Kita Dengan Teknologi Perlu Seiring

dah lama dah Amad perati.sorang pun takde lagi yang melintasi pintu masuk.dan Amad terus menunggu dengan tenang.

"adik balik mana?" seorang makcik menyapa amad.
"ipoh"
"ipoh dekat mana?"
"jelapang" jawab amad lagi.
"oh.saja datang jalan-jalan kuala lumpur lah ni ye?" Amad angguk-angguk ringkas.

bukan Amad tak nak melayan.bukan amad sombong.bukan Amad tak hormat orang yang lebih tua.bukan.PMS apatah lagi.Amad kan lelaki.cuma dalam keadaan macam ni Amad perlu fokus.Amad tak boleh lalai sedikit pun memerhatikan pintu masuk.Amad taknak membuat sebarang kesilapan.amad taknak terlepas pandang.Amad perlu menuntut ilmu.

dan tiba-tiba seorang budak sekolah melintasi pintu itu.

oh.begitu.takdelah susah mana.dan Amad bingkas bangun lantas mengeluarkan tiket komuter dari poket begnya.maju menuju pintu dengan penuh bergaya.

member gua kata sekarang ni nak naik lrt dah guna token pulak.ah sudah.nayalah Amad nak ke Kuala Lumpur naik perkhidmatan awam sabtu ni.hew3.