Detik Dua Belas

detik awal pagi ini terdetik pulak hati gua nak berkongsi pengalaman misteri dan seram dengan lu orang..misteri yang bukan di buat-buat. seram yang bukan di gembar gemburkan. misteri dan seram yang tak mungkin mampu diulang tayang..dan memang taknak pun seboleh-bolehnya. so pesanan gua kepada yang lemah semangat cukup baca setakat ini je..boleh pangkah laju lajuss blog gua kalau lu orang tak cukup kental dan tahap kesihatan tak mengizinkan. takpe. gua tak kecik hati. gua lagi pentingkan tahap kesihatan lu orang. gua tak nak sebarang malapetakacelakaan berlaku kat diri lu orang. nampak. gua sedang caring..dan kepada yang kental hati tahap rambo..sila teruskan membaca..

itu hari. gua tak ingat detik berapa. tapi yang pasti kejadian ini berlaku pada waktu malam. ya waktu malam. biasalah cerita misteri jarang berlaku pada waktu siang. kecualilah acara gores dan menang hadiah misteri. kan kan. ok. pada malam itu gua bersendirian. suhu malam itu panas sangat gua rasa. bahang tak ingat. tapi bila intai kat luar macam nak hujan sangat dah gayanya. siap guruh berdentum bagai. tapi gua tetap rasa bahang panas menyelubungi. padahal kipas gua dah pasang tahap habis pulas dah kot. lantas gua ambil keputusan capai tuala dan menuju ke bilik mandi..dan gua pun mandi sambil nyanyi-nyanyi ulang part chorus lagu The Gods Make Heavy Metal dari kumpulan Manowar. part tu je yang gua hafal pun dan tiba-tiba..pap!..ha mesti lu orang ingat ada tangan pap muntut suci gua kan..nopeee!..jangan fikir keji sangat..hanya lampu yang tetiba terpadam. dan suasana dalam bilik air diselubungi gelap gelita..rupanya bekalan eletrik rumah gua terputus sudah..dan memang kebiasaannya begini..kalau guruh over sikit selalunya suis eletrik akan auto jatuh kan..so gua buat rilek je..dan disebabkan gua bersendirian kat rumah lantas gua dengan tenang keluar dari bilik air secara nature dan meraba-raba dinding menghala ke ruang tamu..niat gua nak on kan semula suis lampu..mana feel mandi dalam gelap..dan lagi beberapa langkah untuk gua menghampiri kotak suis..tap!..suasana gelap gelita cerah tetiba dan bila gua menoleh ke arah kanan gua..nakharommm..sesusuk wajah dan mata yang tajam sedang memerhatikan gua dari jarak dekat..sangat dekat..bebetul depan muka gua..sejuk gua rasa suhu disekiling gua..meremang abis bulu badan gua..dia punya perasaan susah untuk gua persembahkan dalam bentuk penulisan. takde ayat yang dapat gambarkan kejadian hari itu. dan sedar-sedar je gua dah beberapa langkah ke belakang. entah bila masa gua bergerak pun gua tak tahu. boleh tahan jugaklah gua punya tindakbalas reflect dalam mengasingkan jarak dengan makhluk tu. siap dengan gaya pasang kekuda sambil sebelah tangan siap genggam penumbuk apa bagai. cukup lengkap dah macam gaya mendiang abang angkat gua yang bernama Bruce Lee dah gua rasa. cuma satu je skill yang membezakan kami. tadi gua ada mention pasal sebelah tangan genggam penumbuk kan? ha..sebelah lagi? ha..maaf. skill tu terpaksa gua rahsiakan..ha. mulut tak payah ceritalah..kumat kamit entah apa gua baca pun gua tak tahu dah. dan akhirnya gua lepaskan sedas wachaaa laju lajuss dekat dinding rumah sebagai melepaskan amarah yang terbuku bila gua mula sedar yang makhluk misteri itu sebenarnya langsung tidak menyeramkan apatah lagi berstatus merbahaya. yang misterinya kenapa detik itu gua rasa sungguh seram dan gua lantas bergegas sambung mandi dalam keadaan malas memandang cermin dalam bilik air. menyanyi pun tidak. tacing betul gua dengan misteri itu. oh..ada sesiapa yang lemah seluruh anggota badan atau pun kejang urat saraf selepas baca cerita misteri dan seram ini? maafkan gua. ini pun kira gua dah cuba sedaya upaya untuk reduce kan tahap misteri dan seram dengan publish entry ini di siang hari. sekali lagi. maafkan!

Hidup Ini Nakal

bukan sekali dua. banyak kali!
bukan gua tak beringat. acapkali!

tapi memang kerap sangat gua terlupa lantas gua akan rasa perasaan 'panas betul lah' menyelubungi diri gua sepanjang hari.hais! panas hati itu satu perkara..dan panas itu satu perkara lagi. nampak tak gua berhadapan dengan panas kuasa dua. sungguh gua rasa panas!..serius tersentap perasaan gua seketika..dan boleh jadi tersentap panas lama.

cuba lu imagine perkara yang lu pernah insaf/taubat dan cuba untuk alert agar tidak berlaku kat diri lu dan melibatkan anggota kesayangan lu..akhirnya tanpa sebarang amaran berlaku gak. hais..marah betul gua..bebetul marah gua rasa..seolah-oleh gua di aniaya dan dipersendakan oleh sikap alpa+lupa..sungguh gua berdendam..

serius gua rasa macam tak ada tempat nak mengadu yang mampu untuk solvekan panas gua yang membara ni bila pada fasa akhir tatkala sesi urusan selesai..

1) gua lupa yang tangan gua baru lepas pegang/gaul-gaul cabai/cili untuk buat air asam dan sewaktu geng dengannya
atau
2) air paip yang memula sejuk dan tetiba panas cam aram menerjah keluar dari lubang paip tanpa nak kasi hint untuk gua bersedia awal..
nyut nyut nyut penangan dia.
dan yang nombor satu (1) tu leh jadi sangat lama.
chilake chilake!


Rebat Model Terbaru dan Terlaris Smartphone (Telefon Pintar)

Nur Alysza Ana tersenyum sendirian. Adakalanya digigit lembut bibirnya sambil sekali sekala membetulkan hujung rambutnya yang jatuh terurai menghalang penglihatannya. Cuma sekali je gua perasan dia bersuara..itu pun setakat bertanya..'eh..korang tak nak order teh tarik lagi ke?'..dan kembali menyambung aktiviti senyum sendiriannya. Boleh tahan manis gak senyuman dia..

Ahmad terkekeh-kekeh seorang diri tanpa mempedulikan orang ramai di sekelilingnya. Kadang-kadang boleh tahan besar gelaknya. Adakalanya sampai tahap sendawa. Apa yang dia layan seronok sangat entah. Gua harap dia tak sampai tahap terkencing dalam seluar macam member bambam gua..

Atikah Nurbayah dari tadi berwajah gundah gulana. Sampai berkerut-kerut gua tengok dahi dia menatap benda alah tu. Kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kiri. kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kanan..kejap-kejap dihenyak-henyakkan buntutnya kat kerusi..macam gatal buntut bebeno gayanya..diselang seli dengan aksi menggaru posisi kiri..kanan..tengah buntut gaya bersahaja. Herm..cekap kan mata gua..itu pun gua boleh perasan. Inilah jadinya bila Ramadan mula meninggalkan gua. Tapi gua tetap tak boleh baca apa masalah sebenar dia layan gundah gulana sampai macam tu punya kronik. Boleh tahan darurat dah tu. Gua syak ada kena-mengena dengan masalah penyakit gatal buntut kot..boleh jadi la kan. Harap-harap tak sampai tahap meninggalkan parut di buntutlah hendaknya..

Yang si Deraman ni pulak lain macam gayanya. Diam je. Bergerak pun ala kadar je. Cuma mata dia galak menatap benda alah tu. Sesekali gua perasan gak dia mencuri pandang Nur Alyza Ana sambil telan-telan air liur. Horny le tu gamaknya..jangan dia buat pasal inzal kat khalayak ramai sudahlah..

Dah dekat sejam dah gua curi-curi perati perangai diaorang ni. Tak faham betul lah gua scene bebudak sekarang ni. Apa jadah melepak semeja masing-masing mengadap smartphone je kerjanya. Smartphone rebat model terbarulah tu gamaknya. Tak ada skill dan tatasusila bersosial langsung!

