Hot and Spicy

Ketika melintasi sebuah kedai makan bercermin lut sinar tadi..ada 2 beradik dok main ketuk-ketuk cermin dari dalam. Dan bila menoleh masing-masing dok pakat tersengih buat aksi makan ayam goreng gaya Upin dan Ipin.

Tup² rasa rempah ratus kfc tu sampai ke lidah dan tekak dia punya rasa! Tak kurang tak lebih. Hot and spicy.

*******************************
Hais satu hal pulak nak kena cari air ni..
Pedas.
(bisik dalam hati)

Di Sekitar UiTM Seri Iskandar

kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :

semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua tekan-tekan butang remote alarm kereta gua kan
alarm dia tak bunyiii..

ha itu belum masuk part seram
memang alarm kereta gua bunyi dia mengada-ngada
ikut mood dia je
kadang-kadang bunyi kadang-kadang sunyi
dan di sebabkan sen gua tak berapa nak ada so sebagai alternatif gua hanya berpandukan kepada bunyi lock pintu naik turun je
sekurang-kurangnya melatih ketajaman deria bunyi gua kannn

ok gua ulang semula

semalam kan
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua tekan-tekan butang remote alarm kereta gua kan
tak bunyi lock pintu dia.

lantas gua cuba lagi kan
gua tekan menghala ke bonet depan..sisi pintu.
dari gaya tenang kepada gaya tekan bersungguh
pun tetap tak bunyi lock pintu dia.

dengan tidak semena-mena gua dapat ilham
gua nak check bateri remote alarm
dan time gua kopak remote alarm tu kannn
bateri tu melompat keluar sendiri dan jatuh ke tanahhh
ok. itu pun tak seram

yang seram bila gua bongkok nak kutip bateri tu kannn
gua terpandang sesuatu
ini serammm

'bila masa pulak kereta gua pakai sport rim?'
#dajesungguh!


Pernah Dengar Barang Merajuk?

kes barang merajuk ni pernah jadi kat aku..

niat nak beli selipar baru
hari tu hujan aku lari-lari nak ke kereta lintas longkang
boleh pulak sebelah selipar tu tercabut lantas terus menuju ke longkang..

bukan main merajuk lagi beliau. tahap makan hati sampai bunuh diri terjun longkang..

Biar [Bersungguh & Ikhlas]

Hari ini di toilet Petronas UTP gua belajar sesuatu.

Nak buat apa pun biar bersungguh. Biar ikhlas.

Emmmpphhh..(bunyi meneran)
Plup plup

Emmmpphhh..(bunyi meneran)
Plup plup

Bersungguh dan ikhlas betul brader kejiranan gua tadi.

Cellular Phone #crossline

'Awak ni badan kecik je
Tapi barang..'

Gua on loudspeaker sambil sambung kerja
#crossline

Salam Aidilfitri Segala Puji Bagi Allah

Alhamdulillah;
DiizinkanNya bertemu sekali lagi Syawal milikNya..

Subhaallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar
Walahaula WaLa Quwata Illa Billah..
Subhanallah = Maha Suci Allah
Walhamdulillah = dan Segala Puji bagi Allah
Walaa Ilaha Illallah = dan tiada Tuhan selain Allah
Wallahu Akbar = dan Allah Maha Besar
Walahaula WaLa Quwata Illa Billah = dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah.
Amin.

Derma GAZA Cara SMS // Streering Lock Viva Convert Peugeot CDM25 to Let Go

#bebel_kosong_1
Gua bukan orang baik-baik..
Jahat sangat pun idak..
Simpan nawaitu nak pukul pakcik Cina dengan steering lock apatah lagi..
Sumpah belum terlintas dalam fikiran gua..
Lainlah kalau pakcik Cina tu start pukul gua dulu..
Siap ah pakcik Cina tu gua lock!
Jangan memain dengan gua..
Walaupun gua tak ramai geng macam AMRAN OIL AND GAS..
Tapi gua pernah jadi Pengakap!
Kikikikiki..
Jadah gua gelak macam ni!

Kenapa gua asyik ulang-ulang pakcik Cina ni?
Hais..
Guna ganti nama Uncle sudah lah..
Kan nampak kemesraannya disitu..

#bebel_kosong_2 
Ha..
Berbuka puasa tadi makan apa mengkome?
Gulai kawah mengadap sorang sekawah?
Kemain!

