sekarang gua semakin dahsyat berjoging. dalam seminggu gua peruntukan 2 kali masa berjoging. dari 2 round ke 3 round tanpa henti. dari 3 round meningkat ke 4 round tanpa henti. dan tadi gua berjaya mengatasi hingga ke 5 round tanpa henti tanpa gua nampak bintik-bintik hitam berpinau berkeliaran di sekeliling mata gua. asal nak ke kedai makan area opis pun gua memilih untuk berjoging. kadang kala je gua memilih untuk berlari laju tak tentu hala. itu pun bila gua terserempak sekumpulan geng anjing liar usya gua gaya tak puas hati. gua dengan binatang bernama anjing memang tak pernah nak ngam.
asalnya gua berjoging sebagai mengisi rongga-rongga masa je. asyik balik kerja terjelepuk mengadap movie mana sosial kan. life tarak. tapi tanpa disangka joging ni sebenarnya menambahkan power rupanya. itu hari gua ke utara tanahair walaupun pergi balik gua drive..esok hari gua masih rilek je tak letih. power kan. nasiblah malam Jumaat gua masih belum terlibat dalam aktiviti menggunakan kawalan pernafasan dan stamina yang tinggi..kalau tidak mesti gua A punyalah. 'belum kena dah terasa'. kehkeh. boleh tahan garang tagline kopi 3 in 1 sekarang ni kan.
kepada yang nak power macam gua tanpa perlu susah payah bangun pagi angkat pasu bunga marilah join gua berjoging di taman yang ada tasik di Meru Raya. dan kepada makcik-makcik yang diselubungi selulit sepanjang landasan keretapi..bawak-bawaklah join aktiviti sihat macam gua. bukan apa. gua risau karang Keretapi Tanah Melayu sambung landasan komuter sehingga ke selulit lu orang. dah lu orang tacing-tacing terasa.
sekian. entry sihat dari gua untuk hari ini.