Pengalaman Sebagai Installer Streamyx #1

matahari dah lama membenamkan diri.gua masih terkebil-kebil mencari rumah pelanggan yang patut gua pasangkan Streamyx.jam menunjukkan pukul 7.00 petang.kalau ikutkan gua..nak je gua pasangkan esok.apa kes maghrib gi rumah orang.segan gua.tapi pakcik tu beriya nak suruh gua datang hari itu gak.dah la musim hujan.dan gua terus memandu perlahan memerhati barisan rumah seperti yang diberitahu pemiliknya semasa gua call bertanyakan lokasi tadi.kalau nak berpandukan alamat tertera atas kertas order pemasangan Streamyx yang dibekalkan oleh pihak Telekom memang lebamlah nak mencarinya.kawasan kampunglah katakan.tak tersusun corak pemetaannya.

"Assalamualaikum pakcik..yang mana satu ye rumahnya..dah 2 kali saya pusing area pakcik cakapkan tadi..tak jumpa pun"..gua call pakcik tu semula..
"Sekarang ni dekat mana..dah jumpa ke hospital Hutan Melintang tu?"..
"Dah pakcik..saya berenti betul-betul depan hospital ni..rumah pakcik yang mana satu?"..
"La..dekat dah tu..anak ke depan je sikit lagi..nanti tengok rumah yang ada pasang lampu..itu rumah pakcik le tu.."

dan gua bergerak seperti yang disarankan.perlahan-lahan.gua perati setiap rumah.cis..rumah kat area tu semuanya berlampu.hais.tak agak-agak pakcik ni kasi hint kat gua.kan ke dah gelap..kompem la semua pasang lampu.pandai mainkan perasaan gua betullah pakcik ni.