Kalau kawan sama tarikh lahir gua selera dia Western food sesaja..
Paling koman pun peha ayam..
Gua syak je lah..
Kemain lama tak jumpa dia..
Menebal nih rindu gua kat dia..
Siap lu kalau gua jumpa nanti..
RaWrr.. 

Sebut peha ayam teringat peha kawan sama tarikh lahir gua..
Dan tetiba gua lapar..
Oit..
Puasa..puasa..puasa..

#bebel_kosong_3 
Sila combine kan #bebel_kosong_1 dan #bebel_kosong_2..

Apa kesimpulan yang lu orang leh simpulkan?
Kalau gua simpulkan mudah je..
Kita-kita di Malaysia puratanya anytime mampu beli streering lock..
Beli Peugeout tu belum pastilah..
Tapi setakat Viva memang selamba je..
Viva convert Peugeout..?
Ha itu belum ada lagi..
Logo Perodua convert logo Peugeout bolehlah kot..
tapi jangan duk buatlah..
Malu kat orang..
Beli nombor plate kereta 2 (dua) angka kat kereta Viva?
Herm..ini rare!

Kita-kita di Malaysia puratanya anytime mampu beli makanan sedap-sedap time berbuka puasa..
Kan kan kan..
Tapi ramai gak terberbuka puasa awal di bazar ramadhan kan..
Mengada-ngada duk pakai ketat-ketat dan singkat-singkat..
Kan gua dah terjeling aurat..
Wekkk~

dan..
Kita-kita di Malaysia puratanya suka menderma..
Kan kan kan..

Dan ini masa terbaik untuk menderma bagi yang mengejar pahala di bulan Ramadhan..
Di samping membantu saudara seIslam kita yang betul-betul memerlukan..
Yang ditindas oleh kuasa besar yang kejisss dan kejam..
Disamping berdoa..meh sorang sikit hulur-hulurkan..

Bagaimana caranya untuk menderma?
Sila capai lajusss henpon mengkome dan taip
 PALESTIN 10 atau PALESTIN 5 atau PALESTIN 1 dan send ke 39111
Terima kasih sudi membaca
Terima kasih dengar kata

OLDTOWN White Coffee //

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan 2014/1435H

Dasat kan hidangan ni kan. kan kan kan. ahak ahak!

Pizza Hut 50%


Kalau lu duduk berdua dalam kereta
Suasana beraircond&sejuk
Dan seorang lagi tu berjantina gadis
Tak kisahlah kawan baik ke;
Kawan sama tarikh lahir ke;
Baru kenal di kedai topup yang sama ke;
Gadis pizza hut Sitiawan yang manis bernama Nadhirah ke..
Dan tetiba lu ada bau macam aroma kentut
Dan hidung lu mengesahkan itu bau kentut
Lu pilih bersuara ke lu pilih sedut?

Kuaci Biji Bunga Matahari

"layan kan makan kuaci petang-petang macam ni kan?" sampuk Mail ditengah kerancakkan makcik-makcik yang sedang perfuiyo-fuiyo menyembang. dua tiga orang makcik-makcik angguk tanda setuju. yang lain masih dalam medan rancak diaorang.

"arena makan kuaci ni bila terjebak memang susah nak berenti.asyik mulut duk mintak kunyah je" sambung Mail walaupun ayat pertama dia tadi tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari kelompok makcik-makcik yang sedap menokok tambah cerita. dari cerita semasa hal masyarakat sekampung membawa kepada hal dunia artis membawa kepada isu semasa kehilangan pesawat MAS MH370. masing-masing siap dengan analisa. beserta pengalaman menaiki kapal terbang yang dipandu 'dreba'. dan mereka terus rancak bercerita. sekali-sekala je Mail perasan ada makcik di hujung sana duk terketaq-ketaq sebut Allah..Allah sambil dibantu rakan seperjuangan lain mengurut-ngurut dari pelipat  peha sampai ke tapak kaki. 'kaki bersemut kebaslah tu' sound Mail dalam hati.

