Hani Beriani Gam Sabak Bernam

(mari singgah~Hani Beriani Gam..Hani ye..bukan Hanis Zalikha gam)

(usya menu~set asam pedas sembilang satu!)

(air wajib~order tanpa perlu usya menu)

(asam pedas ikan sembilang..dia mai dah..aum!)

(zoom..zoom..zoom..aum..aummmm!)

(sudah kenyang sila basuh tangan~kalau makan dengan tanganlah..kalau makan dengan sudu garpu..kalau lu nak gadis-gadis meja lain pandang serong..lu cuba-cubalah basuh sekali..)
asalnya gua nak cuba menu Nasi Beriani Gam Kambing Sabak Bernam..tapi masing-masing gua tengok pinggan penuh nasi menimbun..gua tengok meja sebelah gua..pakcik tu mata dah stone beriani dah. malas pulak gua nak join stone..sebab bila dah stone kompem gua balik cari bantal dengan tilam je. kompem.

servis laju. dekat 2 jam gak gua lepak kat kedai Hani Beriani Gam Sabak Bernam..memang ada gam. total RM8.30 sen dan sedap.

sekian.menu makan tengahari gua di Sungai Besar Sabak Bernam.