sangat mahu dengan iphone ini.dah macam Iron Man dah gua tengok.sambil menaip boleh sambil usya makwe kat meja depan gua cakap lu.aum.
lut sinar.ada keyboard maya.makin nipis.fuh.ciri-ciri yang cukup canggih untuk gua bawa lepak mamak sambil pekena tea o ais.video ini dihasilkan oleh Dakota Adney seorang budak berumur 17 tahun dari Oklahoma.hebat sangat hebat.makanan apa entah mak bapak dia kasi sampai boleh jadi hebat macam ni.gua time umur 17 tahun baru pandai picit jerawat je pun.
rasa-rasa mampu ke Apple sendiri merialisasikan iPhone sehebat ini?dan lu rasa agak-agaknya mampu ke gua memilikinya kalau gua start main kutu dari sekarang?
ada sesiapa nak main kutu dengan gua?