"layan makan kuaci dengan layan mengumpat mengata ni tak jauh beza dia punya feel kan?ke macam mana?memang susah nak berenti kan?" sambung Mail lagi sambil perlahan-lahan dilihatnya dua tiga orang makcik mengesot-ngesot punggung menghala ke arah muka pintu. ada yang mulut sambil terkumat kamit nak habiskan jugak cerita sambil tangan teraba-raba mencapai selipar. dan makcik di hujung sana tadi masih terketaq-ketaq duk sebut Allah..Allah. cuma kali ini lebih padu beliau punya suara. 'kaki bersemut kebas tahap menyucuk-nyucuk sampai ke peha lah tu' sound Mail dalam hati sambil diperhatikannya dua tiga orang makcik-makcik yang lain tidak lokek membantu beliau berdiri dengan penuh semangat setiakawan.

Esok pasti mereka akan bertandang lagi. mungkin bersama asam-asam menemani.

Detik Dua Belas

detik awal pagi ini terdetik pulak hati gua nak berkongsi pengalaman misteri dan seram dengan lu orang..misteri yang bukan di buat-buat. seram yang bukan di gembar gemburkan. misteri dan seram yang tak mungkin mampu diulang tayang..dan memang taknak pun seboleh-bolehnya. so pesanan gua kepada yang lemah semangat cukup baca setakat ini je..boleh pangkah laju lajuss blog gua kalau lu orang tak cukup kental dan tahap kesihatan tak mengizinkan. takpe. gua tak kecik hati. gua lagi pentingkan tahap kesihatan lu orang. gua tak nak sebarang malapetakacelakaan berlaku kat diri lu orang. nampak. gua sedang caring..dan kepada yang kental hati tahap rambo..sila teruskan membaca..

itu hari. gua tak ingat detik berapa. tapi yang pasti kejadian ini berlaku pada waktu malam. ya waktu malam. biasalah cerita misteri jarang berlaku pada waktu siang. kecualilah acara gores dan menang hadiah misteri. kan kan. ok. pada malam itu gua bersendirian. suhu malam itu panas sangat gua rasa. bahang tak ingat. tapi bila intai kat luar macam nak hujan sangat dah gayanya. siap guruh berdentum bagai. tapi gua tetap rasa bahang panas menyelubungi. padahal kipas gua dah pasang tahap habis pulas dah kot. lantas gua ambil keputusan capai tuala dan menuju ke bilik mandi..dan gua pun mandi sambil nyanyi-nyanyi ulang part chorus lagu The Gods Make Heavy Metal dari kumpulan Manowar. part tu je yang gua hafal pun dan tiba-tiba..pap!..ha mesti lu orang ingat ada tangan pap muntut suci gua kan..nopeee!..jangan fikir keji sangat..hanya lampu yang tetiba terpadam. dan suasana dalam bilik air diselubungi gelap gelita..rupanya bekalan eletrik rumah gua terputus sudah..dan memang kebiasaannya begini..kalau guruh over sikit selalunya suis eletrik akan auto jatuh kan..so gua buat rilek je..dan disebabkan gua bersendirian kat rumah lantas gua dengan tenang keluar dari bilik air secara nature dan meraba-raba dinding menghala ke ruang tamu..niat gua nak on kan semula suis lampu..mana feel mandi dalam gelap..dan lagi beberapa langkah untuk gua menghampiri kotak suis..tap!..suasana gelap gelita cerah tetiba dan bila gua menoleh ke arah kanan gua..nakharommm..sesusuk wajah dan mata yang tajam sedang memerhatikan gua dari jarak dekat..sangat dekat..bebetul depan muka gua..sejuk gua rasa suhu disekiling gua..meremang abis bulu badan gua..dia punya perasaan susah untuk gua persembahkan dalam bentuk penulisan. takde ayat yang dapat gambarkan kejadian hari itu. dan sedar-sedar je gua dah beberapa langkah ke belakang. entah bila masa gua bergerak pun gua tak tahu. boleh tahan jugaklah gua punya tindakbalas reflect dalam mengasingkan jarak dengan makhluk tu. siap dengan gaya pasang kekuda sambil sebelah tangan siap genggam penumbuk apa bagai. cukup lengkap dah macam gaya mendiang abang angkat gua yang bernama Bruce Lee dah gua rasa. cuma satu je skill yang membezakan kami. tadi gua ada mention pasal sebelah tangan genggam penumbuk kan? ha..sebelah lagi? ha..maaf. skill tu terpaksa gua rahsiakan..ha. mulut tak payah ceritalah..kumat kamit entah apa gua baca pun gua tak tahu dah. dan akhirnya gua lepaskan sedas wachaaa laju lajuss dekat dinding rumah sebagai melepaskan amarah yang terbuku bila gua mula sedar yang makhluk misteri itu sebenarnya langsung tidak menyeramkan apatah lagi berstatus merbahaya. yang misterinya kenapa detik itu gua rasa sungguh seram dan gua lantas bergegas sambung mandi dalam keadaan malas memandang cermin dalam bilik air. menyanyi pun tidak. tacing betul gua dengan misteri itu. oh..ada sesiapa yang lemah seluruh anggota badan atau pun kejang urat saraf selepas baca cerita misteri dan seram ini? maafkan gua. ini pun kira gua dah cuba sedaya upaya untuk reduce kan tahap misteri dan seram dengan publish entry ini di siang hari. sekali lagi. maafkan!

