20.11.2011

patutnya malam ini malam pertama gua.20.11.2011.terer kan gua pilih tarikh. semalam sebelum gua lelapkan mata..sambil gua baring sambil gua terbayang-bayang syok malam pertama. tersenyum gua..almaklumlah..malam pertama kan..malam halal. dua tiga kali gak gua training secara imiginasi maya gua..maklumlah gua nak suasana rilek and steady..biar gua control game..ihik..malu gua.

tapi apakan daya..tup-tup tadi gua dapat call dari tok kadi..dia cakap 'maaf bro..gua lupa..gua pun nikah harini jugak!'..jahanam gua..kes naya.

ok.gua tipu.

harini gua bangun awal pagi. member gua ajak gua gi ronda-ronda pekan lama Ipoh. mahu shoot video katanya. projek untuk promo windows 7 di Malaysia. benda santai macam ni gua ok je. lama dah gua tak terlibat buat keja camni. last gua terlibat dengan projek macam ni masa shoot video untuk dimuatkan dalam album 40 tahun kugiran Alleycats. tak pasal-pasal gua kena jadi manusia tv untuk video tu.

gua malas nak taip banyak sangat.gua tak mandi lagi.badan belengaih dan muka berminyak tahap minyak ron97 harga mahal sudah.