masalah nafas mulut berbau atau bahasa buku teksnya hilatosis sememangnya sangatlah tak hensem. salah satu puncanya adalah disebabkan sisa makanan tertinggal di celah gigi.
cara pembersihan mulut secara asas sangat mudah. kalau malas tahap nak minta pelempang sekalipun silalah usahakan juga untuk berkumur. kalau rajin lagi sambil-sambil bergolek-golek layan drama melayu online dekat youtube bolehlah selitkan dengan aktiviti flos gigi. kalau rasa aura rajin semakin menjadi-jadi..silalah layan bersugi.
yang ini pun antara punca masalah nafas mulut berbau juga ni. bau oink oink!
asal punggung kena sengat tebuan nak sebut nama dia. asal bersin keluar hingus nak sebut nama dia. asal tangan luka tengah asah pisau rambo pun nak sebut nama dia. sudah boleh dapat anugerah binatang popular dah beliau ni.
mulut tu kalau ringan-ringankan..lancar-lancarkan sebut Allah Hu Akbar kan harum jadinya. dok gitu deh?