lagi.
"oh.saja datang jalan-jalan kuala lumpur lah ni ye?" Amad angguk-angguk ringkas.

bukan Amad tak nak melayan.bukan amad sombong.bukan Amad tak hormat orang yang lebih tua.bukan.PMS apatah lagi.Amad kan lelaki.cuma dalam keadaan macam ni Amad perlu fokus.Amad tak boleh lalai sedikit pun memerhatikan pintu masuk.Amad taknak membuat sebarang kesilapan.amad taknak terlepas pandang.Amad perlu menuntut ilmu.

dan tiba-tiba seorang budak sekolah melintasi pintu itu.

oh.begitu.takdelah susah mana.dan Amad bingkas bangun lantas mengeluarkan tiket komuter dari poket begnya.maju menuju pintu dengan penuh bergaya.

member gua kata sekarang ni nak naik lrt dah guna token pulak.ah sudah.nayalah Amad nak ke Kuala Lumpur naik perkhidmatan awam sabtu ni.hew3.

How Old Are You My Dear Readers?

gua menculik rakan gua seorang yang baru bergelar pengantin baru ke rojak manjung di pekan sitiawan.bersama gua seorang lagi rakan gua merangkap pengantin lama.dan kami adalah sebaya.dan tibalah detik adik manis pelayan kedai mengambil order.

"minum apa abang?".."teh o ais" jawab gua.
"abang?".."milo ais" jawab pengantin lama.
"pakcik?"

gua pandang pengantin baru.pengantin baru pandang pengantin lama.pengantin lama pandang gua. fuh.cari pasal betul adik manis ni.sound gua dalam hati.

Hari Yang Malas


Nasi Lemak Taman Jati

gua sedang berbaris membeli nasik lemak.dari hari sabtu lagi gua dah aim gerai makcik ni.semalam gua terbabas tidur.

pon pon.
"awak.encik megat tu.dengan orang baru tu"sound makcik kat pakcik nasik lemak.
"pak megat.meh la nyinggah dulu"jerit pakcik nasik lemak.dan mereka saling berjabat tangan.pung pang pung pang sembang hal pakcik-pakcik.malas gua nak ambik port sangat pakcik-pakcik menyembang.

"pak megat..nasik lemak ok ke?"jerit pakcik nasik lemak dengan senyuman penuh makna ketika pak megat dah nak blah dan sedang mahu membuka pintu kereta.

gua tertoleh.dan gua terpandang orang baru yang dimaksudkan.sedang tersenyum manja sambil menampakan gigi emasnya.senyuman manja makcik-makcik.dan dalam sekali imbas gua nampak pak megat sengeh menaikkan ibu jarinya menunjukkan tanda best.

lain macam selera nasik lemak pak megat ni.sound gua dalam hati.

Bagaimana Mendapatkan iPhone 5 Percuma

iPhone 5 siap sudah.itu text yang gua terima dari tim cook.ceo apple.
yes alright.balas gua simple.malas gua nak fokus sangat melayan.gua sedang banyak kerja.gua perlu fokus.

tak banyak beza pun lu bawak.langsung tak sama dengan iPhone 5 : Concept by Adneyfilms.langsung.gua text tim cook.
gua masih rindukan kegeniusan visi masa depan dan idea-idea brilliant steve jobs.gua text seorang lagi kenalan gua.thomas suarez.peneraju carrotcorp.

bila tarikh/bulan dijangka lu pasarkan iphone 5 dipasaran Malaysia? soalan mudah dari gua.cuma bahasa gua agak berbelit huru-hara.

sms gua tak berbalas.kecik hati dengan gua lettew.hais.lantak.
kalau lu orang nak handphone iPhone 5 percuma tunggu jelah contest dari nuffnang.kot ada gua pun mahu ngetest juga.mana tahu rezeki macam contest celcom the cube blackberry berulang kan.kan?

ok.gua mahu sambung kerja.

Apakah Ini #1

apakah ini?
2 orang peneka yang terawal tepat akan gua belanja Zine Tentang.sekian.

update : yeah.kita sudah ada pemenang.dum dum dam dam.dan pemenangnya ialah..dum dum dam dam..suspen tak..suspen tak..tak pakai spenda?

ok.Cikgu Aaja sila kehadapan.salam berlapik.tahniah..
tinggalkan alamat dan no henpon(optional) untuk gua hantar rombongan merisik dalam peti comment gua.tq.
jawapan : bentuk comel member gua dari tingkat atas Pasaraya Billion Alor Setar. sekian.
Alhamdulillah.hadiah selamat di pos.dan diterima sudah.selamat membaca.