Ha..gua baru balik bersosial secara penuh skill dan berhemah dengan kenalan kepada member gua..bebudak Taiping yang sudi singgah melayan sesi teh o ais di Mydin Ipoh dalam perjalanan pulang mereka dari berhari raya di Gopeng. Tinggi sangat skill borak diaorang sampai gua rasakan jam 5 pagi macam baru pukul 12 malam.
Pssttt..lu orang yang makin bambam..gua nak minta maaf salah silap gua kat lu orang sekalian na. Kot ada kesalahan budi bahasa gua dalam mengarang entry dan mengarang komen yang tak cukup cun dengung dan harkat dan bahasanya..maklumlah..beginilah jadinya gua bila Ramadan meninggalkan gua. Sila baik hati maafkan gua na. Sila. Zahir & Batin. Selamat Hari Raya.


Alihkan Kesibukan Hati Kami Dari Dunia Penuh Tipuan - Ramadhan 2013/1434H

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
maaf untuk segala hasil penaipan di blog ini. kot kot ada yang tertacing hati. tersalah informasi.
geng. esok puasa. selamat!
Ramadhan 2013/1434H

Milo Ais Tabur Satu!

time lu rancak borak di telefon bimbit sambil lu sedut air milo ais tabur sambil batang sudu plastik termasuk dalam hidung itu kira benda normal lah tu kan.

gua harap gua tak ulangi aktiviti mencabar macam ni lagi. gua cuba berjanji dengan diri sendiri.

Nak Tanya Pandangan :)

Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau you jumpa perempuan berjubah bertudung labuh menutup aurat apa yang you fikirkan?
Adam : Baguslah. Tutup aurat tu kan wajib.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!

 Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau lelaki yang tak dikenali selalu update mukabuku dia letak doa dan video doa itu maksudnya lelaki tu dekat luar pun dia memang orang baik eh?
Adam : Baguslah. Berkongsi sesuatu yang baik. Tapi bab perangai dia dekat luar belum pasti baik lagi lah kan.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!
Apa salah Adam?

Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila

Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Filem Gila-Gila Remaja adalah filem remaja yang berjaya menanamkan minat dekat remaja sekarang untuk beli motor scambler. Bukan itu je beb..kalau lu orang perasan banyak perkara pada zaman tu dihidupkan kembali pada zaman sekarang. Break dance move..skinny jeans..helmet lego..ha..ini sungguh-sungguh lejen. Mereka cukup gila-gila pada era mereka. Tapi bukan gila. Minta tolong sangat-sangat lu orang jangan cuba comparekan dengan filem Gila-Gila Remaja 2013. Itu memang gila. opsss!..gua tercompare sudah. Maafkan saya.

Pernah baca Majalah Gila-Gila? Majalah kartun yang menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an berkarya. Majalah kartun yang melahirkan otai-otai seperti Ujang dan Gayour. Bahan bacaan ringan yang lejen dok baq ang. Bahan bacaan di zaman remaja gua. Studio majalah Gila-Gila antara tempat terawal punca gua menjejakkan kaki ke ibukota Kuala Lumpur. Itupun sebab gua join geng rombongan sekolah. Sekali lagi gua tegaskan studio Gila-Gila punca gua menjejakkan kaki comel gua ke Kuala Lumpur. Kalau setakat Muzium Negara belum tentu dapat memujuk hati gua untuk gua pecah duit tabung. Begitu juga dengan Planetarium Negara. haa..nampak. Tak pernah langsung terlintas cita-cita gua nak jadi angkasawan negara. Ditambah pulak dengan cerita-cerita rekaan member sekelas gua yang kononnya kat angkasa lepas ada alien. Alien suka culik orang untuk dibedah. Time dulu gua kalau dengar bab dibedah je gua secara automatiknya jadi budak yang sangat sopan dan pemalu. Geng sekelas ajak main baling pemadam pun gua tak join..walaupun gua tahu pemadam Ninja Turtles gua kompem boleh titik diaorang. Tak payah sebut perkataan bedahlah,,itu dah tahap extreme sangat..sebut perkataan 'esok doktor nak datang'. Habis je ayat tu disebut akal gua dah berputar laju dah nak cari alasan taknak gi sekolah. Selalunya teknik kepit sabun kat ketiak supaya esok paginya badan panas gaya-gaya macam nak demam boleh tahan berjayanya. Tapi yang tak bestnya kreativiti macam tu kadang-kadang boleh betul-betul mengundang demam. Bila betul-betul demam mana best. Macam mana gua nak main panjat palang besi kat sekolah. Macam mana gua nak main batu seremban kat sekolah. Macam mana gua nak main kejar-kejar kat sekolah. Macam mana gua nak main polis sentri one two jaga kat sekolah. Macam mana gua nak main semua-semua permainan favourite gua kat sekolah. Cer citer!

Tapi dalam masa yang sama cikgu-cikgu gua boleh tahan tahap brilliantnya. Dimasukkan sekali schedule ke Rumah 4 Musim di Bukit Cerakah. Mana boleh tahan kiri-kanan telinga gua dengar suara-suara kata boleh main baling-baling salji..boleh layan sejuk macam duduk dekat Kutub Selatan. Start naik bas je gua dah sarung kemas baju sejuk ala-ala zaman rapper KRU, 4u2C dan NICO. Tapi macam biasalah..cikgu memang brilliant bab nak ajak student meramaikan majlis rombongan. Bila sampai di lokasi tak seperti yang diharapkan pun. Setakat tengok salji dari sebalik cermin mana nak datang sejuk macam Kutub Selatan pun. Balik tu sebagai tanda protes gua layan hulur kepala gua kat luar tingkap bas..tapi itu belum mampu menyejukkan hati gua yang panas membara.
Dan kadang-kadang di waktu pagi alien suka turun ke bumi..menyuruk dalam busut..menyamar sebagai Star Wars - info brilliant member sekelas gua. Dan boleh dikatakan setiap sabtu dan ahad gua bangun awal pagi bergegas ke busut..sambil-sambil menonggeng mengintai kot-kot ada makhluk alien a.k.a Star Wars keluar dari busut. Macam haram pekena gua!
Gila dan Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Gila-gila boleh buat orang menjadi ceria. Bak kata member gua. Tapi kadang-kadang boleh buat orang jadi gila. Bak kata member gua. Dan gila tu penyakit. Bak kata member gua. Dan untuk rawat orang berpenyakit gila kenalah ceriakan dia. Bak kata member gua. Tapi jangan lu gila-gila sampai buat dia bertambah gila. Pun bak kata member gua.

Gua tak pasti member gua gila atau gila-gila. Gua tak pasti gua di pihak yang mana.
Terima Kasih si gile!

Kawan Lama & Koleksi Makwe Body Power

Hai adik on fire sekalian. Cak!

Gua baru lepas balik melepak. yeah!bila jumpa kawan lama dan jarang-jarang bersua muka..gini lah jadinya. Banyak sangat benda nak diceritakan. Dari sembang-sembang suci murni secrystal clear hingga melalut ke makwe hot bambam apa jadah bagai topiknya. Tapi yang istimewanya bila dikategorikan sebagai kawan lama..keserasian bercerita sangat terserlah. Kalau terdisconnect pun sebab nak cucuh api kat rokok...atau pun ada makwe body power melintas lalu..itu pun tak sempat nak berkedip mata..siap berlumba-lumba nak bercerita...punyalah hebat aura keserasiannya..dan seperti biasa..tahap gelak mestilah loud speaker..kasi setting maximum volume..udah tahap speaker pecah jadinya. Dah lama gua tak rasa kepuasan melepak sehorny macam ni. Tak perlu nak cover gelak tahap kihkihkih atau ihikihikihik sambil pekup mulut. Itu dah rupa terpaksa jadinya..hidup kena ikhlas kan..mana best paksa-paksa kan..tak ikhlas hasilnya kan..haa..tapi kalau adik berstatus makwe..sila lah kontrol sikit ye..saham tu saham..jangan sampai bro Mamat Khalid minta datang audition Hantu Kak Limah 3 udah lah ye..hais..seram pulak bila gua taip tajuk citer tu..hais!

Bila sembang bab menyembang ni..gua sebenarnya bukan orang yang pandai menyembang. Selalunya kalau gua join menyembang..topik serius tahap meleleh air mata pun akan ke laut jadinya. Gua lebih selesa menjadi pendengar sebenarnya. Menyampuk bila perlu. Dan bab nak bukak topik bercerita pun sama. Satu bakat yang kurang menyerlah dalam diri gua. Nak ajak gua menyembang topik yang brilliant? Herm..maafkan saya..buat awak kecik hati je jadinya karang..herm..topik cinta?..lu orang boleh dengar je ulasan gua..pun ada harapan lu orang berkecik hati dengan gua. Isi tak ada..maklumlah..bakat semulajadi gua lebih kepada makan nasik berlaukkan siput sedut..itu je bakat cemerlang gua setakat hari ini..menyedut..haa..

