Gua baru lepas balik melepak. yeah!bila jumpa kawan lama dan jarang-jarang bersua muka..gini lah jadinya. Banyak sangat benda nak diceritakan. Dari sembang-sembang suci murni secrystal clear hingga melalut ke makwe hot bambam apa jadah bagai topiknya. Tapi yang istimewanya bila dikategorikan sebagai kawan lama..keserasian bercerita sangat terserlah. Kalau terdisconnect pun sebab nak cucuh api kat rokok...atau pun ada makwe body power melintas lalu..itu pun tak sempat nak berkedip mata..siap berlumba-lumba nak bercerita...punyalah hebat aura keserasiannya..dan seperti biasa..tahap gelak mestilah loud speaker..kasi setting maximum volume..udah tahap speaker pecah jadinya. Dah lama gua tak rasa kepuasan melepak sehorny macam ni. Tak perlu nak cover gelak tahap kihkihkih atau ihikihikihik sambil pekup mulut. Itu dah rupa terpaksa jadinya..hidup kena ikhlas kan..mana best paksa-paksa kan..tak ikhlas hasilnya kan..haa..tapi kalau adik berstatus makwe..sila lah kontrol sikit ye..saham tu saham..jangan sampai bro Mamat Khalid minta datang audition Hantu Kak Limah 3 udah lah ye..hais..seram pulak bila gua taip tajuk citer tu..hais!
Bila sembang bab menyembang ni..gua sebenarnya bukan orang yang pandai menyembang. Selalunya kalau gua join menyembang..topik serius tahap meleleh air mata pun akan ke laut jadinya. Gua lebih selesa menjadi pendengar sebenarnya. Menyampuk bila perlu. Dan bab nak bukak topik bercerita pun sama. Satu bakat yang kurang menyerlah dalam diri gua. Nak ajak gua menyembang topik yang brilliant? Herm..maafkan saya..buat awak kecik hati je jadinya karang..herm..topik cinta?..lu orang boleh dengar je ulasan gua..pun ada harapan lu orang berkecik hati dengan gua. Isi tak ada..maklumlah..bakat semulajadi gua lebih kepada makan nasik berlaukkan siput sedut..itu je bakat cemerlang gua setakat hari ini..menyedut..haa..
Berbalik kepada topik menyembang..gua dalam kategori orang yang suka sembang topik yang sama berulang-ulang. Kenapa jadi macam ni beb?..haa..sebab gua seorang yang pelupa. Minggu lepas gua lupa hari. Patutnya gua ke Perlis pekena mangga harum manis Perlis..dan lepak santai cuci mata horny-horny di pantai Songkla Thailands..dan berkeliaran mengusya pakaian bundle di Hatyai juga di Thailands..tapi gua lupa hari..gua terlewat sehari..gua lupa..arghhh dan haa..dan disebabkan itu..gua ambil keputusan mudah..biar gua jadi pendengar je..menyampuk bila perlu..asal topik lu orang buka tak berkait dan berulang-ulang pasal kekasih hati lu orang..dan bukan tahap terlalu brilliant..gua ok je. Gua tahu adik sayang kekasih hati kan?ha..cukup setakat tu. Jaga hubungan elok-elok. Kalau sayang sila jadi untuk setia. Tapi gua halang keras lu setia sampai tergadai body kepada benda keras. Setia biar berpada-pada. Haa..bukan gua ignore semua topik berkaitan kekasih hati dan tahap brilliant..bukan. Boleh je nak nyembang dengan gua. Tapi kalau udah kerap bebeno topik yang sama..apa ke hey nye yob dan yong oi..tepu otak gua jadinya..dan kalau lu orang perasan..ada dua tiga baris ayat yang gua duk ulang-ulang taip kan? kan kan. haa..itu bukan sebab gua lupa..itu sebab gua saja-saja..nampak macam ada estetik/estetika disitu..haa..nampak tak tahap brilliantnya gua.
Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan.Estimologi tu apalak maksudnya?
Haa..pernah dengar pasal eskimo kiss? ok!..itu bukan maksudnya. Cari sendiri!..saja gua nak asah brilliant terpendam lu orang biar bijak macam gua..haha.
(eskimo kiss) |