Tentang Apa Yang Kita Tentang

(tentang kita yang di tentang?)
sebuah penulisan rabak yang kreatif.hasil simpanan entry-entry lama penulis.dan dilonggokkan di satu kertas bersih.di'zine'kan.boleh tahan kreatif.lu tahu apa itu zine?
General definition of ZINE: So-called-magazine; a noncommercial often homemade or online publication usually devoted to specialized and often unconventional subject matter. Zines are written in a variety of formats from computer-printed text to comics to handwritten text. Print remains the most popular zine format usually photo-copied with a small circulation - Source 
ada sebuah blog yang gua follow baca secara intai-intai dari zaman gua belia.dari 2006 tak silap gua.zaman gua suka membaca.dan baru-baru ini makwe tu telah menerbitkan zine pertamanya.kualiti dah tak macam zine dulu.up sikit.dah pandai pakai kertas berkualiti.dah pandai hantar print.dah bukan photostat dah.dah tukar konsep intipati dah.pasal penulisan rabak yang gua suka.dia menulis sambil bercerita.jalan ceritanya.herm.itu lu kena baca.lu kena tapis.dan gua sudah menerima naskahnya.dan gua selesai membacanya.
ini tentang cita yang dijahanamkan.
tentang badan yang dilelongkan.
tentang kasih yang dipijakkan.
tentang hati yang disampahkan.
tentang cinta yang dibabikan.

tentang segala yang ditentang.gadisjahat.
(lipatan tengah yang mengasyikkan.wew)
gaya penulisannya gua suka.langsung tak sama dengan gua yang huru-hara.diulangi.langsung.!

Oh Cerita Oh Melayu

seorang amoi separuh bogel berdiri betul-betul di meja makan gua.terkesima gua.dengan senyuman menggoda dia meratapi gua.tak keruan gua jadinya.semakin lama semakin dekat..dan dekat..dan dekat dan membisikkan sesuatu di telinga gua.berombak gua.

"leng cai..mau dvd baik punya ka?" soalan dari makhluk comel diselaputi kulit putih separuh bogel itu menerjah telinga gua.dalam keadaan berbisik.

oh.amoi Pirates of the Caribbean rupanya.terkesima gua terhenti setakat itu sahaja.

"itu cerita tak mau la.dosa" balas gua penuh yakin.nampak..gua cuba berdakwah.
"Bourne Legacy sama itu Batman Rising ada ka?"

"itu gambar talak cantik la leng cai.nanti lu bising sama saya" balas amoi separuh bogel itu jujur.

"lain cerita pun ada ma.melayu ada.itu Alun Ajiz ala.mau ka?"
"takpa amoi.kasi tanya lain orang.gua sapot industri filem malaysia.mesti mau beli ori ma" goreng gua.

amoi separuh bogel itu berlalu pergi sambil sempat dia meniup telinga gua.nak aram.gua kembali terkesima.

dari kejauhan gua nampak brader di meja sebelah gua tadi bertanyakan sesuatu dekat amoi  pirates of the caribbean  yang separuh bogel itu.dan dari gerak bibir dan lenggok badan serta cara dia menggesel kaki gua sangat yakin dia sedang melontarkan dialog "amoi..Maria Ozawa unsensored ada ka?".

gua sangat yakin.
kesimpulan : bukanlah gua sapot sangat industri filem malaysia.dan cerita melayu amnya.bukan.tengok cerita melayu dekat panggung wayang pun seingat gua ada la tiga empat cerita.lepas tu gua dah serik dah.rugi duit tabung gua.tak berbaloi dengan ringgit yang gua belanjakan.sangat.stereotype.sangat.'asal cerita jadi duit'.itu je yang gua nampak cerita melayu ni.kalau dah cerita rempit..semusim lah rempitnya.tak pasal-pasal budak kampung gua pasang cover rxz kat matgad basikal layan merempit.kalau drift kereta semusimlah driftnya.cuba kalau lu drift tak tukar-tukar tayar..tak ke pancit jadinya kan abang-abang producer?begitulah juga dengan filem malaysianya.melayunya.filem kita warna kita.keluar-keluarlah dari kepompongnya sikit.biar jadi rama-rama.biar pelbagai coraknya.barulah meriah.kan?

