Pizza Hut 50%


Kalau lu duduk berdua dalam kereta
Suasana beraircond&sejuk
Dan seorang lagi tu berjantina gadis
Tak kisahlah kawan baik ke;
Kawan sama tarikh lahir ke;
Baru kenal di kedai topup yang sama ke;
Gadis pizza hut Sitiawan yang manis bernama Nadhirah ke..
Dan tetiba lu ada bau macam aroma kentut
Dan hidung lu mengesahkan itu bau kentut
Lu pilih bersuara ke lu pilih sedut?

Kuaci Biji Bunga Matahari

"layan kan makan kuaci petang-petang macam ni kan?" sampuk Mail ditengah kerancakkan makcik-makcik yang sedang perfuiyo-fuiyo menyembang. dua tiga orang makcik-makcik angguk tanda setuju. yang lain masih dalam medan rancak diaorang.

"arena makan kuaci ni bila terjebak memang susah nak berenti.asyik mulut duk mintak kunyah je" sambung Mail walaupun ayat pertama dia tadi tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari kelompok makcik-makcik yang sedap menokok tambah cerita. dari cerita semasa hal masyarakat sekampung membawa kepada hal dunia artis membawa kepada isu semasa kehilangan pesawat MAS MH370. masing-masing siap dengan analisa. beserta pengalaman menaiki kapal terbang yang dipandu 'dreba'. dan mereka terus rancak bercerita. sekali-sekala je Mail perasan ada makcik di hujung sana duk terketaq-ketaq sebut Allah..Allah sambil dibantu rakan seperjuangan lain mengurut-ngurut dari pelipat  peha sampai ke tapak kaki. 'kaki bersemut kebaslah tu' sound Mail dalam hati.

"layan makan kuaci dengan layan mengumpat mengata ni tak jauh beza dia punya feel kan?ke macam mana?memang susah nak berenti kan?" sambung Mail lagi sambil perlahan-lahan dilihatnya dua tiga orang makcik mengesot-ngesot punggung menghala ke arah muka pintu. ada yang mulut sambil terkumat kamit nak habiskan jugak cerita sambil tangan teraba-raba mencapai selipar. dan makcik di hujung sana tadi masih terketaq-ketaq duk sebut Allah..Allah. cuma kali ini lebih padu beliau punya suara. 'kaki bersemut kebas tahap menyucuk-nyucuk sampai ke peha lah tu' sound Mail dalam hati sambil diperhatikannya dua tiga orang makcik-makcik yang lain tidak lokek membantu beliau berdiri dengan penuh semangat setiakawan.

Esok pasti mereka akan bertandang lagi. mungkin bersama asam-asam menemani.

Detik Dua Belas

detik awal pagi ini terdetik pulak hati gua nak berkongsi pengalaman misteri dan seram dengan lu orang..misteri yang bukan di buat-buat. seram yang bukan di gembar gemburkan. misteri dan seram yang tak mungkin mampu diulang tayang..dan memang taknak pun seboleh-bolehnya. so pesanan gua kepada yang lemah semangat cukup baca setakat ini je..boleh pangkah laju lajuss blog gua kalau lu orang tak cukup kental dan tahap kesihatan tak mengizinkan. takpe. gua tak kecik hati. gua lagi pentingkan tahap kesihatan lu orang. gua tak nak sebarang malapetakacelakaan berlaku kat diri lu orang. nampak. gua sedang caring..dan kepada yang kental hati tahap rambo..sila teruskan membaca..