Hidup Ini Nakal

bukan sekali dua. banyak kali!
bukan gua tak beringat. acapkali!

tapi memang kerap sangat gua terlupa lantas gua akan rasa perasaan 'panas betul lah' menyelubungi diri gua sepanjang hari.hais! panas hati itu satu perkara..dan panas itu satu perkara lagi. nampak tak gua berhadapan dengan panas kuasa dua. sungguh gua rasa panas!..serius tersentap perasaan gua seketika..dan boleh jadi tersentap panas lama.

cuba lu imagine perkara yang lu pernah insaf/taubat dan cuba untuk alert agar tidak berlaku kat diri lu dan melibatkan anggota kesayangan lu..akhirnya tanpa sebarang amaran berlaku gak. hais..marah betul gua..bebetul marah gua rasa..seolah-oleh gua di aniaya dan dipersendakan oleh sikap alpa+lupa..sungguh gua berdendam..

serius gua rasa macam tak ada tempat nak mengadu yang mampu untuk solvekan panas gua yang membara ni bila pada fasa akhir tatkala sesi urusan selesai..

1) gua lupa yang tangan gua baru lepas pegang/gaul-gaul cabai/cili untuk buat air asam dan sewaktu geng dengannya
atau
2) air paip yang memula sejuk dan tetiba panas cam aram menerjah keluar dari lubang paip tanpa nak kasi hint untuk gua bersedia awal..
nyut nyut nyut penangan dia.
dan yang nombor satu (1) tu leh jadi sangat lama.
chilake chilake!


Rebat Model Terbaru dan Terlaris Smartphone (Telefon Pintar)

Nur Alysza Ana tersenyum sendirian. Adakalanya digigit lembut bibirnya sambil sekali sekala membetulkan hujung rambutnya yang jatuh terurai menghalang penglihatannya. Cuma sekali je gua perasan dia bersuara..itu pun setakat bertanya..'eh..korang tak nak order teh tarik lagi ke?'..dan kembali menyambung aktiviti senyum sendiriannya. Boleh tahan manis gak senyuman dia..

Ahmad terkekeh-kekeh seorang diri tanpa mempedulikan orang ramai di sekelilingnya. Kadang-kadang boleh tahan besar gelaknya. Adakalanya sampai tahap sendawa. Apa yang dia layan seronok sangat entah. Gua harap dia tak sampai tahap terkencing dalam seluar macam member bambam gua..

Atikah Nurbayah dari tadi berwajah gundah gulana. Sampai berkerut-kerut gua tengok dahi dia menatap benda alah tu. Kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kiri. kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kanan..kejap-kejap dihenyak-henyakkan buntutnya kat kerusi..macam gatal buntut bebeno gayanya..diselang seli dengan aksi menggaru posisi kiri..kanan..tengah buntut gaya bersahaja. Herm..cekap kan mata gua..itu pun gua boleh perasan. Inilah jadinya bila Ramadan mula meninggalkan gua. Tapi gua tetap tak boleh baca apa masalah sebenar dia layan gundah gulana sampai macam tu punya kronik. Boleh tahan darurat dah tu. Gua syak ada kena-mengena dengan masalah penyakit gatal buntut kot..boleh jadi la kan. Harap-harap tak sampai tahap meninggalkan parut di buntutlah hendaknya..

Yang si Deraman ni pulak lain macam gayanya. Diam je. Bergerak pun ala kadar je. Cuma mata dia galak menatap benda alah tu. Sesekali gua perasan gak dia mencuri pandang Nur Alyza Ana sambil telan-telan air liur. Horny le tu gamaknya..jangan dia buat pasal inzal kat khalayak ramai sudahlah..