biar macam Merong Mahawangsa.biar macam Bunohan.biar macam Chowkit.barulah terkejar filem antarabangsa.biar macam KL Gengster.walaupun banyak lagi yang perlu di gengsterkan.kan?lebih baik mengejar walaupun jauh jaraknya dari statik tak bergerak-gerak.

gua tak cakap semua.gua cakap purata.

tapi kan.satu benda gua lupa.berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup keluar modal nak tengok wagam macam Bunohan.wagam macam Chowkit.kan kan kan?
cerita rekaan ini hanya untuk mengisi masa lapang gua semata-mata. terima kasih kerana sudi membaca.sekian.

iPhone 5 : Concept By AdneyFilms



sangat mahu dengan iphone ini.dah macam Iron Man dah gua tengok.sambil menaip boleh sambil usya makwe kat meja depan gua cakap lu.aum.
lut sinar.ada keyboard maya.makin nipis.fuh.ciri-ciri yang cukup canggih untuk gua bawa lepak mamak sambil pekena tea o ais.
video ini dihasilkan oleh Dakota Adney seorang budak berumur 17 tahun dari Oklahoma.hebat sangat hebat.makanan apa entah mak bapak dia kasi sampai boleh jadi hebat macam ni.gua time umur 17 tahun baru pandai picit jerawat je pun.


rasa-rasa mampu ke Apple sendiri merialisasikan iPhone sehebat ini?dan lu rasa agak-agaknya mampu ke gua memilikinya kalau gua start main kutu dari sekarang?

ada sesiapa nak main kutu dengan gua?

Ini Bukan Crayon Shin Chan

lu pilih hijau.tapi hasilnya biru.
lu pilih pink.tapi hasilnya hitam.

warna kehidupan memang macam tu.
tak semudah macam mewarnakan buku mari mewarna Shin-Chan.

kan?

Riang-riang Jiwa

pernah dengar cerita budak pengembala dengan serigala?gua ulangi.budak gembala dengan serigala.bukan Maria Ozawa dengan hentainya.bukan.nak baca cerita gua make sure hati mau suci.boleh?ok.cuba.

sila mula baca.

cerita budak gembala yang menipu orang kampungnya.beliau mentipu mengatakan serigala menyerang kambingnya.dan apabila orang kampung datang nak kasi pertolongan..dia bantai ketawa terbahak-bahak sebab berjaya mempermainkan orang kampungnya.dan di hari lainnnya apabila serigala benar-benar menjelma walaupun terpekik terlolong minta tolong..orang kampung buat dek' je."dok sey kawe nak tolong doh.my heart broken deep-deep inside deh.disaster.ini semua bencana"

maka tamatlah nyawa budak gembala kambing di ragut gigi-gigi tajam serigala.dan tamatlah cerita gua.

..............................................

"berapa ringgit dalam sampul ni paklong?" anak kepada sepupu gua bisik-bisik di telinga lepas gua hulur duit raya sebelum dia masuk kereta untuk pulang.

"seratus ringgit" balas gua kemaih."dah gi bukak sampul dalam kereta" sambung gua.

gua syak lepas ni mesti dia akan mereka-reka cerita baru : paklong kambing.

harus dah!

Merdeka 2012

setiap kali sambut acara tahunan je mesti nak bakar bunga api.nak meletup sana sini.why-why?

ramai lagi yang punya hak (berhak) atas duit tu.ramai lagi.

"alah.biarlah sekali sekala"
"aah.sekali sekala masuk kampung belanja anak orang susah makan kfc pun lagi ok kan.dah 55 tahun merdeka belum tentu semua orang pernah merasa"

tak serius sangat kan entry gua ni?

selamat menyambut kemerdekaan tanah air.

Ya Ya Ya Iklan Hari Raya Ya Ya Ya

setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa.tidak kisah yang masih hidup atau telah dijemputNya pulang.insyaAllah pintu rezeki akan terbuka buat kita.
gua edit dari petikan kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dari belog seorang hamba Allah.

Budak Zaman Sekarang Edisi Raya

"paklong paklong..tambah duit raya lagi sepuluh ringgit boleh?"

hamboi.demand.ingat gua cop duit ke apa?

