Gua Tak Nak Hugs..Gua Nak Kisses

(gua mahu ini)
(gua dapat ini)
kisses dan hugs kan auranya berbeza.hais.mengada-ngada.ok.gua masih fokus lagi pasal chocolate.
bila la bos nak hantar gua handle projek dekat Langkawi ni.lama dah gua tak jejak kaki ke sana..gua rindu Pantai Beras Basah.
member gua yang baru balik dari Langkawi cerita dekat gua..Pantai Cenang makin menjadi-jadi tahap miami bitchy ass nya.gua makin teruja~

gua nak semua-semua chocolate Hersheys.

Dengan Pizza Hut Pindah Randah Semudah ABC

harini ini gotong-royong pindah barang dari opis lama ke opis baru.dari pukul 10:30 pagi membawa ke pukul 5:00 petang baru setel.pergh..kejang urat badan gua.dah akhirnya urat-urat badan gua kembali mengendur dipujuk oleh Pizza Hut.pandai bos gua pujuk urat-urat tegang di badan gua.

sekarang urat perot gua lak sedang menegang.tapi gua suka.
herm..apa kejadahnya gua gi Pizza Hut tersarung selipar pink..cis!

Cerita Joe & Jack #1

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima


tangan yang memberi biar ikhlas memberi.tangan yang menerima jarang-jarang tak ikhlas menerima.kan?

itu sifat manusia biasa.normal.

terima biar berpada-pada.jarang-jarang kita terima sesuatu barang kita cuba ambik tahu kenapa tiba-tiba je kasi kita hadiah ye.selalunya bab orang kasi sesuatu ni kita fikir positif sesaja.oh..hadiah..yeay..ni mesti sebab nak ambik hati kita.ni mesti nak tunjuk sifat romantika.
kalau tangan yang memberi tu harapkan balasan yang 'sexsexsex' tu camna?
tajuk asal entry ni gua letak 'beri domo~kun..minta sex'..cuak-cuak gak kalau geng opis domo~kun saman malu belog gua.malu gua.

Aktiviti Menculik Rakan Blogger

ini cerita ahad minggu lepas.gua culik seorang rakan blogger.dan kami berjimba-jimba di sini sampai lupa diri.aisey.berjimbalah sangat kan Cik Paris Lipton kan?kehkehkeh.
(gua sediakan peta untuk lu orang ke lokasi)
fyi..nak ke pulau tu kena naik bot.tambang dia RM 3.00 sekepala dewasa.sekian entry gua.kalau ada rakan blogger nak jimba-jimba dengan gua dekat ipoh roger-rogerlah.
jimba-jimba lah sangat..kan.

oh.kot ada orang dari Jabatan Pelancongan Perak yang terbaca belog huduh gua.ini sedikit komen gua.
pulau tu dah bes dah.cuma ngapenyer cam mati je.ce mengkome pelbagaikan sikit aktiviti kat situ.adakan rock climbing ke.beskal fixie ke.idak le kosong sangat jadinyer.paling koman pun buat le aktiviti berkayak ke..kan kan kan?

letih bebeno teman ngan Cik Paris Lipton beratur nunggu bot untuk pulang.ce mengkome letakkan kerusi ke..buat ruang menunggu ke..paneh chor oi..idak elok je teman putih gebu macam cikparislipton..ini udah rentung jadinya.
TQ Cik Paris Lipton sudi diculik oleh gua.ada ubi ada batas. lainkali gua culik lu lagi naik bas.

Melayu Itu Akarnya Berbudi Bahasa

"adik senyum kenapa?"
"ada nasi dekat hidung abang"
"atas hidung ke?"
"tak..dekat lubang hidung"
"lubang kiri ke kanan?"
"kanan"

cis..tak payahlah nak sopan sangat..itu bukan nasi..itu taik hidung terjuntai.

Bangun Pagi & Hasil Ujikaji = Domino's Pizza 9" Regular Pizza

ini gara-gara sebab tak sedar diri makan daging kambing semalam lah ni.

demam kali ini selera makan gua jadi agak manja.manja tak ingat-ingat.tapi apa adahal..sekali sekala gua ok je layan manja demam gua.

gua bukak website Domino's Pizzagua capai henpon.gua call talian hotline Domino's Pizza. 1-300-888-333.

gua minta 9" regular pizza
gua minta cheese burst double decker
gua minta half ultimate hawaiian
gua minta half BBQ chicken

dan gua dapat seketul Domino's Pizza pada harga RM 37.05.

gua order pukul 1130 am.gua dapat pukul 1155 am.gua syak bro Domino's Pizza tu kompem cilok tak ingat-ingat punyalah.terbaek.

gua nak layan movie..erk..ada sesapa nak manja-manja dengan gua?

Kambing Dan Aqiqah


makan daging kambing tu sedap kan?tetambah pulak kambing fresh.memang terbaek.dan tadi kenduri aqiqah anak member gua.dan gua macam biasalah..bila kenduri selalunya gua antara orang yang lewat sampai.dan bila lewat semua-semua makanan tu adalah gua punya.dan secara tamaknya tadi gua makan banyak.kambing masak kurma banyak.sup kambing pun banyak.dan padahnya..badan gua sedang kepanasan.padan muka gua kan.
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:


بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

Menyembelih ketika matahari sedang naik.

Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.