Berbalik kepada topik menyembang..gua dalam kategori orang yang suka sembang topik yang sama berulang-ulang. Kenapa jadi macam ni beb?..haa..sebab gua seorang yang pelupa. Minggu lepas gua lupa hari. Patutnya gua ke Perlis pekena mangga harum manis Perlis..dan lepak santai cuci mata horny-horny di pantai Songkla Thailands..dan berkeliaran mengusya pakaian bundle di Hatyai juga di Thailands..tapi gua lupa hari..gua terlewat sehari..gua lupa..arghhh dan haa..dan disebabkan itu..gua ambil keputusan mudah..biar gua jadi pendengar je..menyampuk bila perlu..asal topik lu orang buka tak berkait dan berulang-ulang pasal kekasih hati lu orang..dan bukan tahap terlalu brilliant..gua ok je. Gua tahu adik sayang kekasih hati kan?ha..cukup setakat tu. Jaga hubungan elok-elok. Kalau sayang sila jadi untuk setia. Tapi gua halang keras lu setia sampai tergadai body kepada benda keras. Setia biar berpada-pada. Haa..bukan gua ignore semua topik berkaitan kekasih hati dan tahap brilliant..bukan. Boleh je nak nyembang dengan gua. Tapi kalau udah kerap bebeno topik yang sama..apa ke hey nye yob dan yong oi..tepu otak gua jadinya..dan kalau lu orang perasan..ada dua tiga baris ayat yang gua duk ulang-ulang taip kan? kan kan. haa..itu bukan sebab gua lupa..itu sebab gua saja-saja..nampak macam ada estetik/estetika disitu..haa..nampak tak tahap brilliantnya gua.
Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan.
Estimologi tu apalak maksudnya?
Haa..pernah dengar pasal eskimo kiss? ok!..itu bukan maksudnya. Cari sendiri!..saja gua nak asah brilliant terpendam lu orang biar bijak macam gua..haha.

(eskimo kiss)

Kedai Kopi Halal & Lupa

hai adik cikebam cikebum sekalian. rindu abang tak? kalau rindu meh plok erat meh*depa-depa kedua belah tangan!

heh..lama gila gua tak menulis kan. cukup lama. mesti adik-adik abang sekalian makin tinggi ilmu selulit di peha dan pelipat perut kan. kan kan? ops..takyah tunjuk kat abang..aurat tu..cukup sekadar adik-adik je tahu!

makin hari keinginan abang nak update belog semakin memuncak sebenarnya. bergetar-getar tangan nak menghapdet. tapi masalahnya abang sekarang makin pelupa. cepat sangat! dalam setahun pasti ada satu tempoh yang abang akan lupa banyak benda. ha..lupa!

kadang-kadang eksiden lupa ni boleh buat kita stress. menggunung stresnya. sebagai contoh itu hari sedang abang melayan keseronokkan poo-poo di sebuah kedai makan tetiba abang lupa samada abang dah lock pintu tandas atau belum. pergh!..potong kan..kan kan? dalam kejadian tu jarak pintu dan tempat abang bertenggek punyalah jauh. dah tak pasal-pasal abang kena stop sekejap operasi poo-poo dan bergegas untuk memastikan keadaan pintu toilet. hais..apa pesen entah arkitek design toilet macam tu!

ok..itu kes cool cool je kan. ini kes hot hot lak. cerita zaman grunge gua! (baca : grun.ge).

situasi : kedai kopi orang kaya kaya yang berstatus halal (mencari yang HALAL itu FARDU na!)
Zahratul Nafisa : awak apsal tak turun makan makan sekali reramai semalam?
Gua : aku lupa weih. serius aku lupa..(sambil tangan mencapai gelas meneguk air mahal halal milik Zahratul Nafisa). yang lu pun satu..apsal tak helo gua!
Zahratul Nafisa : kehkeh. saya pun lupa gak..lupa nak roger awak. bizi baca menu makanan.
Gua : fuh..nasib baiklah acara makan makan reramai je. kalau kenduri kahwin lu mau lu tarik muka dengan aku kan?..(sambil menyedut air mahal halal milik Zahratul Nafisa).
Zahratul Nafisa : ha..tu la pasai..kalau la kenduri kahwin saya..tacing saya tau. taknak kawan!..(sambil merampas kembali air mahal halal dan lantas menyedut laju).
Gua : pelupa gila aku sekarang ni. letih wo nak melayan perangai LUPA ni. ha..ni sebab aku teringat beg aku dalam kereta lu yang aku roger ajak lepak ni. ada bawa dak?
Zahratul Nafisa : ada je dalam kereta tu. tak pernah bawak keluaq pun. apa je lah yang ada dalam beg tu pun?
Gua : barang-barang harian aku lah. tshirt..boxer..berus gigi..
Zahratul Nafisa : berus gigi??! habis tu ni awak berus gigi ke dak tadi ni?
Gua : ha..sebab aku ingat nak berus gigi tadi tu yang aku roger lu tu.
Zahratul Nafisa : Demlah awak ni!
adik-adik imagine kan lah sendiri raut wajah kakak Zahratul Nafisa. dan haritu untuk pengetahuan adik-adik sekalian abang terpaksa bayar harga air mahal halal milik kakak Zahratul Nafisa. kesian abang kan?!

Zahratul Nafisa bukan nama sebenar. nama sebenar beliau abang dah lupa..

Baucer Dominos Pizza Percuma

asal niat gua nak ajak budak-budak ni berjoging. kesian gua tengok diaorang nak bawak diri sendiri pun bersusah payah. bambam sangat. tapi disebabkan cuaca sekarang ni tak tentu hala dia punya selera..ikut suka nak hujan bila..akhirnya terpesong nawaitu gua..lantas diaorang yang pancing selera gua ke Dominos Pizza menggunakan baucer percuma. rezeki jangan di tolak. musuh jangan di cari. ok. gua join diaorang melantak!


nampak. dengan baucer Dominos tu kami bebas memilih 4 jenis hidangan pizza 6 inci secara percuma.


4 kotak bersamaan 4 orang lah maksudnya kan? ok. yang sorang lagi tentu-tentulah gua lah kan. abistu mana pergi lagi sorang? ha. jawapannya sebab diaorang ni semuanya bambam. tak muat untuk gua satukan di dalam sekeping gambar. kalau nak memuatkan 3 orang sekaligus gua terpaksa berdiri sekurang-kurangnya 100 meter ke belakang. dan kalau gua berdiri 100 meter ke belakang gua syak kotak Dominos Pizza untuk gua hanya akan tinggal kotak semata-mata. mesti diaorang akan culik Dominos Pizza gua. aura makan diaorang sangat kuat. itulah antara bahayanya berkawan dengan geng bambam. nampak. gua ada selitkan pesanan ringkas untuk lu orang yang nak berjinak-jinak berkawan dengan geng bambam. risiko untuk dijangkiti. sila fikir masak-masak. erk..perasan tak satu wajah tu..wajah yang macam minta sangat-sangat dilempang kan?


gua pilih beef. ke semua pilih beef. sama je pesennya gua nampak. yang berkacamata tu tuan punya Dominos Pizza baucer. dapat Dominos Pizza baucer percuma masa join treasure hunt apa entah. sosial bukan-bukan. yang tersengeh tu sedang ayat nak pow Dominos Pizza gua. no way! jangan harap gua nak cair.

tadi masa makan-makan gua usya tuan punya Dominos Pizza baucer. banyak lagi rupanya baucer Dominos Pizza dia. lantas gua mengambil keputusan untuk berkawan baik dengan diaorang. ho yeah! kenyang perut suka hati. gua sedang lapar kembali. ini kompem berjangkit aura geng bambam lah ni. ermm. gua redha!

Perangai Minta Pelempang

penumpang : abang..laju bang..kejar kereta depan tu.
pemandu : baiklah!
(menekan pedal minyak dengan pantas)
penumpang : abang..slow sikit bang. brek brek brek!
pemandu : pulak!

penumpang : abang..laju sikit bang..80km/j atas highway bila kita nak sampai.
pemandu : baiklah!
(menekan pedal minyak dengan pantas)
penumpang : abang..slow sikit bang. brek brek brek!
pemandu : pulak!

ada masanya gelagat penumpang boleh buat pemandu macam gua karate stereng kereta!

