Pemotong Telur Alaf Baru

sedang Aziz fokus menyuap nasik lemak tiba-tiba suapannya terhenti.dibeleknya lama nasik lemak dihadapannya.lama.

"makcik..dalam nasik lemak ni ada rambut la makcik .sound Aziz perlahan-lahan penuh sopan santun lelaki melayu.sebolehnya biar orang lain tidak mendengar apa yang diperkatakan.dia taknak 'komplen nya' menjatuhkan reputasi kedai nasik lemak makcik yang disinggahnya itu.

"oh.tertinggal lah tu.tadi makcik guna rambut tu buat belah telur".jawab makcik nasik lemak tanpa sebarang reaksi muka bersalah sambil mengirai-ngiraikan rambut ikal mayangnya.disedekahkannya senyuman kepada Aziz.

"tak tengok tv iklan syampu Dove le tu"..sound pemilik gerai nasik lemak itu apabila dilihatnya wajah Aziz berubah biru dalam mode terkial-kial tak keruan penuh gelabah diselang-seli geli tekak.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

gua tercari-cari baju t semalam.baju t putih robot gundam.kompem masih wangi.gua pakai kejap je pun semalam.sound hati gua.

sudah jumpa.tersidai di penyangkut baju.dan macam kebiasaan lah.gua hidu di bahagian ketiak.untuk pastikan lulus atau tidak untuk gua pakai kali ke 2.dan gua terdiam lama.apa ke hal nya pelik sangat ni.rungut hidung gua.

dan mata gua terpandang lagi selai baju yang seakan-akan baju gua.warna yang sama.robot gundam juga.cara beraksinya berbeza.dan size nya juga.yang ini 's'.yang gua hidu tadi 'm'.dem dem dem.gua dah tak sedap hati.

gua kurang mesra borak malam ini.ketika ini.walaupun rakan-rakan huha huha bergelak ketawa tak ingat dunia.gua masih dalam mood stone.bintang-bintang masih berlegar di atas kepala.nak aram.yang gua pi 'smell' baju adik gua kenapa?

Kadang-Kadang Kegembiraan Dan Kadang-Kadang Kesedihan

kabhi khushi kabhie gham.

lu tahu maksudnya.tahu?

gua karate bucu tv.cuba-cubalah bawak tayang cerita ninja ke airwolf ke mcgyver ke baywatch ke.barulah terangsang sikit tahap kreativiti dan inovasi dan geli-geli minda gua.

gua capai handphone.gua sidai baju dekat bahu.gua start enjin kereta.gua hello member gua suami isteri ajak pekena sate area BSN depan Bank Islam.nampak..gua ada usaha cari kegembiraan.

Pinjamkan Ku Cermin Untuk Ku Melihat Serimu

"untuk kita tahu apa yang ada di bontot kiri dan kanan..kita perlukan cermin.tak nampak hanya sekadar menoleh.tengok cermin baru kita nampak ada parut tinggalan chicken pox atau tidak.kesan calar kuku menggaru atau tidak.bila dah nampak semua tu baru boleh kita rawat.sapu ubat ke.kikis dengan kertas pasir dan kasi simen balik ke.sembur cat layang ke.macam mana ke.kan kan?

"macam itu jugalah dengan teguran.itu cermin kehidupan.untunglah kalau ada yang sudi menegur.kurang-kurang itulah cermin yang kita ada.untuk kita 'rawat' kekurangan dan kelemahan yang diri sendiri tidak nampak.atau terlepas pandang mungkin".

Ezza yang tadinya teresak-esak mula menguntumkan senyuman.tidak disangka Aziz yang selama ini dipandang rendah tahap pengetahuan amnya boleh memujuknya pantas.dengan bait-bait ayat huru-hara sematang itu.

"ha..lain kali jangan nak malas-malas pakai deodoran.bukan susah pun.gelek-gelek je".sambung Aziz tenang. dihulurkan sapu tangan yang terselit di poket hadapan seluar Tarik Jeans nya kepada makwe pengawas pusat sumber yang sering dijelingnya di atas bas itu.tanpa ada sekelumit niat pun ingin mengorat.

"yang Raqin ni pun satu hal.jujur sangat tegur ketiak bau kuah laksa basi apakes".sound Aziz dalam hati.

