Tips Untuk Makwe Perigi Cari Timba

saya telah jatuh hati kepada seorang lelaki ni. kami cuma jumpa sekali sekala je. kadang-kadang tengok macam dia pun ada minat. tapi tak tahu la kalau perasan sendiri je.

cumanya sekarang saya tak tahu la nak mulakan macam mana. kalau perempuan mula dulu mula la orang kata perigi cari timba la itu la ini la. setiap kali nampak dia terus rasa malu. nak pandang pun tak mampu. apatah lagi nak tegur.

alahai. malu-malu tapi mahu.

ada sesiapa yang punya idea?
gua rasa isu perigi mencari timba dah tak wujud dah sekarang ni. pukul rata ah. lelaki dijadikan untuk perempuan.dan begitulah sebaliknya. soal siapa yang start engine tu dah tak jadi hal.lelaki pun macam pompuan gak kekadang.malu lebih. contoh terdekat macam gua ah.malu tapi mahu. kahkahkah. gelak cam celaka.

cuma bila perempuan yang nak start dulu tu..kena hati kental macam rambo ah. kental tak kental lah lelaki ni. fikir-fikir balik sama je. ramai je member gua yang frust menonggeng air mata berjujuran bila kena reject. siap gua ajak makan nasik pun tak nak. merajuk punya pasal. nasib gua tak cukup kental nak tolong lapkan air mata+suapkan nasik kat deme.

cuma cukup kuatkah gadis-gadis di luar sana utk terima apa yang kaum lelaki pernah terima.

kena reject perkara normal. anugerah khas utk lelaki-lelaki diluar sana. gua pun pernah dapat anugerah ni..tapi gua tabah. gua boleh makan nasik siap boleh tambah lagi. si gadis kalo kena buah reject tu leh ke hadapi dengan senyuman lagi ke?..ke nak pandang muka kat cermin pun udah tak sanggup. ke lari nyuruk duk dalam peti ais..ye le..pompuan ni kan sifat malu tu menebal.

lu tahu le kan. bila dah kena reject..mau-mau lak time lu kena reject tu ada member lu on the way balik pasar malam beli rangka ayam melintasi dan dengar perbualan tu..huh..8 tahun tak tentu tutup buku!

bila kena reject ni memacam leh jadi. suara dari merdu serak basah dah leh jadi cam tercekik buah mengkudu. otot muka takyah citer la..kalo lu mangsa botox pun..leh terkeluar botox lu..pergh..ngeri tak ngeri tak?

itu serba sedikit impak yang makwe di luar sana kena terima lah. tak cuba tak tahu kan? tapi sekali cuba dan gagal lu wat rilek sudah lah. lu patut percaya diri lu. lu patut bangga..sebab lu ada bran..kan kan kan..ke camna? wahaha