"lu pendaki eh?" sound member melepak gua.
"bila masa gua mendaki?" konpius gua dengan soalan adhoc macam tu.
"tu ketiak baju lu tu berdaki..gua ingat lu pendaki".
sebagai lelaki maskulin label runcit-runcit yang hanya pandai menggunakan deodarant tonyoh dan sembur seawal usia tingkatan satu..berbelasan baju kesayangan gua telah ternoda di pangkal ketiak. tambahan pula baju putih. pergh..memang clear habis kuning kekuningan. tapi kalau ada yang tegur..gua selalunya gunakan alasan sebagai baru habis bersukan. maskulin habis alasan gua kan. tapi kalau orang yang sama je asyik menegur..selalunya gua jawab pakai tapak tangan je..selalunya skill lempang laju-laju lebih berkesan.
itu bab baju. acaner pula dengan bab ketiak gua. perghhh..gua dah snap gambar dah tadi. asalnya gua nak tampal dekat sini. tapi bila gua yang sedang sedut Slurpee pun boleh tersedak dengan ketiak sendiri..gua risau lu orang yang baca kancing gigi je kang. ini semua bala sebab deodarant semburan ketiak yang gua gunakan lah ni. tapi yang boleh gua banggakan dengan ketiak gua..bau kekal harum. tak percaya..nak cuba bau..sangat dialu-alukan. meh rapat meh!
malu bertanya sesat jalan. dan sebagai mencari jalan keluar dari permasalahan besar yang buatkan gua stress tahap hilang semangat mahu menjamah nasik dan berhorny-horny..gua usulkan masalah gua dekat adik gua gadis berketiak lawa. namanya Erin. hah..pe lagi..pergilah geletek-geletek ketiak dia.
itu produk yang gua gunakan atas nasihat pakar runding gua. SMELLY NO MORE by Total Image dan semburan pelembab by Dr. Mist. apa jadah pun gua tak tahu functionnya. baru 3 hari gua mencuba. gua ikutkan je nasihat pakar runding gua..Erin si gadis ketiak lawa. lepas ni bolehlah gua bergaya melepak tepi pantai bersinglet macam brader Amy Search.
SMELLY NO MORE by Total Image & semburan pelembab by Dr. Mist |
Rock..Rock juga brader..ketiak mesti mau maskulin..adeih adeih..tergeliat tengkuk! |