gua sedang berbaris membeli nasik lemak.dari hari sabtu lagi gua dah aim gerai makcik ni.semalam gua terbabas tidur.
pon pon.
"awak.encik megat tu.dengan orang baru tu"sound makcik kat pakcik nasik lemak.
"pak megat.meh la nyinggah dulu"jerit pakcik nasik lemak.dan mereka saling berjabat tangan.pung pang pung pang sembang hal pakcik-pakcik.malas gua nak ambik port sangat pakcik-pakcik menyembang.
"pak megat..nasik lemak ok ke?"jerit pakcik nasik lemak dengan senyuman penuh makna ketika pak megat dah nak blah dan sedang mahu membuka pintu kereta.
gua tertoleh.dan gua terpandang orang baru yang dimaksudkan.sedang tersenyum manja sambil menampakan gigi emasnya.senyuman manja makcik-makcik.dan dalam sekali imbas gua nampak pak megat sengeh menaikkan ibu jarinya menunjukkan tanda best.
lain macam selera nasik lemak pak megat ni.sound gua dalam hati.