Dah dekat sejam dah gua curi-curi perati perangai diaorang ni. Tak faham betul lah gua scene bebudak sekarang ni. Apa jadah melepak semeja masing-masing mengadap smartphone je kerjanya. Smartphone rebat model terbarulah tu gamaknya. Tak ada skill dan tatasusila bersosial langsung!

Ha..gua baru balik bersosial secara penuh skill dan berhemah dengan kenalan kepada member gua..bebudak Taiping yang sudi singgah melayan sesi teh o ais di Mydin Ipoh dalam perjalanan pulang mereka dari berhari raya di Gopeng. Tinggi sangat skill borak diaorang sampai gua rasakan jam 5 pagi macam baru pukul 12 malam.
Pssttt..lu orang yang makin bambam..gua nak minta maaf salah silap gua kat lu orang sekalian na. Kot ada kesalahan budi bahasa gua dalam mengarang entry dan mengarang komen yang tak cukup cun dengung dan harkat dan bahasanya..maklumlah..beginilah jadinya gua bila Ramadan meninggalkan gua. Sila baik hati maafkan gua na. Sila. Zahir & Batin. Selamat Hari Raya.


Alihkan Kesibukan Hati Kami Dari Dunia Penuh Tipuan - Ramadhan 2013/1434H

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
maaf untuk segala hasil penaipan di blog ini. kot kot ada yang tertacing hati. tersalah informasi.
geng. esok puasa. selamat!
Ramadhan 2013/1434H

Milo Ais Tabur Satu!

time lu rancak borak di telefon bimbit sambil lu sedut air milo ais tabur sambil batang sudu plastik termasuk dalam hidung itu kira benda normal lah tu kan.

gua harap gua tak ulangi aktiviti mencabar macam ni lagi. gua cuba berjanji dengan diri sendiri.

Nak Tanya Pandangan :)

Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau you jumpa perempuan berjubah bertudung labuh menutup aurat apa yang you fikirkan?
Adam : Baguslah. Tutup aurat tu kan wajib.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!

 Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau lelaki yang tak dikenali selalu update mukabuku dia letak doa dan video doa itu maksudnya lelaki tu dekat luar pun dia memang orang baik eh?
Adam : Baguslah. Berkongsi sesuatu yang baik. Tapi bab perangai dia dekat luar belum pasti baik lagi lah kan.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!
Apa salah Adam?

Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila

Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Filem Gila-Gila Remaja adalah filem remaja yang berjaya menanamkan minat dekat remaja sekarang untuk beli motor scambler. Bukan itu je beb..kalau lu orang perasan banyak perkara pada zaman tu dihidupkan kembali pada zaman sekarang. Break dance move..skinny jeans..helmet lego..ha..ini sungguh-sungguh lejen. Mereka cukup gila-gila pada era mereka. Tapi bukan gila. Minta tolong sangat-sangat lu orang jangan cuba comparekan dengan filem Gila-Gila Remaja 2013. Itu memang gila. opsss!..gua tercompare sudah. Maafkan saya.

Pernah baca Majalah Gila-Gila? Majalah kartun yang menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an berkarya. Majalah kartun yang melahirkan otai-otai seperti Ujang dan Gayour. Bahan bacaan ringan yang lejen dok baq ang. Bahan bacaan di zaman remaja gua. Studio majalah Gila-Gila antara tempat terawal punca gua menjejakkan kaki ke ibukota Kuala Lumpur. Itupun sebab gua join geng rombongan sekolah. Sekali lagi gua tegaskan studio Gila-Gila punca gua menjejakkan kaki comel gua ke Kuala Lumpur. Kalau setakat Muzium Negara belum tentu dapat memujuk hati gua untuk gua pecah duit tabung. Begitu juga dengan Planetarium Negara. haa..nampak. Tak pernah langsung terlintas cita-cita gua nak jadi angkasawan negara. Ditambah pulak dengan cerita-cerita rekaan member sekelas gua yang kononnya kat angkasa lepas ada alien. Alien suka culik orang untuk dibedah. Time dulu gua kalau dengar bab dibedah je gua secara automatiknya jadi budak yang sangat sopan dan pemalu. Geng sekelas ajak main baling pemadam pun gua tak join..walaupun gua tahu pemadam Ninja Turtles gua kompem boleh titik diaorang. Tak payah sebut perkataan bedahlah,,itu dah tahap extreme sangat..sebut perkataan 'esok doktor nak datang'. Habis je ayat tu disebut akal gua dah berputar laju dah nak cari alasan taknak gi sekolah. Selalunya teknik kepit sabun kat ketiak supaya esok paginya badan panas gaya-gaya macam nak demam boleh tahan berjayanya. Tapi yang tak bestnya kreativiti macam tu kadang-kadang boleh betul-betul mengundang demam. Bila betul-betul demam mana best. Macam mana gua nak main panjat palang besi kat sekolah. Macam mana gua nak main batu seremban kat sekolah. Macam mana gua nak main kejar-kejar kat sekolah. Macam mana gua nak main polis sentri one two jaga kat sekolah. Macam mana gua nak main semua-semua permainan favourite gua kat sekolah. Cer citer!

