Oh Peperiksaan! Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM

ketika tahun mula mengeyit mata untuk berkata hai-hai kepada 2013 dan bye-bye kepada 2012 baru gua mula faham apa sebenarnya erti peperiksaan.

"peperiksaan tu lesen besar adik oi..lesen untuk kita melangkah dari satu tapak ke tapak yang baru..untuk kita terus mengorak langkah..menapak setapak-setapak..sebelum kita diajar berlari..sebelum kita memasuki perlumbaan sebenar kehidupan. sebaiknya terus berusaha untuk dapatkan lesen dengan gred cemerlang..untuk memudahkan kita melangkah dengan lebih tersusun dan bergaya".

lulus UPSR lesen untuk kita melangkah ke PMR..
lulus PMR lesen untuk kita melangkah ke SPM..
lulus SPM..STAM..lesen untuk kita melangkah ke Universiti Awam dan Swasta..Dalam dan Luar Negara..
lulus DIPLOMA..IJAZAH..MASTER..PhD lesen untuk kita terus melangkah..dan mula berlari..dan mula berlumba..

peperiksaan dah tak lama dah. tak percaya? ha..usya jadual Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM tahun 2013 yang gua culik khas untuk lu orang ni. pejam celik pejam celik je dik oi. tau-tau dah tiba tarikh peperiksaan tahun 2013.

Tarikh Peperiksaan Tahun 2013

Jenis Peperiksaan Tarikh Peperiksaan Tarikh Pengumuman
SPM (Ulangan) 11-12 Jun 2013
UPSR 10-12 Sep 2013 14 Nov 2013
PMR 02-09 Okt 2013 23 Dis 2013
STAM 21-29 Okt 2013
SPM 06 Nov-05 Dis 2013

Sorry The Page You're Looking For Has Been Moved Or Deleted

kadang-kadang kita terdelete. kadang-kadang kita saja delete. dan kadang-kadang kita tersyiok nak mendelete. dan kadang-kadang bila jiwa kacau mulalah nak mendelete kenangan-kenangan silam bersama si dia. kan kan?*cepat mengaku! dan bila dah delete entry maka secara tak langsungnya wujudlah broken link. dan bila ada si penggoogle yang terjumpa broken link tadi..bila dia klik url link tu..apa yang dia dapat adalah page default blogger - page not found.

The 404 Error Message -- Sorry The Page You're Looking For Has Been Moved Or Deleted.

Bagaimana untuk menggantikan ayat skema tersebut dengan sesuatu yang lebih kreatif?
ok. meh gua kongsi ilmu. tak susah pun. step mudah.
1) pergi ke setting > search preferences > klik edit di bahagian custom page not found.
2) masukkan text ayat-ayat manis dari drama bersiri Adam Dan Hawa Episod Terkini dalam ruangan yang disediakan dan simpan.

boleh juga kalau text tu lu orang nak gantikan dengan image. selamba badak je.
1) design lah apa patut. nak letak gambar comel korang tengah gosok gigi ke berkemban ke tengah siram pokok bunga ke..pun boleh.
2) upload atau insert sebagai new post. tak perlu save. sekadar untuk mendapatkan script@coding blogger je.
3) copy dan paste script@coding tadi ke dalam kotak di setting > search preferences klik edit di bahagian custom page not found.

maka dapatlah hasil yang macam gua buat ni. hahaha. ke mengkome dah tahu pun caranya? cis cis. ketinggalan teknologi lagi gua.

Streamyx Versus Unifi Telekom

gua kadang-kadang pelik dengan diri sendiri. apsal kalau hari cuti cepat je tersedar kalau ada call yang masuk. kalau hari kerja tu jarang-jarang sangat gua sedarnya. macam bunyi tu laju je diserap oleh telinga gua lantas menukarkannya kepada dodoian manja untuk melengkapkan lagi tidur gua. pelik bin ajaib betul kan. ke lu orang pun sama je?

ok.itu bukan apa yang gua nak cerita. gua nak cerita pagi-pagi sedang gua membuta..gua di sedarkan oleh satu panggilan telefon pelanggan Streamyx gua dulu bertanyakan pasal Unifi Telekom. mamat ni student Universiti Teknologi Petronas (UTP)..berasal dari negara Ethiopia. tak pandai berbahasa Melayu. fuh..dengan dia..dengan gua..sama-sama berbelit lidah nak berborak menggunakan bahasa perantara. dan yang buatkan dia beriya call gua sah-sah lah bukan sebab nak berdiskusi pasal matapelajaran Electrikal & Electronic Engineering..tapi pastilah ada kena mengena dengan produk Telekom yang lain. pasal produk Unifi TM. ya..dan rajin untuk gua berkongsi pasal produk Unifi TM dengan dia dan lu orang sekali. walaupun area Perak tak cukup meluas lagi.

Apa itu Unifi..apa bezanya dengan Streamyx?
secara teknikalnya yang membezakan kedua-duanya adalah medium pengantara data yang di hantar dan diterima (send and receive). Unifi menggunakan fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan cooper (tembaga) sebagai medium perantaranya. ini gua maksudkan medium perantara antara premis pelanggan dan last point yang disediakan oleh pihak Telekom lah.

antara sebab kenapa fiber optik dijadikan medium perantara adalah disebabkan penghantaran dan penerimaan data dapat disalurkan dengan pantas. Fiber optik yang bersifat gentian kaca mengurangkan keciciran semasa proses response antara browser dan Server Telekom. Contoh simple je..lu orang ambik touchlight..dan lu orang suluh cermin dan kalau ada periuk nasik tembaga..lu orang suluh sekali. mana satu yang memantulkan cahaya lebih terang. ha..itulah contoh mudahnya. Lagi terang cahaya yang dipantulkan maksudnya lagi kurang lah tahap keciciran data. Cicir di sini bermaksud kelemahan dari segi response antara browser dan Server Telekom. faham?

