cerita ini sedap dibaca sambil ditemani kuaci bunga. panjang beb..berjela gua cakap lu. panjanggg..kalau nak stim lagi baca sambil layan keropok jenama Twisties..tak pun keropok kentang jenama Jack 'n Jill's..tak pun biskut Oreo cecah susu Dutch Lady..tak pun roti Gardenia calit Nutella..fuh..hazelnut lazat tu..lapar pulak gua rasa!"mengapa oh mengapa..sini sana sama saja..?".
jam menunjukkan pukul 2 pagi. waktu-waktu begini sepatutnya waktu sedap di buai mimpi horny-horny. paling tidak pun mimpi Kak Limah bersama rakan kamcengnya hantu tetet datang merasuk. itu juga dikira mimpi. tapi alam nyata aku sudah cukup bagaikan mimpi. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi.
mari aku ceritakan serba sedikit latar belakang hidup aku. aku dikelilingi kemewahan. mewah aku tahap mewah petik jari apa yang aku hajati pasti akan aku miliki. cuma satu yang buatkan aku terus bermimpi. yang satu itu biarlah nanti baru aku cerita. nak kereta? rumah aku dah bagaikan showroom car. kalau nak aku senaraikan kereta mewah dari tahun kelahiran aku sehingga ke tahun 2013 tak kan terhitungnya untuk aku lambakkan disini. nak aku senaraikan kereta klasik? dari Austin car ke Mini Cooper Classic..sebut dan aku akan anggukkan. bukan belagak. tapi itu hakikat realitinya. itu belum aku sebut senarai smartphone 3G terkini. tapi aku masih begini. masih terus bermimpi yang satu itu..
nak aku salahkan ibu? tidak. ibu tidak patut dipersalahkan. keadaan yang memaksa untuk ibu mengambil keputusan begitu. rezeki untuk anugerah yang ibu miliki. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi buat hidup aku.
aku salahkan brader Ben Ashaari. kenapa? ceritanya begini. semasa melahirkan abang sulung aku..ibu aku dilanda kerunsingan melampau. penghasilan susu badan ibu terlalu sedikit. dan abang sulung aku pula terlalu alergik susu tepung. tak kisah lah susu Anmum Essential ke apa ke. kalau di nyonyotnya pun..hanya seteguk dua. dan selepas itu pasti memuntahkan kembali. muak susu kata orang tua-tua. terlalu cerewet. yang pasti dia mahukan susu badan ibu. dan daddy aku terpaksa mengalah. erk..ok..itu cerita lain. dan sampailah ke tahap anak dua ni..abang sulung aku masih ketagihan menyonyot. oh..ini juga cerita lain..fak..apsal gua asyik nak terpesong je ni..
ok.kembali ke cerita asal.
kenapa aku salahkan brader Ben Ashaari. kenapa?
cerita sini habis sinilah ye. aku sambung cerita.
disebabkan perangai abang sulung aku yang terlalu mahukan susu badan ibu..perasaan ibu semakin gundah gulana. telah pelbagai teknik memperbanyakkan susu badan ibu cuba. orang kata jaga pemakanan. ibu yang menyusu memerlukan nutrisi yang lebih tinggi. jadi ibu yang menyusukan bayi haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori..tinggi protein..tinggi vitamin..tinggi serat..tinggi kalsium dan semestinya tinggi kandungan air di dalam badannya. air kosong. setidak-tidaknya 3.1 liter air sehari. bersamaan lebih kurang 13 cawan setiap hari. itu juga sudah ibu turutkan. tapi susu badan ibu masih sedikit. gundah gulana jadinya.
orang kata urutan payu dara juga berkesan. dah ibu turutkan. daddy juga turut memainkan peranannya membantu ibu. sebelum pergi kerja daddy urutkan. waktu rehat sanggup daddy balik urutkan. habis kerja pukul 5 petang..ngam-ngam pukul 5.30 petang daddy dah tiba di rumah untuk urutkan. dan dibawa sehingga ke detik-detik waktu dan hari-hari seterusnya. begitulah gigihnya daddy membantu ibu. tapi masih juga menemui jalan buntu.
usaha itu tangga kejayaan. semangat juang ibu yang langsung tidak mahu mengalah untuk memperbanyakkan titisan susu badan akhirnya membuahkan hasil. bagaimana caranya? jangan risau..akan aku jelaskan pada perenggan seterusnya.
begini ceritanya.
