Ipoh Old Town

tadi pagi gua meranduk pekan lama Ipoh sekitar area Padang Ipoh membawa ke area Little India. asyik beb..cari sudut nak shoot gambar punya pasal..sampai tahap tangkap pinggang. tapi apa ada hal kan..dah gua suka. oh.gua menemani rakan gua asalnya. salah satu cara kami berfoya-foya selain menyelak helaian pakaian bundle. budaya sihat kan kan kan?

20.11.2011

patutnya malam ini malam pertama gua.20.11.2011.terer kan gua pilih tarikh. semalam sebelum gua lelapkan mata..sambil gua baring sambil gua terbayang-bayang syok malam pertama. tersenyum gua..almaklumlah..malam pertama kan..malam halal. dua tiga kali gak gua training secara imiginasi maya gua..maklumlah gua nak suasana rilek and steady..biar gua control game..ihik..malu gua.

tapi apakan daya..tup-tup tadi gua dapat call dari tok kadi..dia cakap 'maaf bro..gua lupa..gua pun nikah harini jugak!'..jahanam gua..kes naya.

ok.gua tipu.

harini gua bangun awal pagi. member gua ajak gua gi ronda-ronda pekan lama Ipoh. mahu shoot video katanya. projek untuk promo windows 7 di Malaysia. benda santai macam ni gua ok je. lama dah gua tak terlibat buat keja camni. last gua terlibat dengan projek macam ni masa shoot video untuk dimuatkan dalam album 40 tahun kugiran Alleycats. tak pasal-pasal gua kena jadi manusia tv untuk video tu.

gua malas nak taip banyak sangat.gua tak mandi lagi.badan belengaih dan muka berminyak tahap minyak ron97 harga mahal sudah.

Edisi Rumah Sewa Sabak Bernam Rengekan Hanis Zalikha

susah dow nak cari rumah di Sabak Bernam. serius susah. semua tuan rumah pun gua call nak buat homestay. jahanam ah poket bos gua kalau gua menetap di homestay. sehari je dah RM 70. sebagai pekerja yang berbudi bahasa dan bukan kaki kikis kompeni..gua akhirnya berjaya dapatkan rumah sewa dalam suasana kampung..RM 250 sebulan.gua dah bantu jimatkan kewangan bos gua. dan yang gua rasa bes..rumah tersebut berdekatan sawah padi menghijau..dan yang pastinya rumah gua sewa tu rumah papan. dah lama gua teringin nak lepak rumah suasana kampung macam ni. ada sawah terbentang.kampung gua asyik dikelilingi pokok sawit je.

rumah gua sewa rumah kembar..maksudnya satu bumbung 2 rumah.kiri gua ada penyewa lain..orang bekeluarga. dan yang memisahkan hanyalah dinding papan yang bila penyewa sebelah borak pun gua boleh dengar dengan jelas.so..lu paham-paham je lah kan..privasi memang tak ada lah..tapi sebab sawah punya pasal..gua gagahkan gak duk rumah tu..silap gua la masa nak sewa tak usya dulu ketebalan dinding pemisah tu. asyik teruja dengan sawah je. tapi apa ada hal kan..niat gua suci..gua nak selesaikan kerja gua sambil santai-santai je sini..nak hirup udara kampung sawah padi..nyaman je kan.yah..serius nyaman.malam tu gua nyenyak abes.

itu cerita bes dan sikit-sikit je tak bes.
ini cerita tak bes dan memang serius tak bes.

bangun pagi dalam gua mamai-mamai..tetiba gua diselubungi perasaan cemas..buntut gua buat hal. prutt..prutttt..nak aram..baru gua perasan..gua ada jiran kot..dan gua ada dinding yang tak kedap bunyi kot..hais..dan pagi tu memang gua mandi laju..semuanya pun laju..gua start keta gua dengan laju dan gua gi kerja laju-laju..petang tu gak gua gerak balik ipoh. tercalar imej macho gua.
(gua tak pasti jiran gua ada rumah ke tak..tapi dalam kepala otak gua dah imiginasi benda ni dah..nak aramm)
cemas gua tak berakhir di situ je. wednesday, ‎november ‎09, ‎2011, ‏sekitar kurang ‎8:57:29 pm (tarikh dan masa gua culik pic webcam gua kasi kat cikgu cute..manja sangat nak pic gua..tapi gua suka je..sebab dia seorang je yang suka puji gua ensem)..tetiba anak lelaki jiran gua menjerit melolong..gua ingatkan apa jelah kan..acara rogol bergilir-gilir ke..happening sangat bunyinya..gua intai-intai..pergh..kena rasuk rupanya..jahanam betul..baru je gua nak merasai saat nyaman rumah sewa gua..ada benda mistik lak..tapi gua cuba buat-buat tenang..sambil ym dengan cikgu cute..sambil gua pasang telinga dengar orang sebelah di jampi serapah oleh abang dan ayah beliau. macam-macam suara gua dengar..kejap-kejap harimau mengaum..kejap-kejap suara Mak Lampir..kejap-kejap orang berkarate..kejap-kejap bunyi rengekan Hanis Zalikha..ok..yang part Hanis Zalikha tu gua tipu.

