perasan tak perebutan allspark Cube antara Autobots dan Decepticons? ok..dalam perebutan tu Cube tu dapat kat geng Autobots kan? notttttt..lu sudah kena tipu..yang diaorang dapat tu hanya kotak buku teks..lu nak tahu tak Cube yang sebenarnya ada kat siapa?..
lu nak tahu kenapa Autobots dan Decepticons nak sangat Cube tu?
..A long time ago in a galaxy far, far away..called BLUE galaxy..seorang pereka bentuk Cube telah mencipta sejenis Cube yang multi-port-lepak-santai..dan Cube tersebut bertindak sebagai one-stop-center.[OSC].pusat-satu-hentian untuk penduduk di galaxy tersebut. oleh kerana Autobots dan Decepticons dah start naik syok maka diaorang mula buat perangai nak merampas Cube tersebut untuk enjoy sendiri-sendiri. disebabkan pereka tersebut lebih pentingkan kegunaan bersama..maka pereka tersebut telah mencampakkan Cube tersebut ke bumi.tettttttttt..intro tu gua gurau-gurau je beb..yang sebenarnya beb..
di dalam Cube tersebut tersembunyi port lepak yang mampu memberikan mood warna-warni kepada sesiapa sahaja..pandai-pandai lah pilih port yang sesuai tanpa mengira jenis rambut afro ke lurus rebonding ke ikal mayang ke..ubun-ubun berkilat kena cahaya ke..sesiapa pun boleh. langsung tak ada sebarang prejudis. senang cerita itu port lepak bebas-melepak.
It is a mobile content portal that provides you the hottest tunes, the freshest and latest buzz, entertaining games and more! ~marvellous beb!
The Cube telah dilancarkan pada 15th September 2011 at Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara.
mari gua bawa lu orang menjelajah isi kandungan portal tersebut secara santai-santai.
bosan dengan ringtones yang entah zaman bila lagunya? meh lepak sini.macam-macam lagu ada. up-to-date. itu gua sangat pasti. lu nak lagu Mizz Nina?..ada.. Bruno Mars..ada..Nicholas Teo?..pun ada..dan banyak lagi.
mahu set caller-me-tones yang mampu membuatkan orang kaki pukul tersenyum gaya manja-blushing dan insaf serta merta tatkala mendengar alunan lagu yang lu set kan?..sini tempatnya..nak lagu-lagu dari soundtrack movie, Xtunes dan koleksi-koleksi 10 lagu terbaik di friendster untuk lu muat turun dan jadikan ringtones..mari sini..memang sini le tempatnya?
nak rekod suara dan hantar kepada sesiapa sahaja?..oh..come on la..dan bukan itu je..nak sertakan lagu sekali pun boleh sambil rekod suara..2 in 1..ke nak secret-secret..pun boleh..dan segala yang lu hantar tu si buah hati yang terima boleh ulang-ulang dengar..cool tak cool tak?..
psssttt..beb..ada port muat turun game beb. yariba-ribaaaaa..port favourite gua beb.
lu suka merempitkan? ha..lu boleh muat turun games motor lumba..lantak lu nak willi ke..wikang ke..helmet seret jalan ke..kalau jatuh berguling sangkut kat penyidai baju jiran pun paling kuat lu boleh restart je balik game tu..langsung tak mengganggu nyawa orang awam. bukan itu je beb..bola? game lawan-lawan pukul-pukul? robot-robot? pun ada juga.lu juga boleh join GAMERS CLUB. bila jadi ahli kelab banyaklah untungnya. games free lah..harga rendah luar-kotak-akal lah..promosi itu lah..inilah..hambik kau..main game sampai muntah.
nak tukar screen saver? wallpaper gambar gerak-gerak? skinz? ~ senapas!
info team bolasepak? ~ senapas!
mahu baca komik sedih. riang. gelak guling-guling. berjujuran air mata? ~ senapas!
tuwit tuwit celebrity? ~ senapas!
emo? riang tak henti-henti? kawan buli? dimadukan oeh boipren?..nak share voicepoke tanda sharingiscaring dengan geng makwe yang celak keliling mata supaya mata nampak besar? ~ senapas! ok.lu tarik nafas dalam-dalam. lu terjah FUNCUBE.
beb..lu minat team bola mana beb? bila minat mesti lu nak tau info team lu kan? kerja mudah je tu beb..boleh mula subscribe sekarang beb.
nak bersosial tapi henpon tak cukup smart? kicik punya hal. bolehhhhhh aje..dengan hanya menggunakan perkhidmatan sms..lu boleh update faceBook dan twitter. ini Cube manyak smart maaaaaaa..
ditinggalkan boipren? sedih? lex..cari lain sudah..pehhhhh..apa mau pining-pining kepala..setakat makwe trend tudung selerak cam you ni..laju je leh dapat pengganti. tak percaya?..taip CUPID dan hantar ke 29300.
cakap banyak pun tak guna. dah namanya FRENCUBE..kompem ah ini port terbaek untuk bersosial dengan rakan-rakan baru dan lama kan. nak explain lebih-lebih pun gua cemas..rambang mata lepak FRENCUBE ni..memang one-stop-center.[OSC].pusat-satu-hentian abes lah..itu belum bukak rahsia pasal sudut ruang bucu-bucu tepi setiap sudut portal lagi. ho yeah ho yeah.
teruja tak beb?..ok..tadi baru sesi panas-panas sendi je tu..tadaaaaa..gua dah upah makwe Celcom bawa lu ronda-ronda melawat port lepak yang gua ceritakan tadi. setakat dengar cerita je apa barang kan..tak real maka tak cinta..ini gua kasi lu orang teroka real punya The Cube.. suwit tak gua suwit tak?sharingiscaring kan?..tapi jangan sampai terlebih bernafsu pulak.. :p