itu hari. gua tak ingat detik berapa. tapi yang pasti kejadian ini berlaku pada waktu malam. ya waktu malam. biasalah cerita misteri jarang berlaku pada waktu siang. kecualilah acara gores dan menang hadiah misteri. kan kan. ok. pada malam itu gua bersendirian. suhu malam itu panas sangat gua rasa. bahang tak ingat. tapi bila intai kat luar macam nak hujan sangat dah gayanya. siap guruh berdentum bagai. tapi gua tetap rasa bahang panas menyelubungi. padahal kipas gua dah pasang tahap habis pulas dah kot. lantas gua ambil keputusan capai tuala dan menuju ke bilik mandi..dan gua pun mandi sambil nyanyi-nyanyi ulang part chorus lagu The Gods Make Heavy Metal dari kumpulan Manowar. part tu je yang gua hafal pun dan tiba-tiba..pap!..ha mesti lu orang ingat ada tangan pap muntut suci gua kan..nopeee!..jangan fikir keji sangat..hanya lampu yang tetiba terpadam. dan suasana dalam bilik air diselubungi gelap gelita..rupanya bekalan eletrik rumah gua terputus sudah..dan memang kebiasaannya begini..kalau guruh over sikit selalunya suis eletrik akan auto jatuh kan..so gua buat rilek je..dan disebabkan gua bersendirian kat rumah lantas gua dengan tenang keluar dari bilik air secara nature dan meraba-raba dinding menghala ke ruang tamu..niat gua nak on kan semula suis lampu..mana feel mandi dalam gelap..dan lagi beberapa langkah untuk gua menghampiri kotak suis..tap!..suasana gelap gelita cerah tetiba dan bila gua menoleh ke arah kanan gua..nakharommm..sesusuk wajah dan mata yang tajam sedang memerhatikan gua dari jarak dekat..sangat dekat..bebetul depan muka gua..sejuk gua rasa suhu disekiling gua..meremang abis bulu badan gua..dia punya perasaan susah untuk gua persembahkan dalam bentuk penulisan. takde ayat yang dapat gambarkan kejadian hari itu. dan sedar-sedar je gua dah beberapa langkah ke belakang. entah bila masa gua bergerak pun gua tak tahu. boleh tahan jugaklah gua punya tindakbalas reflect dalam mengasingkan jarak dengan makhluk tu. siap dengan gaya pasang kekuda sambil sebelah tangan siap genggam penumbuk apa bagai. cukup lengkap dah macam gaya mendiang abang angkat gua yang bernama Bruce Lee dah gua rasa. cuma satu je skill yang membezakan kami. tadi gua ada mention pasal sebelah tangan genggam penumbuk kan? ha..sebelah lagi? ha..maaf. skill tu terpaksa gua rahsiakan..ha. mulut tak payah ceritalah..kumat kamit entah apa gua baca pun gua tak tahu dah. dan akhirnya gua lepaskan sedas wachaaa laju lajuss dekat dinding rumah sebagai melepaskan amarah yang terbuku bila gua mula sedar yang makhluk misteri itu sebenarnya langsung tidak menyeramkan apatah lagi berstatus merbahaya. yang misterinya kenapa detik itu gua rasa sungguh seram dan gua lantas bergegas sambung mandi dalam keadaan malas memandang cermin dalam bilik air. menyanyi pun tidak. tacing betul gua dengan misteri itu. oh..ada sesiapa yang lemah seluruh anggota badan atau pun kejang urat saraf selepas baca cerita misteri dan seram ini? maafkan gua. ini pun kira gua dah cuba sedaya upaya untuk reduce kan tahap misteri dan seram dengan publish entry ini di siang hari. sekali lagi. maafkan!

Hidup Ini Nakal

bukan sekali dua. banyak kali!
bukan gua tak beringat. acapkali!

tapi memang kerap sangat gua terlupa lantas gua akan rasa perasaan 'panas betul lah' menyelubungi diri gua sepanjang hari.hais! panas hati itu satu perkara..dan panas itu satu perkara lagi. nampak tak gua berhadapan dengan panas kuasa dua. sungguh gua rasa panas!..serius tersentap perasaan gua seketika..dan boleh jadi tersentap panas lama.

cuba lu imagine perkara yang lu pernah insaf/taubat dan cuba untuk alert agar tidak berlaku kat diri lu dan melibatkan anggota kesayangan lu..akhirnya tanpa sebarang amaran berlaku gak. hais..marah betul gua..bebetul marah gua rasa..seolah-oleh gua di aniaya dan dipersendakan oleh sikap alpa+lupa..sungguh gua berdendam..

serius gua rasa macam tak ada tempat nak mengadu yang mampu untuk solvekan panas gua yang membara ni bila pada fasa akhir tatkala sesi urusan selesai..

1) gua lupa yang tangan gua baru lepas pegang/gaul-gaul cabai/cili untuk buat air asam dan sewaktu geng dengannya
atau
2) air paip yang memula sejuk dan tetiba panas cam aram menerjah keluar dari lubang paip tanpa nak kasi hint untuk gua bersedia awal..
nyut nyut nyut penangan dia.
dan yang nombor satu (1) tu leh jadi sangat lama.
chilake chilake!


Rebat Model Terbaru dan Terlaris Smartphone (Telefon Pintar)

Nur Alysza Ana tersenyum sendirian. Adakalanya digigit lembut bibirnya sambil sekali sekala membetulkan hujung rambutnya yang jatuh terurai menghalang penglihatannya. Cuma sekali je gua perasan dia bersuara..itu pun setakat bertanya..'eh..korang tak nak order teh tarik lagi ke?'..dan kembali menyambung aktiviti senyum sendiriannya. Boleh tahan manis gak senyuman dia..

