Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila

Gila-Gila Remaja dan Majalah Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Filem Gila-Gila Remaja adalah filem remaja yang berjaya menanamkan minat dekat remaja sekarang untuk beli motor scambler. Bukan itu je beb..kalau lu orang perasan banyak perkara pada zaman tu dihidupkan kembali pada zaman sekarang. Break dance move..skinny jeans..helmet lego..ha..ini sungguh-sungguh lejen. Mereka cukup gila-gila pada era mereka. Tapi bukan gila. Minta tolong sangat-sangat lu orang jangan cuba comparekan dengan filem Gila-Gila Remaja 2013. Itu memang gila. opsss!..gua tercompare sudah. Maafkan saya.

Pernah baca Majalah Gila-Gila? Majalah kartun yang menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an berkarya. Majalah kartun yang melahirkan otai-otai seperti Ujang dan Gayour. Bahan bacaan ringan yang lejen dok baq ang. Bahan bacaan di zaman remaja gua. Studio majalah Gila-Gila antara tempat terawal punca gua menjejakkan kaki ke ibukota Kuala Lumpur. Itupun sebab gua join geng rombongan sekolah. Sekali lagi gua tegaskan studio Gila-Gila punca gua menjejakkan kaki comel gua ke Kuala Lumpur. Kalau setakat Muzium Negara belum tentu dapat memujuk hati gua untuk gua pecah duit tabung. Begitu juga dengan Planetarium Negara. haa..nampak. Tak pernah langsung terlintas cita-cita gua nak jadi angkasawan negara. Ditambah pulak dengan cerita-cerita rekaan member sekelas gua yang kononnya kat angkasa lepas ada alien. Alien suka culik orang untuk dibedah. Time dulu gua kalau dengar bab dibedah je gua secara automatiknya jadi budak yang sangat sopan dan pemalu. Geng sekelas ajak main baling pemadam pun gua tak join..walaupun gua tahu pemadam Ninja Turtles gua kompem boleh titik diaorang. Tak payah sebut perkataan bedahlah,,itu dah tahap extreme sangat..sebut perkataan 'esok doktor nak datang'. Habis je ayat tu disebut akal gua dah berputar laju dah nak cari alasan taknak gi sekolah. Selalunya teknik kepit sabun kat ketiak supaya esok paginya badan panas gaya-gaya macam nak demam boleh tahan berjayanya. Tapi yang tak bestnya kreativiti macam tu kadang-kadang boleh betul-betul mengundang demam. Bila betul-betul demam mana best. Macam mana gua nak main panjat palang besi kat sekolah. Macam mana gua nak main batu seremban kat sekolah. Macam mana gua nak main kejar-kejar kat sekolah. Macam mana gua nak main polis sentri one two jaga kat sekolah. Macam mana gua nak main semua-semua permainan favourite gua kat sekolah. Cer citer!

Tapi dalam masa yang sama cikgu-cikgu gua boleh tahan tahap brilliantnya. Dimasukkan sekali schedule ke Rumah 4 Musim di Bukit Cerakah. Mana boleh tahan kiri-kanan telinga gua dengar suara-suara kata boleh main baling-baling salji..boleh layan sejuk macam duduk dekat Kutub Selatan. Start naik bas je gua dah sarung kemas baju sejuk ala-ala zaman rapper KRU, 4u2C dan NICO. Tapi macam biasalah..cikgu memang brilliant bab nak ajak student meramaikan majlis rombongan. Bila sampai di lokasi tak seperti yang diharapkan pun. Setakat tengok salji dari sebalik cermin mana nak datang sejuk macam Kutub Selatan pun. Balik tu sebagai tanda protes gua layan hulur kepala gua kat luar tingkap bas..tapi itu belum mampu menyejukkan hati gua yang panas membara.
Dan kadang-kadang di waktu pagi alien suka turun ke bumi..menyuruk dalam busut..menyamar sebagai Star Wars - info brilliant member sekelas gua. Dan boleh dikatakan setiap sabtu dan ahad gua bangun awal pagi bergegas ke busut..sambil-sambil menonggeng mengintai kot-kot ada makhluk alien a.k.a Star Wars keluar dari busut. Macam haram pekena gua!
Gila dan Gila-Gila adalah dua benda berbeza.

Gila-gila boleh buat orang menjadi ceria. Bak kata member gua. Tapi kadang-kadang boleh buat orang jadi gila. Bak kata member gua. Dan gila tu penyakit. Bak kata member gua. Dan untuk rawat orang berpenyakit gila kenalah ceriakan dia. Bak kata member gua. Tapi jangan lu gila-gila sampai buat dia bertambah gila. Pun bak kata member gua.

Gua tak pasti member gua gila atau gila-gila. Gua tak pasti gua di pihak yang mana.
Terima Kasih si gile!