setiap kali mahu tutup browser gua akan clear history.
setiap kali mahu tutup komputer riba gua akan run Ccleaner.
setiap kali selesai membuat dan menerima call gua akan clear segala bagai recents nya.
setiap kali habes berbalas bersms gua akan clear semua mesej history.
setiap kali beryahoo messengger.begitu jugalah jadinya.
tak kisah lah komputer siapa.henpon siapa.lokasi dimana.gua akan hilangkan jejak.
gua syak gua pernah hilang ingatan kot suatu masa dulu.
gua syak dolu-dolu gua ni perisik.
ke macam mana?
hais.curiga gua.
gua belek-belek muka gua depan cermin.kesan parut kat dahi gua ni kesan peluru kot.tapi mak gua cakap parut tu 'hadiah' sebab gua terjun ikot tingkap.sebab gua nakal sangat.
herm.kata ibu dengar sahaja.