Belum Kena Dah Terasa

sekarang gua semakin dahsyat berjoging. dalam seminggu gua peruntukan 2 kali masa berjoging. dari 2 round ke 3 round tanpa henti. dari 3 round meningkat ke 4 round tanpa henti. dan tadi gua berjaya mengatasi hingga ke 5 round tanpa henti tanpa gua nampak bintik-bintik hitam berpinau berkeliaran  di sekeliling mata gua. asal nak ke kedai makan area opis pun gua memilih untuk berjoging. kadang kala je gua memilih untuk berlari laju tak tentu hala. itu pun bila gua terserempak sekumpulan geng anjing liar usya gua gaya tak puas hati. gua dengan binatang bernama anjing memang tak pernah nak ngam.

asalnya gua berjoging sebagai mengisi rongga-rongga masa je. asyik balik kerja terjelepuk mengadap movie mana sosial kan. life tarak. tapi tanpa disangka joging ni sebenarnya menambahkan power rupanya. itu hari gua ke utara tanahair walaupun pergi balik gua drive..esok hari gua masih rilek je tak letih. power kan. nasiblah malam Jumaat gua masih belum terlibat dalam aktiviti menggunakan kawalan pernafasan dan stamina yang tinggi..kalau tidak mesti gua A punyalah. 'belum kena dah terasa'. kehkeh. boleh tahan garang tagline kopi 3 in 1 sekarang ni kan.

kepada yang nak power macam gua tanpa perlu susah payah bangun pagi angkat pasu bunga marilah join gua berjoging di taman yang ada tasik di Meru Raya. dan kepada makcik-makcik yang diselubungi selulit sepanjang landasan keretapi..bawak-bawaklah join aktiviti sihat macam gua. bukan apa. gua risau karang Keretapi Tanah Melayu sambung landasan komuter sehingga ke selulit lu orang. dah lu orang tacing-tacing terasa.

sekian. entry sihat dari gua untuk hari ini.

Yang Selsema Itu Burung Dia

cuak gua bila bangun pagi semalam bersin tak henti-henti. maklumlah baru pulang dari sempadan selatan Thailand katakan. Padang Besar Perlis membawa ke Danok a.ka. Sadao. faham-faham lah dekat sana virus bukan setakat runcit-runcit. dah tahap pasaraya Mydin dah tahap majunya. ayam berkasut tumit tinggi jenama Thailand jangan duk cakap lah. bersepah. gua nak menjamu selera makan masakan Thailand pun terhorny-horny. kejap pandang makanan. kejap pandang diaorang. member gua dah terketar-ketar gua tengok nak suapkan nasi ke mulut. cuma dia tak perasanlah gua pandang dia. selalunya skill pandang menggunakan ekor mata jarang-jarang mengkantoikan gua.

yang iras-iras El Setia Hujung Nyawa pun ada. nasiblah haritu geng gua menemani ekspedisi jalan-jalan cari makan gua. takdelah gua berdebar sangat.

apa yang gua takutkan?
takut weih selsema burung. lu faham-fahamlah..ayam kan dari keluarga burung. cuma bezanya ayam yang berkeliaran di selatan Thailand tu bukan spesis ayam yang disuntik di tengkok. ha..habis tu suntik dekat mana? ha..ada lah. rahsia. lu orang kan dah besar panjang bam bam..pandai-pandailah explore wikipedia.

tapi nasiblah semalam juga kebah demam selsema. dah takde srot sret srot sret mengganggu hidup gua. tapi semalam on the way melepak pekena nasik Kepala Ikan Salim di Jalan Kampar Ipoh..ada kejadian tidak diingini berlaku dalam hidup gua. hais. ini semua bala..


sedikit tips untuk sesiapa yang mahu berkereta sendiri memasuki sempadan Thailand. sila pastikan lu orang bawa geran kereta (photostat)..dan sila pastikan lu orang ambil insurance. kaunter insurance selalunya ada di kawasan mahu declare kereta dan mahu cop border pass@passport. bukan apa..sekadar beringat-ingat. pemandu di sana boleh tahan tahap berdesupnya. gua dengar-dengar Polis di sana boleh tahan gengster tahap makan rasuahnya.

gua semakin horny mahu berekspedisi jalan-jalan cari makan. next trip next trip next trip..erm..akan gua fikirkan.

Hilangkan Daki Di Ketiak Pendaki

"lu pendaki eh?" sound member melepak gua.
"bila masa gua mendaki?" konpius gua dengan soalan adhoc macam tu.
"tu ketiak baju lu tu berdaki..gua ingat lu pendaki".

gua dalam minggu-minggu lepas agak jadi pendendam. mood nak borak pun tak berapa nak ngam. berdendam sungguh dengan deodarant semburan ketiak yang gua gunakan. kecewa melihatkan pangkal ketiak tshirt Batman kesayangan gua yang berkerak tebal mengalahkan bulu ketiak gua sendiri. salah gua jugalah. asyik hantar baju ke dobi je. sampai kerak di pangkal baju boleh tahan padu dia punya kasar pun gua tak perasan. dah macam chewing gum kering je. kaler kuning kekuningan taik gigi.

sebagai lelaki maskulin label runcit-runcit yang hanya pandai menggunakan deodarant tonyoh dan sembur seawal usia tingkatan satu..berbelasan baju kesayangan gua telah ternoda di pangkal ketiak. tambahan pula baju putih. pergh..memang clear habis kuning kekuningan. tapi kalau ada yang tegur..gua selalunya gunakan alasan sebagai baru habis bersukan. maskulin habis alasan gua kan. tapi kalau orang yang sama je asyik menegur..selalunya gua jawab pakai tapak tangan je..selalunya skill lempang laju-laju lebih berkesan.

itu bab baju. acaner pula dengan bab ketiak gua. perghhh..gua dah snap gambar dah tadi. asalnya gua nak tampal dekat sini. tapi bila gua yang sedang sedut Slurpee pun boleh tersedak dengan ketiak sendiri..gua risau lu orang yang baca kancing gigi je kang. ini semua bala sebab deodarant semburan ketiak yang gua gunakan lah ni. tapi yang boleh gua banggakan dengan ketiak gua..bau kekal harum. tak percaya..nak cuba bau..sangat dialu-alukan. meh rapat meh!

malu bertanya sesat jalan. dan sebagai mencari jalan keluar dari permasalahan besar yang buatkan gua stress tahap hilang semangat mahu menjamah nasik dan berhorny-horny..gua usulkan masalah gua dekat adik gua gadis berketiak lawa. namanya Erin. hah..pe lagi..pergilah geletek-geletek ketiak dia.

SMELLY NO MORE by Total Image & semburan pelembab by Dr. Mist
itu produk yang gua gunakan atas nasihat pakar runding gua. SMELLY NO MORE by Total Image dan semburan pelembab by Dr. Mist. apa jadah pun gua tak tahu functionnya. baru 3 hari gua mencuba. gua ikutkan je nasihat pakar runding gua..Erin si gadis ketiak lawa. lepas ni bolehlah gua bergaya melepak tepi pantai bersinglet macam brader Amy Search.

Rock..Rock juga brader..ketiak mesti mau maskulin..adeih adeih..tergeliat tengkuk!
pesan gua. sila jujur dengan ketiak sendiri sebagaimana gua jujur menaip entry ini.

Setia Hujung Nyawa Lady Gagap

banyak benda sangat yang buat gua gagap sekarang ni. kalau bab menyembang tu..tersasul sebut nama sesaja. soda gua boleh tersebut 'sode'. urban sangat pronoun nya. Zulkarnain ada kalanya gua boleh tersebut Zakar Ain. lucah sangat gua rasa. itu antara sebutan gagap yang gua lontarkan. jangan lempang gua laju-laju. bukan salah gua. gua tergagap.

padahal dalam hidup real gua takdelah gelap hati nak melucah tak tentu pasal. dan gagap gua ada kalanya menggugat reputasi jiwa punk rock gua. setiap kali selesai sesi berak ada kalanya sampai 2 kali gua usya mangkuk jamban semata-mata untuk memastikan samada hasil apungan rumpai laut gua sudah habis ditelan mangkuk jamban atau belum. perkara yang jarang-jarang gua fokus. selalunya gua sangat berkeyakinan tinggi dengan hasil tarikan flush yang gua lakukan.

dan ada waktunya gua boleh sambil tunggu enjin kereta panas sambil bersiul lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang kerap berdentum di corong speaker murah pasar malam era 90an dulu. perkara yang jarang-jarang berlaku. dan gua juga sudah pandai menonton drama di tv3..Setia Hujung Nyawa. satu pencapaian yang gua rasa agak rare dalam hidup gua. walaupun hanya terjebak menonton bermula 2 minggu terakhir. dan masih berlarutan sehingga ke petang tadi.

nak gua salahkan El? no way. dia mangsa kekalutan dan kebodohan jiwa remaja nya.

perkara gagap ni ada kala sungguh mencemaskan gua. sungguh. gua beriya nih.

what should gua do?
gua harap kelazatan mereka-mereka ini dapat meneutralkan kembali titik fokus kegagapan gua.
oh. lupa gua mahu share. gua baru pulang dari jalan-jalan cari makan di negeri di hujung utara Malaysia. dan sedikit di selatan Thailand. mungkin teknik makan mengkhinzir buta tanpa memberi peluang kepada perut gua berehat untuk penghadaman membuatkan gua semakin gagap.

ya.

mungkin!