suatu hari selepas seharian berchit-chat yahoo messenger secara conferent dengan kenalan yahoo group ibu dari Malaysia..Brunei..Indonesia..dan Singapura..akhirnya tergerak hati ibu untuk terus cuba menggoogle teknik memperbanyakkan susu ibu. dan akhirnya ibu diketemukan dengan satu entry hasil penulisan brader Ben Ashaari. masih panas lagi kata ibu. baru 2 minit di publish. rezeki kan. orang yang berusaha ke arah kebaikkan ni selalunya Dia tidak akan hampakan. dan ibu yang tidak pernah mahu berputus asa terus mencuba. bermula dengan minum minuman berasaskan soya. dan membawa kepada rebusan air longan kering..secara beransur-ansur titisan susu badan ibu semakin rancak banyaknya. sehingga ada kalanya menitik-nitik membasahi baju. begitulah rancaknya titisan susu badan ibu.
hari berganti hari. minggu berganti minggu. susu badan ibu semakin rancak terhasil sehinggakan daddy terpaksa membelanjakan duit kutunya untuk membeli peti sejuk/ais baru jenama Panasonic NR Series 2 pintu bagi menyimpan susu-susu yang terhasil. daddy redha. impiannya untuk memiliki tv 3D Ultra Slim Samsung atau tv LG LED Cinema 3D Ultra HD terpaksa dipendam buat sementara waktu. mungkin ada rezeki lain bisik hati kecilnya bangga. bangga sebab dapat melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Ya. memang rezeki memihak kepada daddy. akibat susu badan ibu yang tidak henti-henti terhasil banyaknya maka terlintas idea di fikiran daddy untuk membantu ibu-ibu yang senasib dengan isteri kesayangannya. daddy mula mengiklan susu badan ibu secara online di laman sesawang secara percuma disamping turut dibantu oleh rakan-rakan maya chit-chat ibu. cuma bayaran pos laju terpaksa ditanggung oleh penerima. tujuannya satu. sekadar untuk membantu sedaya mungkin. begitulah baik dan mulianya hati daddy dan ibu. dan tanpa disangka-sangka..permintaan yang diterima tersangatlah mengujakan. bermula dari Malaysia berkembang ke Brunei Indonesia dan Singapura. dari sehari ke sehari permintaan tidak pernah lekang. dan penerima yang berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh daddy dan ibu mula mengesyorkan agar dikenakan bayaran. yelah..asyik dapat free je..lama-lama terasa tebal lah juga muka kan. bak kata pepatah..tangan yang menerima biar berpada-pada.
walaupun pada awalnya daddy dan ibu berat hati untuk mengenakan sebarang bayaran..tapi atas desakkan demi desakkan akhirnya daddy dan ibu terpaksa mengalah. maka bermulalah era perniagaan baru yang dimonopoli oleh daddy dan ibu. era perniagaan SUSU IBU CAP SHARIFAH SAKINAH HOLDING SDN BHD ..dengan tagline yang berbunyi 'susu ibu cap sharifah sakinah bebas bakteria hoyeahhh!' . namun begitu atas dasar tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan tolong menolong budaya kita..pemberian percuma tetap diteruskan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan.
dari semasa ke semasa perniagaan Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah terus berkembang pesat ke seluruh pelusuk dunia. kalau nak aku senaraikan satu persatu cawangan pembekalan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah tak mampu untuk aku senaraikan. cukuplah untuk aku katakan cawangannya berada di serata pelusuk dunia. dan kadar statistik menunjukkan produk susu ibu diterima ramai. hampir 99% bayi yang lahir ke dunia disajikan dengan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah. aku ulangi. hampir 99%..100% - 99% = 1%. itu bermaksud hanya sekitar 1% yang tidak disajikan jenama Susu Ibu Cap Sharifah Sakinah. Malaysia..hermm..100%.
seperti yang aku nyatakan tadi..rezeki untuk anugerah yang ibu miliki. mimpi yang entah bila akan terjaga dari mimpi buat hidup aku. mimpi yang satu itu. mimpi untuk aku beristerikan gadis 'true' Melayu. nampakkan..semuanya hanyalah mimpi..99% gadis di dunia adalah saudara perempuan sesusuan aku. hukumnya haram berkahwin. dan sekali lagi aku salahkan Ben Ashaari.
aku bukan gua. maksudnya entry ini bukan kisah sebenar gua. sekadar melayankan imiginasi kepala hotak. maaflah untuk entry yang entah apa apa entah buang masa ini. tak lawak pun. lagi lawak iklan Corntoz TV3. terima kasih kepada yang kental dan kebal membaca entry ini sampai titisan susu yang terakhir. kehkeh. peace yo!