Semangat Perjuangan Harmoni Edisi Raya

gua buka laptop.gua biarkan seketika.gua tutup laptop.
maaflah kerja-kerja sekalian.belum masanya untuk gua belai manja lu orang.

buka bukan bermaksud ON.tutup bukan bermaksud OFF.

Bila Lagi? Edisi Raya

b i l a l a g i ?

boleh faham apakah soalan ini?
ok bye. gua mahu mendongak ke langit pandang bulan yang sedang melawa.

Selamat Hari Raya

kadang-kadang blog gua mengada-ngada.kadang-kadang penulisan gua manja-manja.

selamat hari raya.maaf salah silap zahir & batin na.

Terbaik Raya

"hai..balik sorang je raya..menantu mak tak ikut sekali?"
gua karate tengkok mak gua laju-laju.

pagi raya tu gua salam cium tangan mak gua lama-lama.

Mencari Konklusi


"wangi mulut?"
"bau haruman syurga kan?"

gua angkat jari manis tinggi-tinggi.
cis.bawak-bawak gosok gigi la wei.

selamat berpuasa.
selamat bershopping raya.
selamatkan puasa mengkome.

Gua Tak Nak Hugs..Gua Nak Kisses

(gua mahu ini)
(gua dapat ini)
kisses dan hugs kan auranya berbeza.hais.mengada-ngada.ok.gua masih fokus lagi pasal chocolate.
bila la bos nak hantar gua handle projek dekat Langkawi ni.lama dah gua tak jejak kaki ke sana..gua rindu Pantai Beras Basah.
member gua yang baru balik dari Langkawi cerita dekat gua..Pantai Cenang makin menjadi-jadi tahap miami bitchy ass nya.gua makin teruja~

gua nak semua-semua chocolate Hersheys.

Dengan Pizza Hut Pindah Randah Semudah ABC

harini ini gotong-royong pindah barang dari opis lama ke opis baru.dari pukul 10:30 pagi membawa ke pukul 5:00 petang baru setel.pergh..kejang urat badan gua.dah akhirnya urat-urat badan gua kembali mengendur dipujuk oleh Pizza Hut.pandai bos gua pujuk urat-urat tegang di badan gua.

sekarang urat perot gua lak sedang menegang.tapi gua suka.
herm..apa kejadahnya gua gi Pizza Hut tersarung selipar pink..cis!

Cerita Joe & Jack #1

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima


tangan yang memberi biar ikhlas memberi.tangan yang menerima jarang-jarang tak ikhlas menerima.kan?

itu sifat manusia biasa.normal.

terima biar berpada-pada.jarang-jarang kita terima sesuatu barang kita cuba ambik tahu kenapa tiba-tiba je kasi kita hadiah ye.selalunya bab orang kasi sesuatu ni kita fikir positif sesaja.oh..hadiah..yeay..ni mesti sebab nak ambik hati kita.ni mesti nak tunjuk sifat romantika.
kalau tangan yang memberi tu harapkan balasan yang 'sexsexsex' tu camna?
tajuk asal entry ni gua letak 'beri domo~kun..minta sex'..cuak-cuak gak kalau geng opis domo~kun saman malu belog gua.malu gua.

Aktiviti Menculik Rakan Blogger

ini cerita ahad minggu lepas.gua culik seorang rakan blogger.dan kami berjimba-jimba di sini sampai lupa diri.aisey.berjimbalah sangat kan Cik Paris Lipton kan?kehkehkeh.
(gua sediakan peta untuk lu orang ke lokasi)
fyi..nak ke pulau tu kena naik bot.tambang dia RM 3.00 sekepala dewasa.sekian entry gua.kalau ada rakan blogger nak jimba-jimba dengan gua dekat ipoh roger-rogerlah.
jimba-jimba lah sangat..kan.

oh.kot ada orang dari Jabatan Pelancongan Perak yang terbaca belog huduh gua.ini sedikit komen gua.
pulau tu dah bes dah.cuma ngapenyer cam mati je.ce mengkome pelbagaikan sikit aktiviti kat situ.adakan rock climbing ke.beskal fixie ke.idak le kosong sangat jadinyer.paling koman pun buat le aktiviti berkayak ke..kan kan kan?

letih bebeno teman ngan Cik Paris Lipton beratur nunggu bot untuk pulang.ce mengkome letakkan kerusi ke..buat ruang menunggu ke..paneh chor oi..idak elok je teman putih gebu macam cikparislipton..ini udah rentung jadinya.
TQ Cik Paris Lipton sudi diculik oleh gua.ada ubi ada batas. lainkali gua culik lu lagi naik bas.