Punca Nafas Mulut Berbau Atau Hilatosis

lu bayangkanlah sedap sedap sembang dengan buah hati tetiba dia boleh layan muntah. fuh. serius potong. muka comel. tapi bau nafas mulut..fuh..rasa macam getah sekerap melekat dekat muka.

masalah nafas mulut berbau atau bahasa buku teksnya hilatosis sememangnya sangatlah tak hensem. salah satu puncanya adalah disebabkan sisa makanan tertinggal di celah gigi.

cara pembersihan mulut secara asas sangat mudah. kalau malas tahap nak minta pelempang sekalipun silalah usahakan juga untuk berkumur. kalau rajin lagi sambil-sambil bergolek-golek layan drama melayu online dekat youtube bolehlah selitkan dengan aktiviti flos gigi. kalau rasa aura rajin semakin menjadi-jadi..silalah layan bersugi.

yang ini pun antara punca masalah nafas mulut berbau juga ni. bau oink oink!
asal punggung kena sengat tebuan nak sebut nama dia. asal bersin keluar hingus nak sebut nama dia. asal tangan luka tengah asah pisau rambo pun nak sebut nama dia. sudah boleh dapat anugerah binatang popular dah beliau ni.

mulut tu kalau ringan-ringankan..lancar-lancarkan sebut Allah Hu Akbar kan harum jadinya. dok gitu deh?

Blog Versus Facebook

sebab inilah gua tak ada facebook. bayangkan kalau hari-hari lu orang kena mengadap soalan berkenaan bontot/punggung yang entah apa-apa entah ini di facebook gua. kehkeh.

Tips Bezakan Smartphone Samsung iPhone Original Dengan China Set Tiruan

"leng chai..lu cari apa handphone?" tegur seorang amoi kedai handphone  di Green Town Mall Ipoh. perghhh..srategi marketing amoi kedai handphone ni boleh tahan. sebabkan perkataan 'leng chai' tu gua boleh berhenti mengejut. 2..3 orang gadis juga lah merempuh kuat bontot gua. ada yang tergolek. ada yang luka parah. ada yang putih-putih mata. brek emergency memang merbahaya. bukan gua tak sedar diri. gua sedar. tak 'leng' mana pun gua ni. kalau lamb chop tu iye. 88% gua setuju. nampak..gua sedar diri. nampak?

"smartphone 3G iPhone 5 ada?" gua menyusun kata secara bersahaja.
"mau original ke mau China set?" fuh..part ni gua dah cemas dah. biar betul. baru je kot iPhone 5 berada di pasaran. bukan dah ada China set kot. kalau dah smartphone iPhone 5 yang terbaru di pasaran ada China set..apatah lagi handphone gua. cemas deh!

ini cerita benar. yang gua olah untuk lu orang sedap baca. berlambak dah sebenarnya handphone jenama gempak di pasaran yang telah di clone sebijik sama. (1:1) .kalau dulu smartphone 3G China set kita boleh kenal lagi. sebab berbeza bentuknya. ketebalannya. designnya. tak 99% tepat. tapi sekarang..setakat tengok luaran mesti lu orang tak tahu nak bezakan mana yang smartphone original..mana yang smartphone China set. nak jenama Samsung. ada. sebut je model mana. Samsung S2 China set.. Samsung S3 clone Biru clone putih China set..Samsung Galaxy Note 1 & 2 China set. ada. dan harga super duper murah dari harga pasaran smartphone 3G original. zaman sekarang bukan setakat nak pilih calon suami isteri je kena kenal luar dan dalam. nak beli smartphone 3G pun kena check luar dan dalam. kalau kes macam amoi kedai handphone yang gua berurusan tadi ok lagilah. dia kasi tahu awal-awal. tapi kalau yang mentipu tak ke kes naya. bayar pada harga original. dapat barang bukan original. pergh..

mari gua kongsikan sedikit tips yang gua culik dari amoi kedai tadi. tips macam mana nak bezakan handphone China Set dengan handphone original. tak banyak pun boleh dibezakan. tapi. bolehlah..

tips bezakan Samsung Original dengan Samsung China set (tiruan).
1) tahap kelancaran skrin berbeza. Samsung original lebih lancar (smooth) berbanding Samsung China set.
2) processor (RAM) yang di gunakan ada perbezaan. bergantung kepada model. selalunya China set setakat dual core (2) dan original boleh capai sehingga quad core (4).
3) China set boleh menggunakan 2 sim card. tapi ada juga yang 1 sim card. ayuk!
tips bezakan iPhone 5 Original dengan iPhone 5 China set (tiruan).
1) Operating Sytem yang digunakan sangat berbeza. iPhone original menggunakan iOs (iPhone OS) manakala China set menggunakan Android. cukup mudah untuk dibezakan. buat masa ini lah. ini kerana perisian iOS dikawal oleh syarikat Apple. tidak seperti Samsung yang menggunakan perisian Android. dan perisian Android adalah open source..maksudnya bebas untuk diguna pakai oleh sesiapa sahaja.
tips bagaimana caranya nak check IMEI (International Mobile Station Equipment Identity)
dial *#06# dan tekan butang call. dan semak dengan nombor IMEI di kotak handphone. kalau sama tu in sha Allah original.
itu jelah serba sedikit ilmu yang diturunkan oleh amoi kedai handphone tadi. gua rasa banyak lagi sebenarnya cara nak bezakan smartphone 3G original dan tiruan ni. cuma yelah..dalam business tak semua benda dia patut ceritakan kan. kan kan? #aku maafkan kamu!

kenapa gua banyak gunakan perkataan China set? sebabnya kebanyakkan handphone/smartphone/telefon pintar 3G tiruan adalah dibuat dan dibawa masuk dari negeri China. yelah..siang buat yang original..malam belasah buat yang tiruan..patern sama. heh..gua syak je lah kan..so..kepada yang teringin nak beli smartphone 3G baru..berhati-hatilah memilih. kalau rasa nak memang original sebaiknya terus terjah pembekal/pengedar smartphone 3G Samsung dan iPhone yang berdaftar secara sah. untuk yang mahu tebus rebat smartphone 3G (telefon pintar) RM200 boleh usya senarai dealer/pembekal smartphone 3G (telefon pintar) bajet RM200 yang di lantik secara sah.

Ular Terbusuk Di Dunia

gua budak kampung. kalau masa sekolah dulu setiap petang ada je aktiviti sihat yang geng gua akan rancangkan. kalau tak tangkap ikan karin a.k.a ikan laga mesti nak ajak main sorok-sorok. kadang-kadang je main tuju kasut atau pun perang-perang pakai tanah liat.

apa yang sempoi duk baq ang..main sorok-sorok ni selain dari stamina dan pernafasan kena betul-betul cemerkap..ia juga menyumbang kepada melancarkan lagi ilmu yang kita belajar di sekolah. dan untuk bermain permainan ini..kita akan melantik seorang wakil untuk mencari orang yang menyorok. dan si pencari kena pekup mata..sambil kira 1 hingga 100 sebagai contohnya. kalau ada member yang perangai kreatif tahap minta pelempang..mulalah dia suruh kita baca A sampai Z..takpun dengan menyebut huruf-huruf hijaiyah secara kuat..Alif sampai Ya. dan yang lain akan mencari port untuk menyorok. tak kisah lah..reban ayam ke..semak samun ke..atas pokok jambu ke..menyamar jadi kereta sorong ke. kecuali dalam rumah lah. leceh sikit bab dalam rumah ni..akan melibatkan suara bingit mak-mak. maklumlah..kaki berdebu masuk rumah. beliau punya potpetpotpet tahap kalau menyorok dalam peti ais sekali pun taik telinga tetap mencair dan meleleh. padu dan nyilu. dan dari segi taktik permainan..bagai merenjis air di daun keladi. kompem akan kantoi. kadang-kadang main sorok-sorok ni boleh buat jiwa terluka gak dengan perangai gampang kawan-kawan. punya lah duk beriya cari. rupa-rupanya dia dah balik rumah makan nasi.


selain dari melancarkan ilmu mengira tadi..permainan ini memerlukan disiplin yang tinggi. dan mendidik sifat-sifat 'time main kita main..time sembahyang jangan lupa'. selalunya bab sembahyang tu  Maghrib je lah pun. yang lain lebuh. dan wajib tamatkan permainan sebelum waktu senja. risau nanti kena sorok dengan hantu kopek..atenyee senja tu kan dah nak masuk waktu maghrib..setan-setan pun dah makin berkeliaran..harus lah ye dak..tak pasal-pasal bersembur darah kat hidung tengok kopek free pulak kang. maklumlah geng gua akil baligh awal. haha.


