Tet tett..
Aziz menekan butang alarm keretanya sambil berlari-lari ninja menuju ke rumah.hari ini keretanya di letakkan agak jauh dari kebiasaan.beginilah yang selalunya berlaku apabila tibanya hari jumaat.pengunjung pasar malam di area kejiranannya tanpa segan silu bebas meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.tak ada kesedaran sivik dan modal insan cemerlang langsung.hanya itu yang mampu di sungutkannya.rintik hujan semakin rancak menerjah kulit kepalanya.
sekali lagi Aziz menekan butang alarmnya.dan sekali lagi.dan sekali lagi.dan..
"hais.tengkorak betul la.apakes gua nak bukak pintu rumah gi tekan butang alarm kereta".bebelnya antara dengar tak dengar sambil menyeluk kocek seluar Tarik Jeans nya gaya malu-malu.anak matanya liar menjeling mencari bucu-bucu yang sedap untuk di karate.