Melayu Itu Akarnya Berbudi Bahasa

"adik senyum kenapa?"
"ada nasi dekat hidung abang"
"atas hidung ke?"
"tak..dekat lubang hidung"
"lubang kiri ke kanan?"
"kanan"

cis..tak payahlah nak sopan sangat..itu bukan nasi..itu taik hidung terjuntai.

Bangun Pagi & Hasil Ujikaji = Domino's Pizza 9" Regular Pizza

ini gara-gara sebab tak sedar diri makan daging kambing semalam lah ni.

demam kali ini selera makan gua jadi agak manja.manja tak ingat-ingat.tapi apa adahal..sekali sekala gua ok je layan manja demam gua.

gua bukak website Domino's Pizzagua capai henpon.gua call talian hotline Domino's Pizza. 1-300-888-333.

gua minta 9" regular pizza
gua minta cheese burst double decker
gua minta half ultimate hawaiian
gua minta half BBQ chicken

dan gua dapat seketul Domino's Pizza pada harga RM 37.05.

gua order pukul 1130 am.gua dapat pukul 1155 am.gua syak bro Domino's Pizza tu kompem cilok tak ingat-ingat punyalah.terbaek.

gua nak layan movie..erk..ada sesapa nak manja-manja dengan gua?

Kambing Dan Aqiqah


makan daging kambing tu sedap kan?tetambah pulak kambing fresh.memang terbaek.dan tadi kenduri aqiqah anak member gua.dan gua macam biasalah..bila kenduri selalunya gua antara orang yang lewat sampai.dan bila lewat semua-semua makanan tu adalah gua punya.dan secara tamaknya tadi gua makan banyak.kambing masak kurma banyak.sup kambing pun banyak.dan padahnya..badan gua sedang kepanasan.padan muka gua kan.
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:


بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

Menyembelih ketika matahari sedang naik.

Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Spenda Pintal Getah

"lu ada nampak getah dak Zil?"
"takde bro..lu tanya Amad"

"lu ada nampak getah dak Amad?"
" takde bro ..lu tanya Joe"

"lu ada nampak getah dak Joe?"
" takde bro..lu tanya budak-budak lain"
10 minit kemudian.
"aram..sorang pun takde getah"
"lu nak buat apa getah tu Bob"
"gua nak ikat bucu spenda gua..getah spenda dah loose..dah jadi longgar..zigzag..berombak dah"

gua pandang muka bersungguh Bob.

"stepler sudah.."
hidup perlu kreatif kan?
ok.gua nak sambung layan drama jepun..Mr. Brain.mood gua harini mood malas mandi.

Doa Sebelum Masuk Kelas | Ilmu Untuk Maju

(aummm..gaya gua mengeliat bangun pagi pergi sekolah)
ada orang cari doa sebelum masuk kelas dekat blog gua.tu mesti budak sekolah tu.mesti ketua darjah tu.mesti bodek ustaz/ustazah kuat tu.abang tabik pengakaplah.sekurang-kurangnya adik tak cuba cari 3gp budak sekolah.

abang dulu sebelum masuk kelas abang pun rajin berdoa gak.abang doakan cikgu keluarkan arahan 'buat kerja sendiri ye..cikgu tak masuk kelas harini'.tapi biasalah...jarang-jarang makbul doa abang tu.

sebab adik dah cari..abang tampallah sini.doa perhimpunan pun abang letak sekali.baru ustaz/ustazah sayang adik lebih.kan kan kan.hambik.erk..dekat perhimpunan nanti jangan lupa kredit untuk blog abang tau.suruh satu sekolah klik iklan nuffnang tu tau.abang tak cukup duit lagi nak beli buku nota conteng-conteng dekat koperasi sekolah.

ngeliat-ngeliat nak tido.adik tolong kim salam cikgu perempuan yang masih bujang eh.aummmmmmmm.
DOA SEBELUM MASUK KELAS
Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Allah, Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini. Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini.

Kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan belajar dengan penuh semangat dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hari ini.

Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu.

Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini bagi kami.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN
Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu jua kami merafakkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.

Dengan keberkatan majlis perhimpunan pagi ini, kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan. Anugerahkanlah kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus istiqamah.
Amin.