cuma dalam permainan ni..kadang-kadang ada sesuatu yang suspen terjadi. bila part suspen..kerjasama setiap pemain amat diperlukan. sehati sejiwa. kalau tahap suspen macam jeritan kawan jumpa ular contohnya..semua ahli akan keluar memberikan bantuan. ada yang bercangkul. ada yang bawa buluh kuning. ada yang bawa gergaji besi. ada yang bawa rantai basikal. kalau Jna kompem dia akan bawa pisau rambo. dan kalau yang rasa terer konon-konon ilmu penuh di dada..bawa maruah diri pun dah cukup. ha.nampak tak kehebatan permainan kampung  ini..kecik-kecik sudah di asah sikap bekerjasama dan gengster padayaippa!

cuma kadang-kadang..itulah..bab bertembung dengan ular busuk ni memang suspen abes..!


kalau nak suruh budak sekarang senaraikan permainan zaman kanak-kanak..gua rasa penuh dengan senarai nama video game hebat dari mula lahir hingga ke tahun 2013 untuk Playstation 1..Playstation 2..Playstation 3..PSP..XboX..Wii Nintendo. dari yang termurah hinggalah kepada yang termahal. tu tak termasuk crack version video game untuk Playstation 1..Playstation 2..Playstation 3..PSP..XboX..Wii Nintendo lagi. kan kan? heh..nampak tak? gua sedang bermain dengan SEO. hahaha. saja layan syiok-syiok. orang kata nak main SEO ni sedap layan atas platform wordpress. atenyee..gua bukan serius bebeno pun..saja layan syiok-syiok je.

Listen! Listen Listen! Let Me Speak! Let Me Speak Let Me Speak!

fenomena "listen! listen listen!" bermula apabila sebuah video yang merakamkan seorang penceramah forum awam universiti..Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menghina pelajar Univeristi Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember 2013 semasa sesi dimana seorang pelajar yang bernama Bawani KS menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain. zaman gua pun isu pendidikan percuma ni sudah hangat diperkatakan.

fenomena "listen! listen listen!" telah merebak secara pantas di internet. forum tersebut bertajuk "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?".
"listen! listen listen!". bagi pendapat peribadi gua pendebatan ni biasa-biasa je. yang buatkan 'kehangatannya' adalah cara Cik Sharifah Zohra mengawal keadaan. sepatutnya perlu lebih profesional. budak sekarang pemikiran dan ideologi bukan sebarangan. info dihujung jari. purata semua pun pakai smartphone 3G. tetambah pula kerajaan dah luluskan untuk rebat RM200. lepak toilet pun dah boleh surfing maklumat apa patut. kan kan kan? tak kisahlah apa yang diutarakan betul atau tidak. dah namanya pun budak sekolah..tapi sebagai 'seseorang' Cik Sharifah Zohra perlu lebih bersikap terbuka dan perlu memperhalusi tindak-tanduknya daripada membuat tindakan merampas mikrofon untuk mengelakkan Cik Bawani KS dari meneruskan hujahnya. dan tak perlu terlalu mahu cuba menunjukkan 'kematangannya' yang akhirnya lebih kepada kebudak-budakkan jadinya.
let me speak! let me speak let me speak!. cukup sampai sini je untuk gua kasi pendapat peribadi gua. nak tengok video sila terjah youtube. malas gua nak park sini.*peace!peace..peace!

Tarikh Cuti-Cuti Malaysia 2013

b i l a l a s t l u o r a n g b e r c u t i ?

kalau ikutkan dalam masa terdekat ni..24 Januari cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)..dan 27 Januari (Ahad) cuti Hari Thaipusam..so..secara ilmiahnya kepada sesiapa yang mahu mambawa diri bercuti..boleh mula susun percutian pada 25 Januari membawa kepada 28 Januari (cuti Hari Thaipusam jatuh pada hari Ahad..kompem-kompem dibawa kepada hari Isnin)..so dapatlah bersantai 4 hari.kan kan kan? macam menarik nih.

ha..nampak..gua ada wawasan untuk bercuti dalam tahun 2013 ni.dah siap pun Kalendar Tarikh Cuti-Cuti Malaysia Tahun 2013. fuh..cuti..cuti..cuti..laut..laut..laut..pantai..pantai..pantai..pulau..pulau..pulau..Raja Ampat..Raja Ampat..Raja Ampat..

Tarikh Cuti Umum Negeri-Negeri di Malaysia Tahun 2013
 
Tarikh & Hari Cuti Peristiwa Negeri Terlibat
1 Januari (Selasa) Tahun Baru 2013 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Isnin) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
20 Januari (Ahad) Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
24 Januari (Khamis) Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Semua Negeri
27 Januari (Ahad) Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor
1 Februari (Jumaat) Hari Wilayah Persekutuan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari (Ahad) Tahun Baru Cina Semua Negeri
11 Februari (Isnin) Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu
4 Mac (Isnin) Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
29 Mac (Jumaat) Good Friday Sabah & Sarawak
15 April (Isnin) Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
19 April (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
26 April (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei (Rabu) Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei (Selasa) Hari Hol Pahang
17 Mei (Jumaat) Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
24 Mei (Jumaat) Hari Wesak Semua Negeri
30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) WP Labuan & Sabah
1 Jun (Sabtu) Hari Keputeraan Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Semua Negeri
1 & 2 Jun (Sabtu & Ahad) Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
6 Jun (Khamis) Israk dan Mikraj Kedah, N.Sembilan & Perlis
7 Julai (Ahad) Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang
10 Julai (Rabu) Awal Ramadan Johor, Kedah & Melaka
13 Julai (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
26 Julai (Jumaat) Hari Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu
8 Ogos (Khamis) Hari Raya Puasa  Semua Negeri
9 Ogos (Jumaat) Hari Raya Puasa (Hari Kedua)  Semua Negeri
31 Ogos (Sabtu) Hari Kebangsaan Semua Negeri
14 September (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
16 September (Isnin) Hari Malaysia Semua Negeri
5 Oktober (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 Oktober (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
15 Oktober (Selasa) Hari Raya Qurban Semua Negeri
16 Oktober (Rabu) Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu
24 Oktober (Khamis) Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
2 November (Sabtu) Hari Deepavali Semua Negeri kecuali WP Labuan & Sarawak
5 November (Selasa) Awal Muharam (Maal Hijrah) Semua Negeri
11 & 12 November (Isnin & Selasa) Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
22 November (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
9 Disember (Isnin) Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
11 Disember (Rabu) Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember (Rabu) Hari Krismas Semua Negeri

# font bold bermaksud cuti berdasarkan pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Aku Salahkan Ben Ashaari Kerana Entry Petua Memperbanyakkan Susu Ibu

cerita ini sedap dibaca sambil ditemani kuaci bunga. panjang beb..berjela gua cakap lu. panjanggg..kalau nak stim lagi baca sambil layan keropok jenama Twisties..tak pun keropok kentang jenama Jack 'n Jill's..tak pun biskut Oreo cecah susu Dutch Lady..tak pun roti Gardenia calit Nutella..fuh..hazelnut lazat tu..lapar pulak gua rasa!
"mengapa oh mengapa..sini sana sama saja..?".

jam menunjukkan pukul 2 pagi. waktu-waktu begini sepatutnya waktu sedap di buai mimpi horny-horny. paling tidak pun mimpi Kak Limah bersama rakan kamcengnya hantu tetet datang merasuk. itu juga dikira mimpi. tapi alam nyata aku sudah cukup bagaikan mimpi. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi.

mari aku ceritakan serba sedikit latar belakang hidup aku. aku dikelilingi kemewahan. mewah aku tahap mewah petik jari apa yang aku hajati pasti akan aku miliki. cuma satu yang buatkan aku terus bermimpi. yang satu itu biarlah nanti baru aku cerita. nak kereta? rumah aku dah bagaikan showroom car. kalau nak aku senaraikan kereta mewah dari tahun kelahiran aku sehingga ke tahun 2013 tak kan terhitungnya untuk aku lambakkan disini. nak aku senaraikan kereta klasik? dari Austin car ke Mini Cooper Classic..sebut dan aku akan anggukkan. bukan belagak. tapi itu hakikat realitinya. itu belum aku sebut senarai smartphone 3G terkini. tapi aku masih begini. masih terus bermimpi yang satu itu..

nak aku salahkan ibu? tidak. ibu tidak patut dipersalahkan. keadaan yang memaksa untuk ibu mengambil keputusan begitu. rezeki untuk anugerah yang ibu miliki. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi buat hidup aku.

