Doa Sebelum Masuk Kelas | Ilmu Untuk Maju

(aummm..gaya gua mengeliat bangun pagi pergi sekolah)
ada orang cari doa sebelum masuk kelas dekat blog gua.tu mesti budak sekolah tu.mesti ketua darjah tu.mesti bodek ustaz/ustazah kuat tu.abang tabik pengakaplah.sekurang-kurangnya adik tak cuba cari 3gp budak sekolah.

abang dulu sebelum masuk kelas abang pun rajin berdoa gak.abang doakan cikgu keluarkan arahan 'buat kerja sendiri ye..cikgu tak masuk kelas harini'.tapi biasalah...jarang-jarang makbul doa abang tu.

sebab adik dah cari..abang tampallah sini.doa perhimpunan pun abang letak sekali.baru ustaz/ustazah sayang adik lebih.kan kan kan.hambik.erk..dekat perhimpunan nanti jangan lupa kredit untuk blog abang tau.suruh satu sekolah klik iklan nuffnang tu tau.abang tak cukup duit lagi nak beli buku nota conteng-conteng dekat koperasi sekolah.

ngeliat-ngeliat nak tido.adik tolong kim salam cikgu perempuan yang masih bujang eh.aummmmmmmm.
DOA SEBELUM MASUK KELAS
Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Allah, Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini. Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini.

Kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan belajar dengan penuh semangat dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hari ini.

Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu.

Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini bagi kami.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN
Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu jua kami merafakkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.

Dengan keberkatan majlis perhimpunan pagi ini, kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan. Anugerahkanlah kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus istiqamah.
Amin.