Ahmad terkekeh-kekeh seorang diri tanpa mempedulikan orang ramai di sekelilingnya. Kadang-kadang boleh tahan besar gelaknya. Adakalanya sampai tahap sendawa. Apa yang dia layan seronok sangat entah. Gua harap dia tak sampai tahap terkencing dalam seluar macam member bambam gua..
Atikah Nurbayah dari tadi berwajah gundah gulana. Sampai berkerut-kerut gua tengok dahi dia menatap benda alah tu. Kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kiri. kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kanan..kejap-kejap dihenyak-henyakkan buntutnya kat kerusi..macam gatal buntut bebeno gayanya..diselang seli dengan aksi menggaru posisi kiri..kanan..tengah buntut gaya bersahaja. Herm..cekap kan mata gua..itu pun gua boleh perasan. Inilah jadinya bila Ramadan mula meninggalkan gua. Tapi gua tetap tak boleh baca apa masalah sebenar dia layan gundah gulana sampai macam tu punya kronik. Boleh tahan darurat dah tu. Gua syak ada kena-mengena dengan masalah penyakit gatal buntut kot..boleh jadi la kan. Harap-harap tak sampai tahap meninggalkan parut di buntutlah hendaknya..
Yang si Deraman ni pulak lain macam gayanya. Diam je. Bergerak pun ala kadar je. Cuma mata dia galak menatap benda alah tu. Sesekali gua perasan gak dia mencuri pandang Nur Alyza Ana sambil telan-telan air liur. Horny le tu gamaknya..jangan dia buat pasal inzal kat khalayak ramai sudahlah..
Dah dekat sejam dah gua curi-curi perati perangai diaorang ni. Tak faham betul lah gua scene bebudak sekarang ni. Apa jadah melepak semeja masing-masing mengadap smartphone je kerjanya. Smartphone rebat model terbarulah tu gamaknya. Tak ada skill dan tatasusila bersosial langsung!
Ha..gua baru balik bersosial secara penuh skill dan berhemah dengan kenalan kepada member gua..bebudak Taiping yang sudi singgah melayan sesi teh o ais di Mydin Ipoh dalam perjalanan pulang mereka dari berhari raya di Gopeng. Tinggi sangat skill borak diaorang sampai gua rasakan jam 5 pagi macam baru pukul 12 malam.
Pssttt..lu orang yang makin bambam..gua nak minta maaf salah silap gua kat lu orang sekalian na. Kot ada kesalahan budi bahasa gua dalam mengarang entry dan mengarang komen yang tak cukup cun dengung dan harkat dan bahasanya..maklumlah..beginilah jadinya gua bila Ramadan meninggalkan gua. Sila baik hati maafkan gua na. Sila. Zahir & Batin. Selamat Hari Raya.