Tut tutt..tut tuttt...
Aziz mencapai telefon bimbit disisinya. di angkatnya tinggi-tinggi. biar orang sekelilingnya nampak telefon bimbit baru iPhone 5 nya.
"Assalamualaikum..".cukup lantang lontaran suaranya.kalau boleh dia nak orang sekeliling radiusnya dapat mendengar apa yang diperbualkan.
"Ha..ya..ok..ok..ya ya ya.." sambungnya sambil sebelah tangannya mencuit-cuit hidung mancungnya penuh bergaya.
"Baik Datuk..nanti saya minta setiausaha saya hantarkan cek dekat Datuk..berapa tadi Datuk..200k?..ok..ok..tak ada masalah.akan saya uruskan..ya ya..Waalaikumsalam".
Perbualan tamat. dihirupnya tenang balance minuman di dalam cawan putih milik kedai mahal itu.
"Hais. nasiblah tak buat loud speaker tadi..nak aram..setakat nak bagitahu penggunaan line telefon Celcom dah sampai kredit limit tak payah lah susah-susah hantar robot call."