aku salahkan brader Ben Ashaari. kenapa? ceritanya begini. semasa melahirkan abang sulung aku..ibu aku dilanda kerunsingan melampau. penghasilan susu badan ibu terlalu sedikit. dan abang sulung aku pula terlalu alergik susu tepung. tak kisah lah susu Anmum Essential ke apa ke. kalau di nyonyotnya pun..hanya seteguk dua. dan selepas itu pasti memuntahkan kembali. muak susu kata orang tua-tua. terlalu cerewet. yang pasti dia mahukan susu badan ibu. dan daddy aku terpaksa mengalah. erk..ok..itu cerita lain. dan sampailah ke tahap anak dua ni..abang sulung aku masih ketagihan menyonyot. oh..ini juga cerita lain..fak..apsal gua asyik nak terpesong je ni..

ok.kembali ke cerita asal.
kenapa aku salahkan brader Ben Ashaari. kenapa?
cerita sini habis sinilah ye. aku sambung cerita.

disebabkan perangai abang sulung aku yang terlalu mahukan susu badan ibu..perasaan ibu semakin gundah gulana. telah pelbagai teknik memperbanyakkan susu badan ibu cuba. orang kata jaga pemakanan. ibu yang menyusu memerlukan nutrisi yang lebih tinggi. jadi ibu yang menyusukan bayi haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori..tinggi protein..tinggi vitamin..tinggi serat..tinggi kalsium dan semestinya tinggi kandungan air di dalam badannya. air kosong. setidak-tidaknya 3.1 liter air sehari. bersamaan lebih kurang 13 cawan setiap hari. itu juga sudah ibu turutkan. tapi susu badan ibu masih sedikit. gundah gulana jadinya.

orang kata urutan payu dara juga berkesan. dah ibu turutkan. daddy juga turut memainkan peranannya membantu ibu. sebelum pergi kerja daddy urutkan. waktu rehat sanggup daddy balik urutkan. habis kerja pukul 5 petang..ngam-ngam pukul 5.30 petang daddy dah tiba di rumah untuk urutkan. dan dibawa sehingga ke detik-detik waktu dan hari-hari seterusnya. begitulah gigihnya daddy membantu ibu. tapi masih juga menemui jalan buntu.

usaha itu tangga kejayaan. semangat juang ibu yang langsung tidak mahu mengalah untuk memperbanyakkan titisan susu badan akhirnya membuahkan hasil. bagaimana caranya? jangan risau..akan aku jelaskan pada perenggan seterusnya.

begini ceritanya.
suatu hari selepas seharian berchit-chat yahoo messenger secara conferent dengan kenalan yahoo group ibu dari Malaysia..Brunei..Indonesia..dan Singapura..akhirnya tergerak hati ibu untuk terus cuba menggoogle teknik memperbanyakkan susu ibu. dan akhirnya ibu diketemukan dengan satu entry hasil penulisan brader Ben Ashaari.  masih panas lagi kata ibu. baru 2 minit di publish. rezeki kan. orang yang berusaha ke arah kebaikkan ni selalunya Dia tidak akan hampakan. dan ibu yang tidak pernah mahu berputus asa terus mencuba. bermula dengan minum minuman berasaskan soya. dan membawa kepada rebusan air longan kering..secara beransur-ansur titisan susu badan ibu semakin rancak banyaknya. sehingga ada kalanya menitik-nitik membasahi baju. begitulah rancaknya titisan susu badan ibu.

hari berganti hari. minggu berganti minggu. susu badan ibu semakin rancak terhasil sehinggakan daddy terpaksa membelanjakan duit kutunya untuk membeli peti sejuk/ais baru jenama Panasonic NR Series 2 pintu bagi menyimpan susu-susu yang terhasil. daddy redha. impiannya untuk memiliki tv 3D Ultra Slim Samsung  atau tv LG LED Cinema 3D Ultra HD terpaksa dipendam buat sementara waktu. mungkin ada rezeki lain bisik hati kecilnya bangga. bangga sebab dapat melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.

Ya. memang rezeki memihak kepada daddy. akibat susu badan ibu yang tidak henti-henti terhasil banyaknya maka terlintas idea di fikiran daddy untuk membantu ibu-ibu yang senasib dengan isteri kesayangannya. daddy mula mengiklan susu badan ibu secara online di laman sesawang secara percuma disamping turut dibantu oleh rakan-rakan maya chit-chat ibu. cuma bayaran pos laju terpaksa ditanggung oleh penerima. tujuannya satu. sekadar untuk membantu sedaya mungkin. begitulah baik dan mulianya hati daddy dan ibu. dan tanpa disangka-sangka..permintaan yang diterima tersangatlah mengujakan. bermula dari Malaysia berkembang ke Brunei Indonesia dan Singapura. dari sehari ke sehari permintaan tidak pernah lekang. dan penerima yang berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh daddy dan ibu mula mengesyorkan agar dikenakan bayaran. yelah..asyik dapat free je..lama-lama terasa tebal lah juga muka kan. bak kata pepatah..tangan yang menerima biar berpada-pada. 

walaupun pada awalnya daddy dan ibu berat hati untuk mengenakan sebarang bayaran..tapi atas desakkan demi desakkan akhirnya daddy dan ibu terpaksa mengalah. maka bermulalah era perniagaan baru yang dimonopoli oleh daddy dan ibu. era perniagaan SUSU IBU CAP SHARIFAH SAKINAH HOLDING SDN BHD ..dengan tagline yang berbunyi 'susu ibu cap sharifah sakinah bebas bakteria hoyeahhh!' . namun begitu atas dasar tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan tolong menolong budaya kita..pemberian percuma tetap diteruskan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan. 

dari semasa ke semasa perniagaan Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah terus berkembang pesat ke seluruh pelusuk dunia. kalau nak aku senaraikan satu persatu cawangan pembekalan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah tak mampu untuk aku senaraikan. cukuplah untuk aku katakan cawangannya berada di serata pelusuk dunia. dan kadar statistik menunjukkan produk susu ibu diterima ramai. hampir 99% bayi yang lahir ke dunia disajikan dengan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah. aku ulangi. hampir 99%..100% - 99% = 1%. itu bermaksud hanya sekitar 1% yang tidak disajikan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah. Malaysia..hermm..100%.

seperti yang aku nyatakan tadi..rezeki untuk anugerah yang ibu miliki. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi buat hidup aku. mimpi yang satu itu. mimpi untuk aku beristerikan gadis 'true' Melayu. nampakkan..semuanya hanyalah mimpi..99% gadis di dunia adalah saudara perempuan sesusuan aku. hukumnya haram berkahwin. dan sekali lagi aku salahkan Ben Ashaari.
aku bukan gua. maksudnya entry ini bukan kisah sebenar gua. sekadar melayankan imiginasi kepala hotak. maaflah untuk entry yang entah apa apa entah buang masa ini. tak lawak pun. lagi lawak iklan Corntoz TV3. terima kasih kepada yang kental dan kebal membaca entry ini sampai titisan susu yang terakhir. kehkeh. peace yo!

Senarai Model Smartphone 3G (Telefon Pintar) Yang Diluluskan Untuk Rebat RM200

bermula 1 Januari 2013..pakej rebat telefon pintar 3G yang di war-warkan oleh kerajaan Malaysia telah dibuka. hamboi. kompem berdesup yang mendaftar kan? dan untuk yang masih terkebil-kebil blur lagi di mana dan bagaimana caranya nak mendaftar mari gua temankan lu orang pergi mendaftar. tak perlu beratur panjang. daftar online je di Komunikasi Belia. pastikan syarat kelayakan permohonan ngam dengan tuan badan.

Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)

1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon.
2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah.
3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan.
4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar.
5. 1(satu) telefon hanya untuk 1(satu) belia.

Langkah mudah untuk permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
1. Daftar online di Komunikasi Belia.
2. Cetak borang permohonan dan bawa ke pengedar yang disahkan (Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile, TuneTalk, Yes, Clixster (jangan lupa bawa MyKad, kad polis, kad tentera atau kad pelajar untuk pengesahan lanjut).
3. Pilih telefon dengan gaya orang bijak-bijak. heh..dah namanya pun telefon pintar kan? dan rebat RM200 rebate akan diberikan dalam bentuk diskaun.

