bagi kaki bundle..istilah 'rare' dan kepala kain adalah cukup sinonim dan bermain manja dibibir.sukar untuk dipisahkan.bagaikan aur dengan tebing.bagaikan irama dan lagu.
'rare' adalah perkataan inggeris yang membawa maksud jarang.bukan jarang-jarang.tetapi jarang.kalau jarang-jarang itu 'rare-rare'.ha.nampak.sejak adanya google translate bahasa inggeris gua semakin cemerkap.nampak?ok.kembali ke topik.
'rare' boleh juga di istilahkan sebagai sesuatu yang unik.sesuatu yang terhad.sukar untuk didapati.manakala 'kepala kain' pula merujuk kepada hujung kain sebelah dalam dan sinonim kepada jenis fabrik jeans (denim).juga disebut sebagai red line..selvedge..akaimimis.macam-macam istilah.
dari mana wujudnya kepala kain ni?ok.kepala kain ni sebenarnya adalah kepala kepada segulung kain.awal kain tu digunakan benang berwarna tertentu.biru.warna-warni.pelangi.pelbagai.gua syak jelah awal kain kan.kalau akhir kain dah jadi 'kaki kain' pulak.dah tak sedap nak sebut.so kepada peminat-peminatnya memang berbaloilah kalau dapat 'tangkap' denim berkepala kain ni.walaupun harganya tak agak-agak punya mahal.maklumlah dalam segulung kain hanya ada satu kepala kain je.kiranya sapa yang pakai tu boleh dianggap spesis 'rare' lah.lagi rare dari member gua yang hari-hari nak ajak gua pekena nasik ganja (vanggey) ipoh sesaja.dah wajiblah pemakainya akan melipatkan sedikit seluar di bahagian kaki.kasi nampak kepala kainnya/kasi panas mata-mata yang tahu menilai tahap 'rare' nya.
gua rasa harini gua agak 'rare' kepala kain.apakes gua gi pakai template dynamic blogger.dah la tak backup template lama.tup tup bila gua dah habis edit dan nak kasi 'up' Makwe Cantik dan Pakwe Hensem..senarai tak keluar-keluar.gua google punya google rupanya Dynamic View blogger ni tak support HTML/Javascript.dan tak berapa nak stabil mana.manja.tak boleh berdikari.cis.sekerap betullah. pasrah gua.hais.nak rare sangat.
ada sesiapa disini yang pakai spenda kepala kain? yezzaaaaaaa..itu yang gua maksudkan dengan 'rare'.