Tapi dalam masa yang sama cikgu-cikgu gua boleh tahan tahap brilliantnya. Dimasukkan sekali schedule ke Rumah 4 Musim di Bukit Cerakah. Mana boleh tahan kiri-kanan telinga gua dengar suara-suara kata boleh main baling-baling salji..boleh layan sejuk macam duduk dekat Kutub Selatan. Start naik bas je gua dah sarung kemas baju sejuk ala-ala zaman rapper KRU, 4u2C dan NICO. Tapi macam biasalah..cikgu memang brilliant bab nak ajak student meramaikan majlis rombongan. Bila sampai di lokasi tak seperti yang diharapkan pun. Setakat tengok salji dari sebalik cermin mana nak datang sejuk macam Kutub Selatan pun. Balik tu sebagai tanda protes gua layan hulur kepala gua kat luar tingkap bas..tapi itu belum mampu menyejukkan hati gua yang panas membara.
Dan kadang-kadang di waktu pagi alien suka turun ke bumi..menyuruk dalam busut..menyamar sebagai Star Wars - info brilliant member sekelas gua. Dan boleh dikatakan setiap sabtu dan ahad gua bangun awal pagi bergegas ke busut..sambil-sambil menonggeng mengintai kot-kot ada makhluk alien a.k.a Star Wars keluar dari busut. Macam haram pekena gua!
Gila dan Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Gila-gila boleh buat orang menjadi ceria. Bak kata member gua. Tapi kadang-kadang boleh buat orang jadi gila. Bak kata member gua. Dan gila tu penyakit. Bak kata member gua. Dan untuk rawat orang berpenyakit gila kenalah ceriakan dia. Bak kata member gua. Tapi jangan lu gila-gila sampai buat dia bertambah gila. Pun bak kata member gua.

Gua tak pasti member gua gila atau gila-gila. Gua tak pasti gua di pihak yang mana.
Terima Kasih si gile!

Kawan Lama & Koleksi Makwe Body Power

Hai adik on fire sekalian. Cak!

Gua baru lepas balik melepak. yeah!bila jumpa kawan lama dan jarang-jarang bersua muka..gini lah jadinya. Banyak sangat benda nak diceritakan. Dari sembang-sembang suci murni secrystal clear hingga melalut ke makwe hot bambam apa jadah bagai topiknya. Tapi yang istimewanya bila dikategorikan sebagai kawan lama..keserasian bercerita sangat terserlah. Kalau terdisconnect pun sebab nak cucuh api kat rokok...atau pun ada makwe body power melintas lalu..itu pun tak sempat nak berkedip mata..siap berlumba-lumba nak bercerita...punyalah hebat aura keserasiannya..dan seperti biasa..tahap gelak mestilah loud speaker..kasi setting maximum volume..udah tahap speaker pecah jadinya. Dah lama gua tak rasa kepuasan melepak sehorny macam ni. Tak perlu nak cover gelak tahap kihkihkih atau ihikihikihik sambil pekup mulut. Itu dah rupa terpaksa jadinya..hidup kena ikhlas kan..mana best paksa-paksa kan..tak ikhlas hasilnya kan..haa..tapi kalau adik berstatus makwe..sila lah kontrol sikit ye..saham tu saham..jangan sampai bro Mamat Khalid minta datang audition Hantu Kak Limah 3 udah lah ye..hais..seram pulak bila gua taip tajuk citer tu..hais!