sekitar pukul 11 malam camtu..budak tu dah ok dah. dah keluar la kiranya Mak Lampir dari tubuh dia..baru gua rasa tenang.dalam tempoh bertenang tu..cikgu cute gi lak sakat gua..duk buat gurau ada sesuatu kat belakang pic gua..memang la gua makin cemas..ada sesuatu katanya..ada tingkap..cis! pandai betul dia cari time sakat gua..kalau sebelah-sebelah gua dah sekeh laju-laju dah!

gua kembali ke mood tenang.

tapi tenang gua tak lama..dalam kesunyian malam tu..tetiba leh lak budak tu terjerit-jerit.."dia(Mak Lampir) ada atas bumbung..dia nak turunnnnnnn"..pergh..cam celaka je gua rasa..mata gua memang berfungsi 360 darjah..semua sudut rumah gua jeling..nak aram..part ni gua serius cemas..cam nak capai kunci kereta dan chow laju-laju balik ipoh je..jahanam tul.
(amacam..cemas tak cemas tak?..)
memang semalam gua sound benda ni kat bos gua. gua nak cari rumah lain. pergi jahanamlah kalau gua terpaksa kikis duit kompeni pun..apa ada hal kan..bukan kompeni gua.

Bayar Hutang Jom

blog adalah hasil coretan sama ada isu semasa yang di copy paste atau lahir dari perasaan jujur menulis atau ikut suka lu orang lah.malas pulak gua nak intro panjang-panjang sangat.bukak jelah wikipedia.cuma apa yang gua nak tekankan..jika lu menulis blog atas dasar penulisan jujur sendiri..blog lu adalah cermin diri lu suatu hari nanti..percaya?tapi kalau lu tulis blog sebab nak kejar SEO..itu gua tak masuk campur.

lu pernah berhutang?lu dah clearkan hutang lu?..jangan main-main bab hutang beb..tup tup..tetiba lu mati tak sempat setelkan hutang..or tup tup dia mati..lu tak sempat setelkan hutang..takot amalan tergantung je beb..tak terangkat ke tempat sepatutnya.amacam takut tak..takut tak?

apsal je la gua tetiba mahu bebel pasal hutang?
simple.
sebab gua tak bayar lagi duit udang galah kat member gua..padahal dah jadi baja pun udang galah itu hari Indah Water sedut.silap-silap ada je kalangan lu yang dah makan sayur-sayuran hasil baja udang galah yang keluar dari juboq gua..haha.

gua tahu..celah gigi member gua je setakat hutang RM 20 je pun..tapi hutang tetap hutang kan beb?..buatnya dia tak halalkan..apa lu nak buat? mohon keampunan dari Allah? itu kalau lu ada hutang dengan Allah..kalau dengan sesama manusia..lu kena minta di halalkan dengan manusia yang lu buat berhutang gak beb..kan? ke camna?..gua nak sembang lebih-lebih pun gua cetek ilmu beb..gagap..lu rajin lu google lebih sikit. tapi kalau lu sepesen dengan gua..pemalas..lu baca je artikel yang gua copy paste bawah ni.
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

kan gua dah cakap..celah gigi member gua je RM 20 tu..tak percaya? tak percaya. nak bukti? ok.gua kasi bukti.
(amacam? macam celaka tak member gua?nak aram..hahaha)

ek..hutang PTPTN apa cerita?.

Cinta Teddy Bear Dan Anak Babi Pinki

Ketagihan Spritzer Melampau

gua sedang dalam ketagihan yang teruk.sebelum tidur..gua mesti mau. bangun tido..gua mesti mau. bangun sahur..gua mesti mau. drive jauh..gua mesti mau. berbuka puasa..ok..gua pilih laicikang.
tadi secara tak sengaja gua surf website dia.nak gak tahu apa jenis dadah dia taruk dalam isipadu air tu. maklumlah mak gua bising bab-bab dadah ni. so gua kenalah bebas dadah.
Each bottle of packed mineral water is extracted from an aquifer located over 400 feet deep underground in the tropical rainforest. Every effort has been made to ensure the quality of the water. The Spritzer Group has pioneered conservation measures to ensure that its water sources are not polluted. Their water source and surrounding rainforest has been designated a private protected reserve.

The water extracted from the aquifer contains a healthy balance of beneficial trace minerals. Naturally filtered through the long distance and a variety of rock strata, the water is naturally rich in minerals, in particular Orthosilicic Acid (OSA).

The full range of Spritzer bottled water encompasses natural mineral water, sparkling natural mineral water, distilled drinking water, carbonated fruit flavoured drink, non-carbonated fruit flavoured drink and functional water. Spritzer advocates, "Not all bottled waters are the same." For the protection of our customers and in line with the Malaysian Food Act and Regulation, Spritzer bottled waters are clearly distinguished by their caps - white for drinking water and assorted colored for natural mineral water.
ok..kompem bebas dadah. banyak lagi produk diaorang sebenarnya. SPRITZER SPARKLING. SPRITZER + FIBER. SPRITZER POP. TINGE. tapi yang gua suka satu benda ni..FREE DELIVERY SPRITZER. servis ni macam cool je..


amacam? suka tak?
air kena cukup dalam badan beb..biar buncit air halal macam ni dari buncit air kencing setan.

buncit air sexy kan you?

Meow

lu pernah gonggong anak kucing sambil berpura-pura sebagai ibu kucing yang prihatin?

Rokok Memudaratkan Cinta