Antara Senarai harga smartphone setelah di beri diskaun Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
ini senarai yang gua culik dari website U Mobile (harga adalah selepas di tolak subsidi rebat RM200)
Antara senarai smartphone Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
1) Samsung Galaxy Y
2) LG Optimus L3 E400
3) HTC Wildfire S
4) Sony Experia Tipo Single
5) Samsung Galaxy Ace Plus
6) HTC Desire X
7) Samsung Galaxy S 3 Mini
8) Huawei Ascend P1
9) Sony Experia SL
10) Sony Experia Ion
11) Samsung Galaxy Note
12) Windows Phone 8X by HTC
13) HTC One S
14) Sony Experia S
15) Samsung Galaxy S 3
16) HTC One X
17) Samsung Galaxy Nexus
18) Nokia 2730
19) Nokia 7230
20) Nokia Asha 305
21) Nokia Asha 308
22) Nokia Asha 311
23) Nokia C2-03
24) ZTE Acqua
25) ZTE V790
26) Alcatel 993D
27) Alcatel OneTouch Glory 2
28) Alcatel OneTouch Inspire 2

+++ akan diupdate oleh pihak Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dari semasa ke semasa.
katanya pembelian telefon pintar 3G pada harga bawah RM500. tapi selamba je gua tengok U Mobile tawarkan telefon pintar pada harga ribu-ribu. heh..pandai-pandailah adjust..mengkome kan pintar dan bijak-bijak..iye dak?
# update : Madi Robot Comel sound gua..sekarang gomen dah naik tarafkan pembelian smartphone 3G (telefon pintar) kepada harga ribu-ribu dah. so dah tak timbullah isu harga bawah RM500 tu. hah..pe lagi..iPhone 5 cun weih..tak pun Blackberry..tak pun Samsung Note 2..tak pun..fuh..banyaknya pilihan. hah..asal jangan nak ber 3GP bukan-bukan sudah lah ye..malu diri sendiri..dan seisi keluarga kang. ayuk!
banyak lagi sebenarnya senarai model telefon pintar 3G yang ditawarkan. nak tahu kedai CelcomMaxisDiGiU MobileTuneTalkYesClixster yang terima/boleh tebus rebat rebat RM200 telefon pintar 3G? kalau rajin boleh check di senarai dealer/pembekal/outlet smartphone 3G (telefon pintar) bajet RM200 yang di lantik secara sah.

Nikmat Isteri Bercium Dengan Suami Yang Merokok

kata seseorang..isteri tak mendapat nikmat kalau bercium dengan suami yang merokok a.k.a perokok. kalau masa riang-ria-bersama-pasangan..bila part nak ambik mood aura manja-manja gurau senda..sebolehnya isteri tak nak part ciuman. kalau boleh nak terus skip ke part seterusnya je. bukan sebab isteri gelojoh..tapi tak selesa dengan bau mulut suami yang mengandungi lebih 4000 bau-bauan bahan kimia termasuk bau tar jalan..nikotina..karbon monoksida bas kilang..akibat merokok. senang cerita takde part foreplay sup lidah apa bagai lah walaupun suami dah habis study tips foreplay apa bagai. fuh..jujurnya ayat gua. ok..gua perhaluskan sikit. gua gantikan part foreplay sup lidah tu dengan teknik mulut ke mulut . ha..kan halusss tu..haha.

katanya lagi..suami yang merokok ni menyebabkan psychology isteri terganggu..especially in sexual relationship. tak best. tapi kalau suami tanya best ke tak..nak tak nak isteri anggukkan je. "best sangat". padahal deep inside..suffercation gila-gila punya suffer..sikit lagi je nak cecah tahap meroyan..yelah..kang kata tak best tak pasal-pasal suami rasa tak perform pulak. udah rasa tercabar pulak. udah lepas suami makan nasi berulamkan tongkat ali..tak pasal-pasal suami ajak repeat pulak. tak ke naya jadinya..kan kan? silap-silap boleh meroyan terus..ke camna?

hah..topik gua ni macam berat sangat kot. yelah..kalau ada yang open minded nak kongsi pengalaman sekalipun berapa kerat je yang dah selamat di ijab kabulkan. yang gua nampak Makcik Liyaa jelah yang patut jawab persoalan ini. itu pun kalau suami beliau perokok lah. hahaha. amacam makcik. lu bran ke nak menjawab? ke ada yang singgah blog gua yang open minded walaupun belum di ijab kabulkan teringin nak menjawab? tak kisah lah..dari pengalaman sendiri ke dari imiginasi akal ke..sebab gua rasa tak semua orang sependapat dengan huraian di atas..ke gua salah mentafsir? jeng jeng jeng..

The Question To Be Answered

please answer my question. is it GOOD to have a life like this one?
please answer my question. i've been waiting for consoling signs.
please answer my question. is it BAD to have a life like this one?
please answer my question. should i end this for the other line?

Bersangka Yang Baik-Baik Sudahlah

"hamboi..anak Pak Din tu. lama tak balik kampung tau-tau dah bawa balik BMW 8 Series. ha. ni sah-sah duk Kolumpo jual dadah le tu. idak pun jual perempuan."
"Milah Aziz tu dua tiga menjak ni aku tengok lain macam dah gayanya Kiah oi. pipi lain macam berisinya. bulat dah aku tengok pipinya..udah macam anak dara sunti. ni tak lain ambik pakej suntik botox bayar secara ansuran le tu.."
"kau nak tau Leman..semalam masa aku suluh cari katak nak buat umpan mancing kat bawah rumah Pak Ron..aku terdengar bunyi uh..ah..uh..ah!..naik seram aku..hais..tak padan dengan tua..kuat lagi tu projek malam-malam Jumaat. kesian pulak aku dekat Mak Nab..bukan muda lagi tu.udah baya atuk aku dah tu."
"apa mimpi entah Razaq harini..tadi tak pasal-pasal kat warung Pak Munawir habis dibelanjanya satu kedai. udah rupa kena nombor sport toto je gayanya.."
"ko perasan tak Zima. dua tiga menjak ni lain macam je tembunnya badan Aznorieza tu. lain macam aku tengok naiknya. ajenye udah kena projek dengan boipren le kot gamaknya ye..udah rupa di pam-pam."
"kedekut betul la Junid tu. kebun sawit berekar-ekar. rumah sewa dekat 8 buah. pagi-pagi duk menoreh getah lagi..tapi..dari dulu sampai sekarang asyik la pakai kereta Honda Z tu. yang Mak We nya pun ngikut jelah naik kereta buruk tu. kalau nak di ikutkan kelayakannya bukan setakat Honda Hybrid..Honda CR-Z EX pun bukan. dah boleh pakai Pagani Zonda dah pun..entah..kedekut sangat pun duit tu bukan boleh bawa masuk kubur pun.."
mana tahu kan anak Pak Din kat Kolumpo ada berpuluh stall burger jenama Burger Mak Dara nya.

mana tahu kan pipi Milah Aziz berisi sebab sedang bahagia sangat di lamun cinta.

mana tahu kan Pak Ron mengingau sedang bersenam. orang tua..nafas pendek..logiklah kan.

mana tahu kan Razaq nak tunaikan nazar nak belanja semua orang makan dekat warung Pak Munawir kalau Rafidah Ibrahim balas emailnya.

mana tahu kan Aznorieza dalam keadaan stress lepas putus hubungan dengan kekasih yahoo messenger. orang ni pelbagai ragam. ada je yang kalau dalam mood tak berapa nak happy..mengadap makanan je kerjanya. kejap-kejap nak makan cupcake je. kan kan?

mana tahu kan Junid sebenarnya lebih suka buat amal jariah secara diam-diam. salurkan ke tabung Gaza Palestin bagi membantu rakyat Palestin di sana dari membeli sesuatu yang dia dah ada. yelah..kereta je pun. bukan boleh bawa masuk kubur pun.

mana tahu kan maksudnya tak tahu lah kan..kalau tak tahu tu..bersangka yang baik-baik sudahlah kan. tak gitu geng?

dari asyik nak bersangka-sangka je..ada baiknya selidik dan bertanya. jangan sampai tahap bizi tubuh sudahlah ye..ajenye..heeh..

sekian. gua sudahkah penulisan huru-hara gua dengan serangkap pantun lima (5) kerat yang gua culik dari belog JnaHandsomeGirl. fuh..Jna ni kalau lu orang skodeng dia punya belog lain macam dia punya aura. gua ulangi. skodeng belog. JnaHandsomeGirlbukan skodeng Jna. sebab kalau lu orang skodeng Jna..lu orang menempah parut dimuka sendiri namanya. kaki pukul tu. 24 jam tak pernah berpisah dengan pisau rambo tu.

gua syak dia ni ada pakai susuk suntik kat hidung ni. serius weih..hah..syak dengan sangka tu sama je lah kan?
  http://www.emocutez.com.

the year 2013 is always the same year but
with better life if you decide it to be
nothing else matters
always end the day with positive thought
tomorrow's a fresh opportunity to make it better.