Bila sembang bab menyembang ni..gua sebenarnya bukan orang yang pandai menyembang. Selalunya kalau gua join menyembang..topik serius tahap meleleh air mata pun akan ke laut jadinya. Gua lebih selesa menjadi pendengar sebenarnya. Menyampuk bila perlu. Dan bab nak bukak topik bercerita pun sama. Satu bakat yang kurang menyerlah dalam diri gua. Nak ajak gua menyembang topik yang brilliant? Herm..maafkan saya..buat awak kecik hati je jadinya karang..herm..topik cinta?..lu orang boleh dengar je ulasan gua..pun ada harapan lu orang berkecik hati dengan gua. Isi tak ada..maklumlah..bakat semulajadi gua lebih kepada makan nasik berlaukkan siput sedut..itu je bakat cemerlang gua setakat hari ini..menyedut..haa..

Berbalik kepada topik menyembang..gua dalam kategori orang yang suka sembang topik yang sama berulang-ulang. Kenapa jadi macam ni beb?..haa..sebab gua seorang yang pelupa. Minggu lepas gua lupa hari. Patutnya gua ke Perlis pekena mangga harum manis Perlis..dan lepak santai cuci mata horny-horny di pantai Songkla Thailands..dan berkeliaran mengusya pakaian bundle di Hatyai juga di Thailands..tapi gua lupa hari..gua terlewat sehari..gua lupa..arghhh dan haa..dan disebabkan itu..gua ambil keputusan mudah..biar gua jadi pendengar je..menyampuk bila perlu..asal topik lu orang buka tak berkait dan berulang-ulang pasal kekasih hati lu orang..dan bukan tahap terlalu brilliant..gua ok je. Gua tahu adik sayang kekasih hati kan?ha..cukup setakat tu. Jaga hubungan elok-elok. Kalau sayang sila jadi untuk setia. Tapi gua halang keras lu setia sampai tergadai body kepada benda keras. Setia biar berpada-pada. Haa..bukan gua ignore semua topik berkaitan kekasih hati dan tahap brilliant..bukan. Boleh je nak nyembang dengan gua. Tapi kalau udah kerap bebeno topik yang sama..apa ke hey nye yob dan yong oi..tepu otak gua jadinya..dan kalau lu orang perasan..ada dua tiga baris ayat yang gua duk ulang-ulang taip kan? kan kan. haa..itu bukan sebab gua lupa..itu sebab gua saja-saja..nampak macam ada estetik/estetika disitu..haa..nampak tak tahap brilliantnya gua.
Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan.
Estimologi tu apalak maksudnya?
Haa..pernah dengar pasal eskimo kiss? ok!..itu bukan maksudnya. Cari sendiri!..saja gua nak asah brilliant terpendam lu orang biar bijak macam gua..haha.

(eskimo kiss)

Kedai Kopi Halal & Lupa

hai adik cikebam cikebum sekalian. rindu abang tak? kalau rindu meh plok erat meh*depa-depa kedua belah tangan!

heh..lama gila gua tak menulis kan. cukup lama. mesti adik-adik abang sekalian makin tinggi ilmu selulit di peha dan pelipat perut kan. kan kan? ops..takyah tunjuk kat abang..aurat tu..cukup sekadar adik-adik je tahu!

makin hari keinginan abang nak update belog semakin memuncak sebenarnya. bergetar-getar tangan nak menghapdet. tapi masalahnya abang sekarang makin pelupa. cepat sangat! dalam setahun pasti ada satu tempoh yang abang akan lupa banyak benda. ha..lupa!

kadang-kadang eksiden lupa ni boleh buat kita stress. menggunung stresnya. sebagai contoh itu hari sedang abang melayan keseronokkan poo-poo di sebuah kedai makan tetiba abang lupa samada abang dah lock pintu tandas atau belum. pergh!..potong kan..kan kan? dalam kejadian tu jarak pintu dan tempat abang bertenggek punyalah jauh. dah tak pasal-pasal abang kena stop sekejap operasi poo-poo dan bergegas untuk memastikan keadaan pintu toilet. hais..apa pesen entah arkitek design toilet macam tu!

ok..itu kes cool cool je kan. ini kes hot hot lak. cerita zaman grunge gua! (baca : grun.ge).