dan sebab itu pakej Streamyx hanya setakat 4Mbs je. itu pun dah banyak tercicir. kena ambik kira Signal-to-noise ration (SNR)..ok ke tak kadar signalnya..dari premis ke Server Telekom..kena ambik kira Attenuation..kalau test speedtest pun dapatlah 3Mbs plus plus je. kalau dapat lebih dari 70% speed tu kira dah beruntung lah tu..kalau ikutkan pengalaman gua..70% tu dah kira lulus dah..tak sampai 4Mbs pun. dan dari pengalaman gua juga..pernah gua menggunakan pakej Streamyx D.I.Y (sebab port di area rumah gua pihak Telekom tak configure/limitkan kepada had 4Mbs) dan kelajuannya tak jauh beza dengan speed 4Mbs..dapat dalam area 3.8Mbs plus plus je. dan untuk menampung speed yang lebih besar maka Unifi diwujudkan. dari 5Mbs membawa kepada pakej berkelajuan 20Mbs. cicir tetap cicir. tapi skala kecicirannya semakin mengecil comel.

itulah serba sedikit apa yang gua ceritakan pada mamat yang berasal dari negara Ethiopia yang mengejutkan gua dari nyenyak tidur. entahlah..gua syak penerangan gua menggunakan medium bahasa pengantara agak keciciran juga. ah..pedulikan..kalau dia dapat faham 70% dari cerita gua pun dah kira ok kan? /wahaha

Cara Memasak Bubur Nasi Tanpa Perlu Nak Naked Sangat

hujan dan lapar sangat kamceng dalam hidup gua. dan bila lapar mulalah terbayangkan nak makan sedap sesaja. dan hari ini gua terbayangkan nak makan bubur nasi dan hasil google menggoogle tadi..gua ditemukan dengan bubur nasi knorr ekspress ini.

harini gua rajin nak ajar korang masak bubur nasi knorr ekspress ini.
ok ye. fokus na..fokus..ambik buku dan pen..salin na :

1st) tuang air panas ke dalam cup ini (rujuk gambar di atas). gua tak pasti cup ni cup size berapa. so abaikan bab size cup ni ye.
2nd) kacau perlahan-lahan selama 2 minit sampai bubur nasi knorr mengembang dan nampak lazat untuk di makan.

nampak.semudah itu je kan.tanpa perlu mengetahui size cup pun masih mampu menjamu selera kan. selamat menjamu tekak ya! sehingga berjumpa lagi di lain edisi.

- Chef Zil Zonzales Znorr.

Gimme A Light For My Cigarette

"susah rupanya nak berenti dari tabiat merokok ni. kalau gua tahu dulu sumpah gua tak cuba-cuba merokok.hais"..sambil gua menyalakan sebatang rokok jenama Dunhill.

Aku Mahukan Otak Husin..Ate Ngapey..Ambik Le Seniri

jarang-jarang gua menggunakan otak..tapi hari ini gua menggunakan otak yang banyak.

Pengalaman Sebagai Installer Streamyx #1

matahari dah lama membenamkan diri.gua masih terkebil-kebil mencari rumah pelanggan yang patut gua pasangkan Streamyx.jam menunjukkan pukul 7.00 petang.kalau ikutkan gua..nak je gua pasangkan esok.apa kes maghrib gi rumah orang.segan gua.tapi pakcik tu beriya nak suruh gua datang hari itu gak.dah la musim hujan.dan gua terus memandu perlahan memerhati barisan rumah seperti yang diberitahu pemiliknya semasa gua call bertanyakan lokasi tadi.kalau nak berpandukan alamat tertera atas kertas order pemasangan Streamyx yang dibekalkan oleh pihak Telekom memang lebamlah nak mencarinya.kawasan kampunglah katakan.tak tersusun corak pemetaannya.

"Assalamualaikum pakcik..yang mana satu ye rumahnya..dah 2 kali saya pusing area pakcik cakapkan tadi..tak jumpa pun"..gua call pakcik tu semula..
"Sekarang ni dekat mana..dah jumpa ke hospital Hutan Melintang tu?"..
"Dah pakcik..saya berenti betul-betul depan hospital ni..rumah pakcik yang mana satu?"..
"La..dekat dah tu..anak ke depan je sikit lagi..nanti tengok rumah yang ada pasang lampu..itu rumah pakcik le tu.."

dan gua bergerak seperti yang disarankan.perlahan-lahan.gua perati setiap rumah.cis..rumah kat area tu semuanya berlampu.hais.tak agak-agak pakcik ni kasi hint kat gua.kan ke dah gelap..kompem la semua pasang lampu.pandai mainkan perasaan gua betullah pakcik ni.

Betul Ke Bohong Edisi Aerial Tv

"abang dah call belum nombor makwe yang Kak Cah nak kenen-kenenkan haritu?"soal mak gua dari dapur.
"sudah..tapi dia tak angkat.."balas gua mentipu sunat..sambil memetik kotak suis di dinding rumah tanpa berbaju.

"ho po cottt"..terkanjat gua dan secara automatiknya teranjak beberapa langkah ke belakang.hais.macam mana gua boleh tak terperasan 'kesejukan' nipple gua menyentuhi aerial tv yang terletak di atas kotak tv tadi.kan tak pasal-pasal dah kena karen.kebasss.

sambil gua menonton tv sambil gua tuam nipple kanan gua yang kebas dengan kesejukkan buntut ais pop.

moral of the story huru-hara ini : jangan mentipu mak korang kalau taknak kena karen nipple.gua serius.mana ada gua HAHA.