Oh Peperiksaan! Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM

ketika tahun mula mengeyit mata untuk berkata hai-hai kepada 2013 dan bye-bye kepada 2012 baru gua mula faham apa sebenarnya erti peperiksaan.

"peperiksaan tu lesen besar adik oi..lesen untuk kita melangkah dari satu tapak ke tapak yang baru..untuk kita terus mengorak langkah..menapak setapak-setapak..sebelum kita diajar berlari..sebelum kita memasuki perlumbaan sebenar kehidupan. sebaiknya terus berusaha untuk dapatkan lesen dengan gred cemerlang..untuk memudahkan kita melangkah dengan lebih tersusun dan bergaya".

lulus UPSR lesen untuk kita melangkah ke PMR..
lulus PMR lesen untuk kita melangkah ke SPM..
lulus SPM..STAM..lesen untuk kita melangkah ke Universiti Awam dan Swasta..Dalam dan Luar Negara..
lulus DIPLOMA..IJAZAH..MASTER..PhD lesen untuk kita terus melangkah..dan mula berlari..dan mula berlumba..

peperiksaan dah tak lama dah. tak percaya? ha..usya jadual Tarikh Peperiksaan UPSR PMR SPM STAM tahun 2013 yang gua culik khas untuk lu orang ni. pejam celik pejam celik je dik oi. tau-tau dah tiba tarikh peperiksaan tahun 2013.

Tarikh Peperiksaan Tahun 2013

Jenis Peperiksaan Tarikh Peperiksaan Tarikh Pengumuman
SPM (Ulangan) 11-12 Jun 2013
UPSR 10-12 Sep 2013 14 Nov 2013
PMR 02-09 Okt 2013 23 Dis 2013
STAM 21-29 Okt 2013
SPM 06 Nov-05 Dis 2013