situasi : kedai kopi orang kaya kaya yang berstatus halal (mencari yang HALAL itu FARDU na!)
Zahratul Nafisa : awak apsal tak turun makan makan sekali reramai semalam?
Gua : aku lupa weih. serius aku lupa..(sambil tangan mencapai gelas meneguk air mahal halal milik Zahratul Nafisa). yang lu pun satu..apsal tak helo gua!
Zahratul Nafisa : kehkeh. saya pun lupa gak..lupa nak roger awak. bizi baca menu makanan.
Gua : fuh..nasib baiklah acara makan makan reramai je. kalau kenduri kahwin lu mau lu tarik muka dengan aku kan?..(sambil menyedut air mahal halal milik Zahratul Nafisa).
Zahratul Nafisa : ha..tu la pasai..kalau la kenduri kahwin saya..tacing saya tau. taknak kawan!..(sambil merampas kembali air mahal halal dan lantas menyedut laju).
Gua : pelupa gila aku sekarang ni. letih wo nak melayan perangai LUPA ni. ha..ni sebab aku teringat beg aku dalam kereta lu yang aku roger ajak lepak ni. ada bawa dak?
Zahratul Nafisa : ada je dalam kereta tu. tak pernah bawak keluaq pun. apa je lah yang ada dalam beg tu pun?
Gua : barang-barang harian aku lah. tshirt..boxer..berus gigi..
Zahratul Nafisa : berus gigi??! habis tu ni awak berus gigi ke dak tadi ni?
Gua : ha..sebab aku ingat nak berus gigi tadi tu yang aku roger lu tu.
Zahratul Nafisa : Demlah awak ni!
adik-adik imagine kan lah sendiri raut wajah kakak Zahratul Nafisa. dan haritu untuk pengetahuan adik-adik sekalian abang terpaksa bayar harga air mahal halal milik kakak Zahratul Nafisa. kesian abang kan?!

Zahratul Nafisa bukan nama sebenar. nama sebenar beliau abang dah lupa..

Baucer Dominos Pizza Percuma

asal niat gua nak ajak budak-budak ni berjoging. kesian gua tengok diaorang nak bawak diri sendiri pun bersusah payah. bambam sangat. tapi disebabkan cuaca sekarang ni tak tentu hala dia punya selera..ikut suka nak hujan bila..akhirnya terpesong nawaitu gua..lantas diaorang yang pancing selera gua ke Dominos Pizza menggunakan baucer percuma. rezeki jangan di tolak. musuh jangan di cari. ok. gua join diaorang melantak!


nampak. dengan baucer Dominos tu kami bebas memilih 4 jenis hidangan pizza 6 inci secara percuma.


4 kotak bersamaan 4 orang lah maksudnya kan? ok. yang sorang lagi tentu-tentulah gua lah kan. abistu mana pergi lagi sorang? ha. jawapannya sebab diaorang ni semuanya bambam. tak muat untuk gua satukan di dalam sekeping gambar. kalau nak memuatkan 3 orang sekaligus gua terpaksa berdiri sekurang-kurangnya 100 meter ke belakang. dan kalau gua berdiri 100 meter ke belakang gua syak kotak Dominos Pizza untuk gua hanya akan tinggal kotak semata-mata. mesti diaorang akan culik Dominos Pizza gua. aura makan diaorang sangat kuat. itulah antara bahayanya berkawan dengan geng bambam. nampak. gua ada selitkan pesanan ringkas untuk lu orang yang nak berjinak-jinak berkawan dengan geng bambam. risiko untuk dijangkiti. sila fikir masak-masak. erk..perasan tak satu wajah tu..wajah yang macam minta sangat-sangat dilempang kan?


gua pilih beef. ke semua pilih beef. sama je pesennya gua nampak. yang berkacamata tu tuan punya Dominos Pizza baucer. dapat Dominos Pizza baucer percuma masa join treasure hunt apa entah. sosial bukan-bukan. yang tersengeh tu sedang ayat nak pow Dominos Pizza gua. no way! jangan harap gua nak cair.

tadi masa makan-makan gua usya tuan punya Dominos Pizza baucer. banyak lagi rupanya baucer Dominos Pizza dia. lantas gua mengambil keputusan untuk berkawan baik dengan diaorang. ho yeah! kenyang perut suka hati. gua sedang lapar kembali. ini kompem berjangkit aura geng bambam lah ni. ermm. gua redha!