Tips Memiliki Bentuk Badan Lelaki Maskulin

'push up sepuluh kali.pull up sepuluh kali'.gua angguk-angguk faham.'selesai satu set (push up-pull up) rehat untuk 5 minit'.gua angguk lagi.tanda gua betul-betul faham.'dan perlu dilakukan sehingga 3 set kesemuanya'.itu apa yang gua baca dekat google.tips-tips mendapatkan bentuk badan gagah perkasa lelaki maskulin.

gua tutup browser firefox.gua mulakan dengan regangan badan.biar otot-otot badan gua tidak tercedera.

gua push up 10 kali.gua pull up 10 kali.cukup 1 set.gua baring atas kerusi panjang berkusyen mengadap tv.

"biasalah..Bruce Lee dulu-dulu pun macam ni juga".sambil gua menyedut nafas laju."esok lah pulak gua sambung set seterusnya".pujuk diri gua.tercungap macam nak mati.

Apa Punya Bahalol Dia

"kau tahu apa maksud dunhill Qin?". soal Aziz sambil matanya menjeling ke arah dua makwe pengawas pusat sumber yang duduk bersebelahan kerusi mereka.Raqin hanya menggelengkan kepalanya.soalan yang dia pasti tidak akan sesekali di selitkan dalam kertas peperiksaan oleh cikgu kelas 2 Anggeriknya.

"dunia umpama neraka.hidup ini layang-layang".sambung Aziz sambil jari anaknya rancak menunjuk satu per satu perkataan di atas kotak rokok yang dipegangnya.sesekali disedut rokok itu dalam-dalam.dilepaskan asapnya laju.berkepul-kepul.dia tersengeh bangga.bangga dapat menunjukkan kepintarannya kepada budak darjah dua itu.dan secara tidak langsung kepada makwe yang bersebelahan mereka.biar jirannya itu tahu..bukan calang-calang tahap pengetahuan amnya.

"Abang Long la neraka tu kan?isap rokok pung pang pung pang macam naga dalam bas.tak peduli ada ibu mengandung ke..anak kecik ke..orang sakit asma ke.kan Abang Long kan?". "kalau taknak jadi neraka isaplah kat tempat terbuka yang tak melibatkan orang awam.dalam kebun getah ke.boleh jugak halau nyamuk".sambung Raqin.

Aziz memandang di luar tingkap bas.jauh pandangannya.sebolehnya biar pendengarannya juga jauh.jauh dari gelak tawa makwe pengawas pusat sumber yang mempersendakan tahap pengetahuan amnya.

Kita Juga Pelakon

Tut tutt..tut tuttt...

Aziz mencapai telefon bimbit disisinya. di angkatnya tinggi-tinggi. biar orang sekelilingnya nampak telefon bimbit baru iPhone 5 nya.

"Assalamualaikum..".cukup lantang lontaran suaranya.kalau boleh dia nak orang sekeliling radiusnya dapat mendengar apa yang diperbualkan.

"Ha..ya..ok..ok..ya ya ya.." sambungnya sambil sebelah tangannya mencuit-cuit hidung mancungnya penuh bergaya.
"Baik Datuk..nanti saya minta setiausaha saya hantarkan cek dekat Datuk..berapa tadi Datuk..200k?..ok..ok..tak ada masalah.akan saya uruskan..ya ya..Waalaikumsalam".

Perbualan tamat. dihirupnya tenang balance minuman di dalam cawan putih milik kedai mahal itu.

"Hais. nasiblah tak buat loud speaker tadi..nak aram..setakat nak bagitahu penggunaan line telefon Celcom dah sampai kredit limit tak payah lah susah-susah hantar robot call."

Aroma Aircond Punca Resdung

minggu lepas aircond kereta ferari silver gua buat hal.dia punya bau aircond lain macam menyengatnya.boleh naik bulu roma jadinya kalau memandu di lorong sunyi waktu malam.bila gua berhadapan dengan hujan nak tak nak terpaksa juga gua 'on'.aroma dia sikit lagi nak cecah level bangkai cicak dia punya 'kick'.

"lu ok ka macha?"
"lu tarak sihat kasi ambik m.c la.kasi rehat".sound gua tanda prihatin.
"ok bang.sikit saja lagi bang" jawab budak india pencuci kereta dengan suara serak.banyak kali gua tengok dari jauh dia bersin tak henti.gaya bersungguh.kejap-kejap tenyeh mata.merah-merah jadinya.biasalah.musim hujan dan panas.faktor cuacalah tu.sound gua dalam hati.

yang magiknya lepas kejadian gua jumpa budak india tu bauan mistik yang membelenggu aircond kereta ferari silver gua hilang sepenuhnya.bukan calang-calang ini macha.ada 'ilmu' ni.detik hati gua sambil gua memandu pulang.