Ahmad terkekeh-kekeh seorang diri tanpa mempedulikan orang ramai di sekelilingnya. Kadang-kadang boleh tahan besar gelaknya. Adakalanya sampai tahap sendawa. Apa yang dia layan seronok sangat entah. Gua harap dia tak sampai tahap terkencing dalam seluar macam member bambam gua..

Atikah Nurbayah dari tadi berwajah gundah gulana. Sampai berkerut-kerut gua tengok dahi dia menatap benda alah tu. Kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kiri. kejap-kejap dialihkan buntutnya ke kanan..kejap-kejap dihenyak-henyakkan buntutnya kat kerusi..macam gatal buntut bebeno gayanya..diselang seli dengan aksi menggaru posisi kiri..kanan..tengah buntut gaya bersahaja. Herm..cekap kan mata gua..itu pun gua boleh perasan. Inilah jadinya bila Ramadan mula meninggalkan gua. Tapi gua tetap tak boleh baca apa masalah sebenar dia layan gundah gulana sampai macam tu punya kronik. Boleh tahan darurat dah tu. Gua syak ada kena-mengena dengan masalah penyakit gatal buntut kot..boleh jadi la kan. Harap-harap tak sampai tahap meninggalkan parut di buntutlah hendaknya..

Yang si Deraman ni pulak lain macam gayanya. Diam je. Bergerak pun ala kadar je. Cuma mata dia galak menatap benda alah tu. Sesekali gua perasan gak dia mencuri pandang Nur Alyza Ana sambil telan-telan air liur. Horny le tu gamaknya..jangan dia buat pasal inzal kat khalayak ramai sudahlah..

Dah dekat sejam dah gua curi-curi perati perangai diaorang ni. Tak faham betul lah gua scene bebudak sekarang ni. Apa jadah melepak semeja masing-masing mengadap smartphone je kerjanya. Smartphone rebat model terbarulah tu gamaknya. Tak ada skill dan tatasusila bersosial langsung!

Ha..gua baru balik bersosial secara penuh skill dan berhemah dengan kenalan kepada member gua..bebudak Taiping yang sudi singgah melayan sesi teh o ais di Mydin Ipoh dalam perjalanan pulang mereka dari berhari raya di Gopeng. Tinggi sangat skill borak diaorang sampai gua rasakan jam 5 pagi macam baru pukul 12 malam.
Pssttt..lu orang yang makin bambam..gua nak minta maaf salah silap gua kat lu orang sekalian na. Kot ada kesalahan budi bahasa gua dalam mengarang entry dan mengarang komen yang tak cukup cun dengung dan harkat dan bahasanya..maklumlah..beginilah jadinya gua bila Ramadan meninggalkan gua. Sila baik hati maafkan gua na. Sila. Zahir & Batin. Selamat Hari Raya.


Alihkan Kesibukan Hati Kami Dari Dunia Penuh Tipuan - Ramadhan 2013/1434H

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
maaf untuk segala hasil penaipan di blog ini. kot kot ada yang tertacing hati. tersalah informasi.
geng. esok puasa. selamat!
Ramadhan 2013/1434H

Milo Ais Tabur Satu!

time lu rancak borak di telefon bimbit sambil lu sedut air milo ais tabur sambil batang sudu plastik termasuk dalam hidung itu kira benda normal lah tu kan.

gua harap gua tak ulangi aktiviti mencabar macam ni lagi. gua cuba berjanji dengan diri sendiri.

Nak Tanya Pandangan :)

Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau you jumpa perempuan berjubah bertudung labuh menutup aurat apa yang you fikirkan?
Adam : Baguslah. Tutup aurat tu kan wajib.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!

 Hawa : Nak tanya pandangan :)
Adam : Silakan.
Hawa : Kalau lelaki yang tak dikenali selalu update mukabuku dia letak doa dan video doa itu maksudnya lelaki tu dekat luar pun dia memang orang baik eh?
Adam : Baguslah. Berkongsi sesuatu yang baik. Tapi bab perangai dia dekat luar belum pasti baik lagi lah kan.
Hawa : (2 minit diam dan status Whatsapp typing..) 
Hawa : You fikir itu je? Itu je yang terlintas? Takpelah..saja tanya.
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang laju menaip) 
Hawa : Tak seperti yang I harapkan langsung. Ok. Bye!
Adam : Mestilah ada lagi..(pung pang pung pang makin laju menaip) 
Hawa : Bye!
Apa salah Adam?