Kuaci Biji Bunga Matahari

"layan kan makan kuaci petang-petang macam ni kan?" sampuk Mail ditengah kerancakkan makcik-makcik yang sedang perfuiyo-fuiyo menyembang. dua tiga orang makcik-makcik angguk tanda setuju. yang lain masih dalam medan rancak diaorang.

"arena makan kuaci ni bila terjebak memang susah nak berenti.asyik mulut duk mintak kunyah je" sambung Mail walaupun ayat pertama dia tadi tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari kelompok makcik-makcik yang sedap menokok tambah cerita. dari cerita semasa hal masyarakat sekampung membawa kepada hal dunia artis membawa kepada isu semasa kehilangan pesawat MAS MH370. masing-masing siap dengan analisa. beserta pengalaman menaiki kapal terbang yang dipandu 'dreba'. dan mereka terus rancak bercerita. sekali-sekala je Mail perasan ada makcik di hujung sana duk terketaq-ketaq sebut Allah..Allah sambil dibantu rakan seperjuangan lain mengurut-ngurut dari pelipat  peha sampai ke tapak kaki. 'kaki bersemut kebaslah tu' sound Mail dalam hati.

"layan makan kuaci dengan layan mengumpat mengata ni tak jauh beza dia punya feel kan?ke macam mana?memang susah nak berenti kan?" sambung Mail lagi sambil perlahan-lahan dilihatnya dua tiga orang makcik mengesot-ngesot punggung menghala ke arah muka pintu. ada yang mulut sambil terkumat kamit nak habiskan jugak cerita sambil tangan teraba-raba mencapai selipar. dan makcik di hujung sana tadi masih terketaq-ketaq duk sebut Allah..Allah. cuma kali ini lebih padu beliau punya suara. 'kaki bersemut kebas tahap menyucuk-nyucuk sampai ke peha lah tu' sound Mail dalam hati sambil diperhatikannya dua tiga orang makcik-makcik yang lain tidak lokek membantu beliau berdiri dengan penuh semangat setiakawan.

Esok pasti mereka akan bertandang lagi. mungkin bersama asam-asam menemani.