detik awal pagi ini terdetik pulak hati gua nak berkongsi pengalaman misteri dan seram dengan lu orang..misteri yang bukan di buat-buat. seram yang bukan di gembar gemburkan. misteri dan seram yang tak mungkin mampu diulang tayang..dan memang taknak pun seboleh-bolehnya. so pesanan gua kepada yang lemah semangat cukup baca setakat ini je..boleh pangkah laju lajuss blog gua kalau lu orang tak cukup kental dan tahap kesihatan tak mengizinkan. takpe. gua tak kecik hati. gua lagi pentingkan tahap kesihatan lu orang. gua tak nak sebarang malapetakacelakaan berlaku kat diri lu orang. nampak. gua sedang caring..dan kepada yang kental hati tahap rambo..sila teruskan membaca..
itu hari. gua tak ingat detik berapa. tapi yang pasti kejadian ini berlaku pada waktu malam. ya waktu malam. biasalah cerita misteri jarang berlaku pada waktu siang. kecualilah acara gores dan menang hadiah misteri. kan kan. ok. pada malam itu gua bersendirian. suhu malam itu panas sangat gua rasa. bahang tak ingat. tapi bila intai kat luar macam nak hujan sangat dah gayanya. siap guruh berdentum bagai. tapi gua tetap rasa bahang panas menyelubungi. padahal kipas gua dah pasang tahap habis pulas dah kot. lantas gua ambil keputusan capai tuala dan menuju ke bilik mandi..dan gua pun mandi sambil nyanyi-nyanyi ulang part chorus lagu The Gods Make Heavy Metal dari kumpulan Manowar. part tu je yang gua hafal pun dan tiba-tiba..pap!..ha mesti lu orang ingat ada tangan pap muntut suci gua kan..nopeee!..jangan fikir keji sangat..hanya lampu yang tetiba terpadam. dan suasana dalam bilik air diselubungi gelap gelita..rupanya bekalan eletrik rumah gua terputus sudah..dan memang kebiasaannya begini..kalau guruh over sikit selalunya suis eletrik akan auto jatuh kan..so gua buat rilek je..dan disebabkan gua bersendirian kat rumah lantas gua dengan tenang keluar dari bilik air secara nature dan meraba-raba dinding menghala ke ruang tamu..niat gua nak on kan semula suis lampu..mana feel mandi dalam gelap..dan lagi beberapa langkah untuk gua menghampiri kotak suis..tap!..suasana gelap gelita cerah tetiba dan bila gua menoleh ke arah kanan gua..nakharommm..sesusuk wajah dan mata yang tajam sedang memerhatikan gua dari jarak dekat..sangat dekat..bebetul depan muka gua..sejuk gua rasa suhu disekiling gua..meremang abis bulu badan gua..dia punya perasaan susah untuk gua persembahkan dalam bentuk penulisan. takde ayat yang dapat gambarkan kejadian hari itu. dan sedar-sedar je gua dah beberapa langkah ke belakang. entah bila masa gua bergerak pun gua tak tahu. boleh tahan jugaklah gua punya tindakbalas reflect dalam mengasingkan jarak dengan makhluk tu. siap dengan gaya pasang kekuda sambil sebelah tangan siap genggam penumbuk apa bagai. cukup lengkap dah macam gaya mendiang abang angkat gua yang bernama Bruce Lee dah gua rasa. cuma satu je skill yang membezakan kami. tadi gua ada mention pasal sebelah tangan genggam penumbuk kan? ha..sebelah lagi? ha..maaf. skill tu terpaksa gua rahsiakan..ha. mulut tak payah ceritalah..kumat kamit entah apa gua baca pun gua tak tahu dah. dan akhirnya gua lepaskan sedas wachaaa laju lajuss dekat dinding rumah sebagai melepaskan amarah yang terbuku bila gua mula sedar yang makhluk misteri itu sebenarnya langsung tidak menyeramkan apatah lagi berstatus merbahaya. yang misterinya kenapa detik itu gua rasa sungguh seram dan gua lantas bergegas sambung mandi dalam keadaan malas memandang cermin dalam bilik air. menyanyi pun tidak. tacing betul gua dengan misteri itu. oh..ada sesiapa yang lemah seluruh anggota badan atau pun kejang urat saraf selepas baca cerita misteri dan seram ini? maafkan gua. ini pun kira gua dah cuba sedaya upaya untuk reduce kan tahap misteri dan seram dengan publish entry ini di siang hari. sekali lagi. maafkan!